Thursday, January 5, 2012

Dongeng Rakyat 76


Malam Pertama yang mengejutkan

Suasana masih riuh di luar. Sanak saudara semuanya berkampung disini.Gelak ketawa, gurau senda jelas kedengaran. Aku memimpin isteriku ke dalam bilik pengantin. Suara-suara sumbang terlalu banyak yang menegurku. “Hai, malam masih muda, dah nak masuk tidur?” sapa Pak Ucu. “Orang muda bang Aji, biarlah. Air dah penuh kat kepala tu.” sahut Pak Tam disambut hilai ketawa sanak saudara yang lain. Meriah sungguh keadaan diluar walau jam sudah menunjukkan pukul 11.00 malam.


Hadiah yang masih belum dibuka ku susun ke tepi. Lampu ku tutup. Merebah diri ke katil pengantin, aku menoleh ke arah isteriku.

“Kita tidur dulu lah yer. Ramai sangat orang kat luar tu.” Isteriku Hanya mengangguk tanda setuju.

Entah pukul berapa sekarang, aku pun tidak tahu. Keadaan di luar gelap gelita dan senyap sunyi. Tanda sanak saudaraku telah pulang dan keluargaku telah tidur.

Jari jemariku lembut membelai rambutnya. Ku selak rambut ikal yang Menutupi telinganya lalu membisikkan “Assalammualaikum!” ke telinganya untuk Menguji isteriku.

“Wa'alaikummussalam.” Rupanya isteriku masih belum tidur. Ku kucup pipi halusnya. Ku kucup dahinya yang mulus. Semerbak harumnya menusuk deria bauku. Akanku tunaikan tanggungjawabku sebagai suami malam ini. Jari-jemari ini terus membelai tubuhnya. Perasaanku tidak dapat dikawal lagi, namun…

“Kringggggg….”

“Tik..tik..tik..tik…”

“Kring.. kring..kring..”

Bunyi-bunyi jam loceng entah dari mana memenuhi ruang bilikku. Terkejut dengan segala macam bunyi yang ada, aku membuka lampu. Serentak itu, terang benderang seluruh rumahku. Bunyi-bunyi ini telah berjaya membangunkan semua orang di rumahku.

Aku mencari-cari punca bunyi-bunyi itu. Mataku terarah ke sekotak hadiah yang masih terbalut rapi. Aku buka dengan pantas dan di dalamnya terdapat 5 buah jam loceng. Juga sekeping kad berbunyi…

Selamat Pengantin Baru,


Jangan gopoh-gopoh. Baru Pukul 2 pagi. Jangan maree.. kami potong stim.

Dalam hatiku.. cilaka punya kengkawan. Potong stim betullah!!!

|Faizzoth van der MoFa

Wednesday, November 9, 2011

Dongeng Rakyat 75

Monyet larikan Laptop

BUKIT GANTANG – Seorang penuntut lelaki sebuah kolej swasta di ibukota kempunan untuk membawa pulang laptop yang baru dibelinya menggunakan duit PTPTN ke kampung apabila ia disambar seekor kera lalu melarikannya kedalam hutan.

"Saya tak menyangka tindakan saya memberi makan keropok lekor kepada seekor kera yang terbaring di tepi jalan seolah-olah kelaparan meminta simpati membawa padah apabila kera tersebut bertindak melemparkan semula keropok lekor itu ke muka saya lalu merampas beg sandang saya yang mengandungi laptop dan berlari kedalam hutan".

"Saya yang ketika itu terpinga-pinga terus berlari pulang ke rumah dan menangis melalak diatas katil, kerana khuatir akan gambar-gambar aksi saya membuat mimik muka itik akan tersebar ke internet”, katanya ketika dihubungi Kosmos! semalam.

Ketika ditemui, kera yang didakwa merampas laptop penuntut kolej swasta tersebut menafikannya.

“Saya tidak langsung mengambil laptopnya, walaupun saya kera, tapi hati saya baik. Laptop budak tersebut bukan dirampas oleh saya, tetapi terjatuh kedalam longkang berhampiran ketika cuba membaling saya dengan batu yang ketika itu sedang mencari kutu anak saya”, ujarnya ketika ditemubual di warung Pak Jabit.

Pihak polis mengklasifikasikan kes ini sebagai kes tipu dan pelajar tersebut dibawa menghadap kera tadi dan perlu meminta maaf padanya. - Kosmos!


|Faizzoth van der MoFa

Thursday, October 27, 2011

Dongeng Rakyat 74


Anak Aku


Harun, Salim, Bachik dan Ebby Yus buat reunion di restoran. Mereka berborak-borak pasal anak-anak diorang. Masa tu Ebby Yus pergi ke tandas.

Harun : Bagaimana bisnes anak ko Lim?

Salim : Anak aku berjaya dalam perniagaannya. Tapi aku ayahnya, tak pernah dibelikan apa-apa. Hmm tapi semalam hari jadi awek dia, dia belikan keta BMW baru – boleh plak.

Harun : Anak aku pulak seorang pemaju perumahan yang berjaya gak. Tapi rumah aku dah uzur dia tak perbaiki pun. Malangnya semalam hari jadi awek dia, dia belikan banglo mewah 3 tingkat siap perabut sekali di Seremban.

Bachik : Anak aku lelaki juga. Dia seorang broker saham yang berjaya juga macam anak korang. Tapi aku sebagai abah dia, tak pernah hulur pun. Yang sedihnya, semalam besday awek dia juga, dia berikan duit RM100 ribu selamba jer.

Salim : Haaa, anak ko Ebby Yus pe citer? (Ebby Yus baru balik dari tandas)

Ebby Yus : Anak aku sebenarnya seorang lelaki, tapi apabila besar sifat dan wataknya menjadi lembut. Puas aku marah tetapi dia degil sehingga dia berpakaian wanita dan membuka sebuah salon. Namun begitu, dia sangat baik dengan aku dan selalu hulur kalau dia ada rezeki lebih.

Semalam hari jadi dia, mungkin dah rezeki dia dan aku sekali…. Ada seorang pemuda dah belikan dia kereta BMW baru, tu yang aku drive tadi. Lagi seorang belikan dia sebuah banglo di Seremban siap perabot sekali, esok aku pindah masuk ke sana.

Dan lagi seorang lagi baik hati, bagi dia duit RM100,000. Dia bagi aku separuh, jadi apa korang nak makan hari ni, order jer aku belanja!

Lagi tiga orang tadi terkesima dan terus pengsan.


|Faizzoth van der MoFa

Dongeng Rakyat 73


Perbezaan antara filem/drama Melayu, Cina dan Tamil.


Drama/Filem Melayu

1. 80% jalan cerita berkisar tentang :

- Cinta

- Cinta 3 segi
- Cinta 4 segi
- Anak-anak rebut harta pusaka

- Kalau keluarga kaya, anak-anak berebut nak gantikan Tan Sri (ayah) jadi Pengerusi,
CEO atau Presiden syarikat


2. Walaupun cerita pasal awek kilang, rumah awek kilang ni mesti complete furniture.
Ada TV 29", Home Theatre, peti sejuk besar, set sofa mewah.
(Director tak buat homework
ke? Pegi la tengok umah awek kilang kat Sungei Way tu).


3. Cerita polis, dialah pegawai penyiasat, dialah jadi forensic, dialah jadi pathologist,
dialah yang gi ambush. Semuanya DIA yang buat.
Polis lak dialog pakai bahasa buku.
"Saya rasa kita patut siasat dengan lebih
terperinci tuan". " Betul cadangan awak itu.
Kita bertindak sekarang".


4. Kalau cerita pasal Construction, bawak satu pelan gulung, pakai topi KUNING,
tunjuk-tunjuk kat bangunan tengah buat, discuss dengan
'kepala' Indon komplen
kenapa projek lambat siap kat Indon tadi. ( Topi kuning utk
pekerja buruh la).

5. Adegan doktor kat Wad check pesakit. Ambik fail hujung katil, selak-selak.
Dialog wajib : "Kesihatan awak bertambah baik. Banyakkan berehat dan
jangan lupa
makan ubat ". ( Tengok la cerita ER tu, Dr ada medical
terms dia).

6. Adegan kat umah. Ayah mesti tengah baca paper, Mak mesti tengah menjahit atau lipat baju. Orang gaji tengah basuh pinggan. Orang gaji mesti nama dia Mak Nab atau Mak Jah.

7. Nak panjangkan rakaman filem mesti ada adegan kereta sampai kat umah,
bukak pintu kereta, bukak pintu pagar, masuk balik kereta, drive
masuk car porch, keluar,
tutup pintu pagar.


8. Adegan sembahyang mesti dah salam akhir or adegan mengaji Quran mesti dah sampai part
akhir. ( Cover line kot ).


9. Gangster atau kuncu orang jahat mesti pakai baju takder lengan, pakai rantai dan pakai
bracelet.


10. Nak bagi sedih gila, mesti buat adegan dah tahu nak mati pasal kena barah otak.

Drama/Filem Cina

1. Cerita Kungfu, hero terror boleh terbang. Tapi sambung pengembaraan mesti jalan kaki.
Apesal tak terbang jek. Kan cepat sampai.


2. Hero mesti miskin gila. Tapi mesti ada sekeping or 2 keping duit siling kat celah lengan besar jubah dia.

3. Kalau cerita moden hero boleh lawan dan tewaskan 30 orang penjahat serentak.

4. Biasalah, kalau kena tembak mesti kat bahu or kat kaki. Tak mati.

5. Heroin mesti jadi bini or girlfriend boss penjahat dan jatuh cinta kat hero.

6. Hero mesti menembak pakai 2 pistol, kiri dan kanan. Macam Chow Yuen Fatt dalam filem 'A Better Tomorrow'. Tapi best wooo....

7. Pistol hero mesti peluru tak habis2. Tak payah reload.

8. Cerita hantu, hantu dia biasanya pakai bedak muka tebal2 dan hitamkan keliling mata.
Kat bibir ada darah meleleh. ( Tak seram pun ).


9. Kalau cerita lucu plak, mesti ada adegan air liur meleleh keluar mulut macam air paip.

10. Cerita Blue dia pun tak best. Awek mengerang jek lebih.

Drama/Filem Tamil/Hindustan

1. Biasalah, kebanyakan cerita bermula dengan 2 beradik terpisah.
Sorang di bela oleh orang jahat dan sorang lagi dibela oleh orang baik. Dah besar,
abang jadi
Inspektor Sahab dan adik jadi gangster. Nak abih cerita mesti adik kena
tembak ngan abang
dan waktu nazak baru si abang tahu yang dia tembak tadi adalah
adiknya sendiri melalui tanda parut.

2. Orang jahat digambarkan tersangat jahat sampai lembu pun takut.

3. Selalunya depa suka ciplak bulat2 filem barat macam Pretty Woman, Face Off dan Heat.

4. Paling pendek pun jangkamasa tayangan adalah 3 jam.

5. Orang jahat dan hero payah nak mati walaupun kepala dah kena ketuk dengan tukul besi.

6. Hero tak kena tembak walaupun ditembak dari jarak satu kaki.

7. Adegan joget sambil menyanyi akan melibatkan penari iringan seramai satu kampong dan
bertukar 7 atau 8 pasang pakaian untuk setiap
lokasi hanya untuk satu lagu.

8. Adegan keretapi tak boleh tertinggal. Joget reramai sampai atas bumbung keretapi.

9. Kalau cerita moden, dialog mesti bercampur bahasa omputeh dan Hindi.
Contoh
" I'm sorry. I didn't know that na pere tomhecha....bla....bla....bla...".

10. Biasanya plot dan jalan cerita dah boleh baca apa penyudahnya.
Tu
yang pelik ramai plak yang tunggu sampai abih.


|Faizzoth van der MoFa - Sekadar bacaan. Tiada kena mengena dengan yang dah mati atau pun sudah meninggal dunia.

Saturday, October 8, 2011

Dongeng Rakyat 72


Ramli

"Ayah! Ayah! Ramli score 2 gol hari ini..."

"Hei! Anak jiran sebelah tu score 9A tau!"

Aku yang sedang berada di bawah rumah agak terkejut mendengar herdikan kuat suara ayah Ramli. Aku lihat Ramli masuk ke dalam rumah dengan wajah sugul sambil memegang piala kecil ditangannya. Aku meneruskan kerja aku menolong ibu mengasingkan kekabu daripada bijinya. Nanti ibu bolehlah buat tilam. Tilam aku yang ada sekarang sudah keras. Apa tidaknya, hampir setiap hari kena basuh dan jemur. Ini dek kerana kerja adik aku yang suka sangat kencing malam. (He he....).

Kadang-kadang aku berasa amat bersalah pada Ramli. Dia kawan baik aku, kami sekelas. Di dalam kelas, aku selalu dapat nombor 1, manakala Ramli pula selalu dapat nombor sedang-sedang dari belakang sahaja. Inilah yang selalu dibandingkan oleh ayah Ramli. Ayah Ramli selalu menjadikan aku sebagai contoh apabila berceramah kepada Ramli.

Ramli suka main bola. Aku pun suka main bola. Cuma Ramli pandai menggelecek dan selalu score gol. Manakala aku pula suka main defence sahaja. Datang bola, aku rembat. Bola datang, aku clear. Itu sahaja tahap permainan bola aku.

Ayah Ramli garang. Dia kerja pejabat kerajaan. Keluarga mereka agak senang jika dibandingkan dengan keluarga aku. Ayah dan ibu aku hanya menoreh getah orang. Kais pagi makan pagi, kais sebulan, bayar hutang makan. Kadang-kadang ayah dan ibu aku terpaksa kais pagi dan petang apabila aku memberitahu mereka cikgu suruh beli buku-buku latihan.

Keluarga aku susah. Adik-beradik ramai. Aku sedar satu-satunya cara untuk merubah nasib keluarga adalah dengan belajar bersungguh-sungguh. Hasilnya, aku selalu score banyak A dalam peperiksaan. Dan kejayaan aku inilah yang menjadi hempedu kepada Ramli apabila ayahnya selalu meng'exaggerate' bilangan A yang aku dapat apabila memotivasi cum memarahi Ramli.

"Aku janji, aku akan buat ayah aku bangga suatu hari nanti," Ramli meluahkan perasaannya kepada aku di bawah pohon angsana di tepi padang pada suatu petang.

"Ramli... Aku pun mahu bahagiakan ibu bapa aku. Aku mahu buat mereka bangga. Kita sama-sama usaha ye Ramli," aku pun berkongsi impian dengan Ramli, kawan baik dan jiran aku itu.

Selepas SPM, aku dapat tawaran mengikuti A-Level di sebuah kolej di Kuala Lumpur. Ramli pula bercadang untuk menyambung ke tingkatan 6 sastera di sekolah di kampung kami. Aku tahu Ramli sedih dan pedih. Rumah kami berdekatan. Aku dapat dengar butiran leteran ayahnya kepada Ramli hampir setiap hari. Dan sudah tentu, nama aku pasti akan digunakan oleh ayahnya untuk memotivasi Ramli.

Walaupun ayah Ramli garang, dia baik hati. Itu cara dia mendidik Ramli. Walaupun dia kerja pejabat kerajaan, dia bukannya berpangkat tinggi. Gajinya pun cukup-cukup makan sahaja. Jadi aku cukup faham kenapa dia mahu Ramli belajar bersungguh-sungguh. Dia tidak mahu Ramli apabila besar nanti, kerjanya selalu disuruh-suruh orang. Dia tidak mahu Ramli jadi sepertinya.

Habis A-Level, aku ke UMIST. University of Manchester Institute of Science and Technology. Ramli lah yang paling gembira apabila aku ke Manchester.

"Jangan lupa belikan aku jersi Man U, nombor 7 tahu," Ramli berpesan kepada aku sebelum aku meninggalkan kampung menaiki teksi ke Kuala Lumpur.

Tiada dalam jangkaan aku sama sekali untuk bertemu Ramli di Manchester. Dia menelefon aku untuk bertemu di Old Trafford. Tanpa membuang masa, aku bergegas ke Old Trafford dengan membawa jersi nombor 7 dengan nama Beckham yang telah aku beli lama dahulu. Sebenarnya aku bercadang untuk memberinya kepada Ramli apabila aku pulang ke tanah air nanti.

"Nah.... Jersi kau," aku menghulurkan jersi merah Man U kepada Ramli.

"Ini pula untuk kau...."

Agak pelik apabila Ramli menghulurkan jersi Man U kepada aku kerana aku yakin dia amat tahu yang aku tak minat Red Devils. Aku hanya minat Red Warriors dan Bolton Wanderers.

Terkejut aku apabila melihat nama Ramli terpampang di jersi bernombor 19 itu. Ramli juga memberikan aku sekeping tiket perlawanan sulungnya. Dan buat pertama kali aku bersorak untuk Man U dan Ramli score pada minit ke 87 dalam perlawanan sulungnya bersama Man U.

Kami sama-sama berjaya. Kami sama-sama buat ayah kami bangga. Kalau ibu Ramli masih ada, tentu diapun bangga dengan Ramli macam ibu aku bangga dengan aku sekarang.

Aku berjaya membina rumah baru untuk ayah dan ibu aku seperti yang aku selalu impikan. Rumah yang sederhana dan selesa walaupun tidak sebesar dan semewah rumah Ramli kerana gaji aku walaupun seorang graduan dari UK hanyalah seciput daripada gaji Ramli yang merupakan pemain bola kelab ternama Manchester United yang dibayar berpuluh-puluh ribu pound sterling seminggu. Ya, seminggu!





|Faizzoth van der MoFa

Wednesday, August 3, 2011

Dongeng Rakyat 71


Temuduga

3 orang sahabat, Hadi, Alip & Syuk, mendapat tawaran temuduga untuk bekerja sebagai Pegawai Eksekutif di sebuah syarikat telekomunikasi di KL. Diorang tidak bersedia langsung untuk menjawab soalan yang bakal diajukan oleh para penemuduga.

Kelihatan 4 orang pegawai bersedia utk menemuduga diorang di dalam sebuah bilik.

"Encik Alip.." panggil kerani.

Alip masuk ke bilik tersebut dengan perasaan gementar.

"Ah.. jawab je ape yang diorang tanya.." bisik Alip dalam hati..


15 minit kemudian.. Alip keluar. Hadi & Syuk terus meluru ke arah Alip..

Syuk : "Ape yang dia tanya Lip?"

Alip : " Banyak jugak.... tapi satu je aku tak bleh jawab. Dia tanya siapa pengerusi syarikat ni. Aku diam je la. Tapi dia ade bagitau yang nama pengerusi syarikat ni Datuk Jamal Nasir Wahab Ali. Susah nak ingat nama tu. Ko tulis skit nama dia.... nanti kalau diorang tanya senang ko nak jawab"

Hadi : "Aku nak tulis kat mana? kertas satu pun tak bawak.."

Alip : "Ape susah.. ko tulis je kat getah spender ko.. time diorang tanya ko belek ah"

Hadi : "Ko memang bijak, sahabat!!"

Syuk hanya tersengih.


"Encik Hadi.." kerani memanggil calon yg kedua..

Hadi masuk ke bilik tersebut dengan perasaan konfiden..


20 minit kemudian.. Hadi keluar. Syuk & Alip terus mendapatkan Hadi.

Syuk : "Camne Di? Bleh jawab?"

Hadi : "Memang bleh jawab.. yang paling susah pun nama pengerusi syarikat. aku pun ape lagi.. buat2 tunduk, belek spender.. Fuh.. tima kasih Alip !!"

Alip hanya tersenyum.

Syuk : "Masalah jugak ni. Aku nak tulis kat mana?"

Alip : "La.. kat spender ko la. dah.. pegi toilet, tulis cepat."

Syuk : "Aku tak pakai spender..."

Hadi : "Hahahaha. Teruk la ko. Takpe. Jom pegi toilet. Ko pinjam spender aku"

Syuk : "Oh.. Korang la sahabat aku dunia akhirat"


"Encik Syuk.." Kerani terus memanggil calon seterusnya.

"Syuk.. turn ko. good luck!!" kata Hadi

"Orait Bebeh!!" Syuk betul2 konfiden..


Di dalam bilik temuduga:

"Encik Syuk.. Soalan terakhir dari kami.. Siapakah Pengerusi syarikat ni?"

Syuk memang konfiden. Dia betul2 yakin.. Syuk tunduk, membelek spender.. Dan dengan penuh konfiden Syuk menjawab..

"DATUK CALVIN KLEIN!!!!!"



|Faizzoth van der MoFa

Dongeng Rakyat 70


Majalah Ujang


Apiz orang Terengganu, manakala Amer ni org Kedah. Tinggal satu bilik.katil double decker. Amer kat atas. Apiz kat bawah. Amer ni suka baca majalah dan komik. Si Apiz pula suka pinjam. Belinya tidak. So, Amer ader sedikit bengang ler kat Apiz ni. Kekadang majalah yg baru beli dan tak sempat nak baca lagi pun Apiz dah kebas baca dulu. Bila kasi balik dah lasam dah. Tension Amer.
Satu hari Amer balik dari outing dan beli majalah UJANG. Siap cover tak kasi Apiz ni nampak. Lepas basuh baju, kemas sedikit sebanyak dan siapkan homework.... dia pun nak relax ler kat atas katil. Majalah UJANG bawah tilam pun dia bawa keluar. Elok jer dia baring.. baru buka mukasurat pertama.. Apiz kat bawah dia bersuara..

” Amer.. nok ujang..”

“Nanti la jap.. aku baru jer nak baca..” jawab lembut jer Amer.

“Ameer.. nok ujang tu” Apiz tak putus asa.

” Nanti la dulu.. bagi la aku baca dulu.. nanti abih aku bagi kat hang laa!” panas sikit Amer.

“Amer ! Nok ujang !! ” suara Apiz sedikit keras.

“Hang ni dah melampau.. kalau nak beli sendiri la.. apa.. hang ingat aku beli UJANG ni dengan duit bapak hang ka??”

Amer dah naik angin.. siap turun dari katil dia dah.

“Laaa.. aku kata tu.. haghi nok ujang tu.. mung basuh kaing.. kekgi basoh..” kecut jer Apiz jawab..

Drummmmmm.... hujan pun turun dengan lebat... Baju Amer kat ampaian pun basah kembali.


|Faizzoth van der MoFa