Thursday, January 5, 2012
Dongeng Rakyat 76
Malam Pertama yang mengejutkan
Suasana masih riuh di luar. Sanak saudara semuanya berkampung disini.Gelak ketawa, gurau senda jelas kedengaran. Aku memimpin isteriku ke dalam bilik pengantin. Suara-suara sumbang terlalu banyak yang menegurku. “Hai, malam masih muda, dah nak masuk tidur?” sapa Pak Ucu. “Orang muda bang Aji, biarlah. Air dah penuh kat kepala tu.” sahut Pak Tam disambut hilai ketawa sanak saudara yang lain. Meriah sungguh keadaan diluar walau jam sudah menunjukkan pukul 11.00 malam.
Hadiah yang masih belum dibuka ku susun ke tepi. Lampu ku tutup. Merebah diri ke katil pengantin, aku menoleh ke arah isteriku.
“Kita tidur dulu lah yer. Ramai sangat orang kat luar tu.” Isteriku Hanya mengangguk tanda setuju.
Entah pukul berapa sekarang, aku pun tidak tahu. Keadaan di luar gelap gelita dan senyap sunyi. Tanda sanak saudaraku telah pulang dan keluargaku telah tidur.
Jari jemariku lembut membelai rambutnya. Ku selak rambut ikal yang Menutupi telinganya lalu membisikkan “Assalammualaikum!” ke telinganya untuk Menguji isteriku.
“Wa'alaikummussalam.” Rupanya isteriku masih belum tidur. Ku kucup pipi halusnya. Ku kucup dahinya yang mulus. Semerbak harumnya menusuk deria bauku. Akanku tunaikan tanggungjawabku sebagai suami malam ini. Jari-jemari ini terus membelai tubuhnya. Perasaanku tidak dapat dikawal lagi, namun…
“Kringggggg….”
“Tik..tik..tik..tik…”
“Kring.. kring..kring..”
Bunyi-bunyi jam loceng entah dari mana memenuhi ruang bilikku. Terkejut dengan segala macam bunyi yang ada, aku membuka lampu. Serentak itu, terang benderang seluruh rumahku. Bunyi-bunyi ini telah berjaya membangunkan semua orang di rumahku.
Aku mencari-cari punca bunyi-bunyi itu. Mataku terarah ke sekotak hadiah yang masih terbalut rapi. Aku buka dengan pantas dan di dalamnya terdapat 5 buah jam loceng. Juga sekeping kad berbunyi…
Selamat Pengantin Baru,
Jangan gopoh-gopoh. Baru Pukul 2 pagi. Jangan maree.. kami potong stim.
Dalam hatiku.. cilaka punya kengkawan. Potong stim betullah!!!
|Faizzoth van der MoFa
Wednesday, November 9, 2011
Dongeng Rakyat 75
BUKIT GANTANG – Seorang penuntut lelaki sebuah kolej swasta di ibukota kempunan untuk membawa pulang laptop yang baru dibelinya menggunakan duit PTPTN ke kampung apabila ia disambar seekor kera lalu melarikannya kedalam hutan.
"Saya tak menyangka tindakan saya memberi makan keropok lekor kepada seekor kera yang terbaring di tepi jalan seolah-olah kelaparan meminta simpati membawa padah apabila kera tersebut bertindak melemparkan semula keropok lekor itu ke muka saya lalu merampas beg sandang saya yang mengandungi laptop dan berlari kedalam hutan".
"Saya yang ketika itu terpinga-pinga terus berlari pulang ke rumah dan menangis melalak diatas katil, kerana khuatir akan gambar-gambar aksi saya membuat mimik muka itik akan tersebar ke internet”, katanya ketika dihubungi Kosmos! semalam.
Ketika ditemui, kera yang didakwa merampas laptop penuntut kolej swasta tersebut menafikannya.
“Saya tidak langsung mengambil laptopnya, walaupun saya kera, tapi hati saya baik. Laptop budak tersebut bukan dirampas oleh saya, tetapi terjatuh kedalam longkang berhampiran ketika cuba membaling saya dengan batu yang ketika itu sedang mencari kutu anak saya”, ujarnya ketika ditemubual di warung Pak Jabit.
Pihak polis mengklasifikasikan kes ini sebagai kes tipu dan pelajar tersebut dibawa menghadap kera tadi dan perlu meminta maaf padanya. - Kosmos!
|Faizzoth van der MoFa
Thursday, October 27, 2011
Dongeng Rakyat 74
Anak Aku
Harun, Salim, Bachik dan Ebby Yus buat reunion di restoran. Mereka berborak-borak pasal anak-anak diorang. Masa tu Ebby Yus pergi ke tandas.
Harun : Bagaimana bisnes anak ko Lim?
Salim : Anak aku berjaya dalam perniagaannya. Tapi aku ayahnya, tak pernah dibelikan apa-apa. Hmm tapi semalam hari jadi awek dia, dia belikan keta BMW baru – boleh plak.
Harun : Anak aku pulak seorang pemaju perumahan yang berjaya gak. Tapi rumah aku dah uzur dia tak perbaiki pun. Malangnya semalam hari jadi awek dia, dia belikan banglo mewah 3 tingkat siap perabut sekali di Seremban.
Bachik : Anak aku lelaki juga. Dia seorang broker saham yang berjaya juga macam anak korang. Tapi aku sebagai abah dia, tak pernah hulur pun. Yang sedihnya, semalam besday awek dia juga, dia berikan duit RM100 ribu selamba jer.
Salim : Haaa, anak ko Ebby Yus pe citer? (Ebby Yus baru balik dari tandas)
Ebby Yus : Anak aku sebenarnya seorang lelaki, tapi apabila besar sifat dan wataknya menjadi lembut. Puas aku marah tetapi dia degil sehingga dia berpakaian wanita dan membuka sebuah salon. Namun begitu, dia sangat baik dengan aku dan selalu hulur kalau dia ada rezeki lebih.
Semalam hari jadi dia, mungkin dah rezeki dia dan aku sekali…. Ada seorang pemuda dah belikan dia kereta BMW baru, tu yang aku drive tadi. Lagi seorang belikan dia sebuah banglo di Seremban siap perabot sekali, esok aku pindah masuk ke sana.
Dan lagi seorang lagi baik hati, bagi dia duit RM100,000. Dia bagi aku separuh, jadi apa korang nak makan hari ni, order jer aku belanja!
Lagi tiga orang tadi terkesima dan terus pengsan.
|Faizzoth van der MoFa
Dongeng Rakyat 73
Perbezaan antara filem/drama Melayu, Cina dan Tamil.
Drama/Filem Melayu
1. 80% jalan cerita berkisar tentang :
- Cinta
- Cinta 3 segi
- Cinta 4 segi
- Anak-anak rebut harta pusaka
- Kalau keluarga kaya, anak-anak berebut nak gantikan Tan Sri (ayah) jadi Pengerusi,
CEO atau Presiden syarikat
2. Walaupun cerita pasal awek kilang, rumah awek kilang ni mesti complete furniture.
Ada TV 29", Home Theatre, peti sejuk besar, set sofa mewah. (Director tak buat homework
ke? Pegi la tengok umah awek kilang kat Sungei Way tu).
3. Cerita polis, dialah pegawai penyiasat, dialah jadi forensic, dialah jadi pathologist,
dialah yang gi ambush. Semuanya DIA yang buat. Polis lak dialog pakai bahasa buku.
"Saya rasa kita patut siasat dengan lebih terperinci tuan". " Betul cadangan awak itu.
Kita bertindak sekarang".
4. Kalau cerita pasal Construction, bawak satu pelan gulung, pakai topi KUNING,
tunjuk-tunjuk kat bangunan tengah buat, discuss dengan 'kepala' Indon komplen
kenapa projek lambat siap kat Indon tadi. ( Topi kuning utk pekerja buruh la).
5. Adegan doktor kat Wad check pesakit. Ambik fail hujung katil, selak-selak.
Dialog wajib : "Kesihatan awak bertambah baik. Banyakkan berehat dan jangan lupa
makan ubat ". ( Tengok la cerita ER tu, Dr ada medicalterms dia).
6. Adegan kat umah. Ayah mesti tengah baca paper, Mak mesti tengah menjahit atau lipat baju. Orang gaji tengah basuh pinggan. Orang gaji mesti nama dia Mak Nab atau Mak Jah.
7. Nak panjangkan rakaman filem mesti ada adegan kereta sampai kat umah,
bukak pintu kereta, bukak pintu pagar, masuk balik kereta, drive masuk car porch, keluar,
tutup pintu pagar.
8. Adegan sembahyang mesti dah salam akhir or adegan mengaji Quran mesti dah sampai part
akhir. ( Cover line kot ).
9. Gangster atau kuncu orang jahat mesti pakai baju takder lengan, pakai rantai dan pakai
bracelet.
10. Nak bagi sedih gila, mesti buat adegan dah tahu nak mati pasal kena barah otak.
Drama/Filem Cina
1. Cerita Kungfu, hero terror boleh terbang. Tapi sambung pengembaraan mesti jalan kaki.
Apesal tak terbang jek. Kan cepat sampai.
2. Hero mesti miskin gila. Tapi mesti ada sekeping or 2 keping duit siling kat celah lengan besar jubah dia.
3. Kalau cerita moden hero boleh lawan dan tewaskan 30 orang penjahat serentak.
4. Biasalah, kalau kena tembak mesti kat bahu or kat kaki. Tak mati.
5. Heroin mesti jadi bini or girlfriend boss penjahat dan jatuh cinta kat hero.
6. Hero mesti menembak pakai 2 pistol, kiri dan kanan. Macam Chow Yuen Fatt dalam filem 'A Better Tomorrow'. Tapi best wooo....
7. Pistol hero mesti peluru tak habis2. Tak payah reload.
8. Cerita hantu, hantu dia biasanya pakai bedak muka tebal2 dan hitamkan keliling mata.
Kat bibir ada darah meleleh. ( Tak seram pun ).
9. Kalau cerita lucu plak, mesti ada adegan air liur meleleh keluar mulut macam air paip.
10. Cerita Blue dia pun tak best. Awek mengerang jek lebih.
Drama/Filem Tamil/Hindustan
1. Biasalah, kebanyakan cerita bermula dengan 2 beradik terpisah.
Sorang di bela oleh orang jahat dan sorang lagi dibela oleh orang baik. Dah besar, abang jadi
Inspektor Sahab dan adik jadi gangster. Nak abih cerita mesti adik kena tembak ngan abang
dan waktu nazak baru si abang tahu yang dia tembak tadi adalah adiknya sendiri melalui tanda parut.
2. Orang jahat digambarkan tersangat jahat sampai lembu pun takut.
3. Selalunya depa suka ciplak bulat2 filem barat macam Pretty Woman, Face Off dan Heat.
4. Paling pendek pun jangkamasa tayangan adalah 3 jam.
5. Orang jahat dan hero payah nak mati walaupun kepala dah kena ketuk dengan tukul besi.
6. Hero tak kena tembak walaupun ditembak dari jarak satu kaki.
7. Adegan joget sambil menyanyi akan melibatkan penari iringan seramai satu kampong dan
bertukar 7 atau 8 pasang pakaian untuk setiap lokasi hanya untuk satu lagu.
8. Adegan keretapi tak boleh tertinggal. Joget reramai sampai atas bumbung keretapi.
9. Kalau cerita moden, dialog mesti bercampur bahasa omputeh dan Hindi.
Contoh " I'm sorry. I didn't know that na pere tomhecha....bla....bla....bla...".
10. Biasanya plot dan jalan cerita dah boleh baca apa penyudahnya.
Tu yang pelik ramai plak yang tunggu sampai abih.
|Faizzoth van der MoFa - Sekadar bacaan. Tiada kena mengena dengan yang dah mati atau pun sudah meninggal dunia.
Saturday, October 8, 2011
Dongeng Rakyat 72
Ramli
"Ayah! Ayah! Ramli score 2 gol hari ini..."
"Hei! Anak jiran sebelah tu score 9A tau!"
Aku yang sedang berada di bawah rumah agak terkejut mendengar herdikan kuat suara ayah Ramli. Aku lihat Ramli masuk ke dalam rumah dengan wajah sugul sambil memegang piala kecil ditangannya. Aku meneruskan kerja aku menolong ibu mengasingkan kekabu daripada bijinya. Nanti ibu bolehlah buat tilam. Tilam aku yang ada sekarang sudah keras. Apa tidaknya, hampir setiap hari kena basuh dan jemur. Ini dek kerana kerja adik aku yang suka sangat kencing malam. (He he....).
Kadang-kadang aku berasa amat bersalah pada Ramli. Dia kawan baik aku, kami sekelas. Di dalam kelas, aku selalu dapat nombor 1, manakala Ramli pula selalu dapat nombor sedang-sedang dari belakang sahaja. Inilah yang selalu dibandingkan oleh ayah Ramli. Ayah Ramli selalu menjadikan aku sebagai contoh apabila berceramah kepada Ramli.
Ramli suka main bola. Aku pun suka main bola. Cuma Ramli pandai menggelecek dan selalu score gol. Manakala aku pula suka main defence sahaja. Datang bola, aku rembat. Bola datang, aku clear. Itu sahaja tahap permainan bola aku.
Ayah Ramli garang. Dia kerja pejabat kerajaan. Keluarga mereka agak senang jika dibandingkan dengan keluarga aku. Ayah dan ibu aku hanya menoreh getah orang. Kais pagi makan pagi, kais sebulan, bayar hutang makan. Kadang-kadang ayah dan ibu aku terpaksa kais pagi dan petang apabila aku memberitahu mereka cikgu suruh beli buku-buku latihan.
Keluarga aku susah. Adik-beradik ramai. Aku sedar satu-satunya cara untuk merubah nasib keluarga adalah dengan belajar bersungguh-sungguh. Hasilnya, aku selalu score banyak A dalam peperiksaan. Dan kejayaan aku inilah yang menjadi hempedu kepada Ramli apabila ayahnya selalu meng'exaggerate' bilangan A yang aku dapat apabila memotivasi cum memarahi Ramli.
"Aku janji, aku akan buat ayah aku bangga suatu hari nanti," Ramli meluahkan perasaannya kepada aku di bawah pohon angsana di tepi padang pada suatu petang.
"Ramli... Aku pun mahu bahagiakan ibu bapa aku. Aku mahu buat mereka bangga. Kita sama-sama usaha ye Ramli," aku pun berkongsi impian dengan Ramli, kawan baik dan jiran aku itu.
Selepas SPM, aku dapat tawaran mengikuti A-Level di sebuah kolej di Kuala Lumpur. Ramli pula bercadang untuk menyambung ke tingkatan 6 sastera di sekolah di kampung kami. Aku tahu Ramli sedih dan pedih. Rumah kami berdekatan. Aku dapat dengar butiran leteran ayahnya kepada Ramli hampir setiap hari. Dan sudah tentu, nama aku pasti akan digunakan oleh ayahnya untuk memotivasi Ramli.
Walaupun ayah Ramli garang, dia baik hati. Itu cara dia mendidik Ramli. Walaupun dia kerja pejabat kerajaan, dia bukannya berpangkat tinggi. Gajinya pun cukup-cukup makan sahaja. Jadi aku cukup faham kenapa dia mahu Ramli belajar bersungguh-sungguh. Dia tidak mahu Ramli apabila besar nanti, kerjanya selalu disuruh-suruh orang. Dia tidak mahu Ramli jadi sepertinya.
Habis A-Level, aku ke UMIST. University of Manchester Institute of Science and Technology. Ramli lah yang paling gembira apabila aku ke Manchester.
"Jangan lupa belikan aku jersi Man U, nombor 7 tahu," Ramli berpesan kepada aku sebelum aku meninggalkan kampung menaiki teksi ke Kuala Lumpur.
Tiada dalam jangkaan aku sama sekali untuk bertemu Ramli di Manchester. Dia menelefon aku untuk bertemu di Old Trafford. Tanpa membuang masa, aku bergegas ke Old Trafford dengan membawa jersi nombor 7 dengan nama Beckham yang telah aku beli lama dahulu. Sebenarnya aku bercadang untuk memberinya kepada Ramli apabila aku pulang ke tanah air nanti.
"Nah.... Jersi kau," aku menghulurkan jersi merah Man U kepada Ramli.
"Ini pula untuk kau...."
Agak pelik apabila Ramli menghulurkan jersi Man U kepada aku kerana aku yakin dia amat tahu yang aku tak minat Red Devils. Aku hanya minat Red Warriors dan Bolton Wanderers.
Terkejut aku apabila melihat nama Ramli terpampang di jersi bernombor 19 itu. Ramli juga memberikan aku sekeping tiket perlawanan sulungnya. Dan buat pertama kali aku bersorak untuk Man U dan Ramli score pada minit ke 87 dalam perlawanan sulungnya bersama Man U.
Kami sama-sama berjaya. Kami sama-sama buat ayah kami bangga. Kalau ibu Ramli masih ada, tentu diapun bangga dengan Ramli macam ibu aku bangga dengan aku sekarang.
Aku berjaya membina rumah baru untuk ayah dan ibu aku seperti yang aku selalu impikan. Rumah yang sederhana dan selesa walaupun tidak sebesar dan semewah rumah Ramli kerana gaji aku walaupun seorang graduan dari UK hanyalah seciput daripada gaji Ramli yang merupakan pemain bola kelab ternama Manchester United yang dibayar berpuluh-puluh ribu pound sterling seminggu. Ya, seminggu!
|Faizzoth van der MoFa
Wednesday, August 3, 2011
Dongeng Rakyat 71
Temuduga
3 orang sahabat, Hadi, Alip & Syuk, mendapat tawaran temuduga untuk bekerja sebagai Pegawai Eksekutif di sebuah syarikat telekomunikasi di KL. Diorang tidak bersedia langsung untuk menjawab soalan yang bakal diajukan oleh para penemuduga.
Kelihatan 4 orang pegawai bersedia utk menemuduga diorang di dalam sebuah bilik.
"Encik Alip.." panggil kerani.
Alip masuk ke bilik tersebut dengan perasaan gementar.
"Ah.. jawab je ape yang diorang tanya.." bisik Alip dalam hati..
15 minit kemudian.. Alip keluar. Hadi & Syuk terus meluru ke arah Alip..
Syuk : "Ape yang dia tanya Lip?"
Alip : " Banyak jugak.... tapi satu je aku tak bleh jawab. Dia tanya siapa pengerusi syarikat ni. Aku diam je la. Tapi dia ade bagitau yang nama pengerusi syarikat ni Datuk Jamal Nasir Wahab Ali. Susah nak ingat nama tu. Ko tulis skit nama dia.... nanti kalau diorang tanya senang ko nak jawab"
Hadi : "Aku nak tulis kat mana? kertas satu pun tak bawak.."
Alip : "Ape susah.. ko tulis je kat getah spender ko.. time diorang tanya ko belek ah"
Hadi : "Ko memang bijak, sahabat!!"
Syuk hanya tersengih.
"Encik Hadi.." kerani memanggil calon yg kedua..
Hadi masuk ke bilik tersebut dengan perasaan konfiden..
20 minit kemudian.. Hadi keluar. Syuk & Alip terus mendapatkan Hadi.
Syuk : "Camne Di? Bleh jawab?"
Hadi : "Memang bleh jawab.. yang paling susah pun nama pengerusi syarikat. aku pun ape lagi.. buat2 tunduk, belek spender.. Fuh.. tima kasih Alip !!"
Alip hanya tersenyum.
Syuk : "Masalah jugak ni. Aku nak tulis kat mana?"
Alip : "La.. kat spender ko la. dah.. pegi toilet, tulis cepat."
Syuk : "Aku tak pakai spender..."
Hadi : "Hahahaha. Teruk la ko. Takpe. Jom pegi toilet. Ko pinjam spender aku"
Syuk : "Oh.. Korang la sahabat aku dunia akhirat"
"Encik Syuk.." Kerani terus memanggil calon seterusnya.
"Syuk.. turn ko. good luck!!" kata Hadi
"Orait Bebeh!!" Syuk betul2 konfiden..
Di dalam bilik temuduga:
"Encik Syuk.. Soalan terakhir dari kami.. Siapakah Pengerusi syarikat ni?"
Syuk memang konfiden. Dia betul2 yakin.. Syuk tunduk, membelek spender.. Dan dengan penuh konfiden Syuk menjawab..
"DATUK CALVIN KLEIN!!!!!"
|Faizzoth van der MoFa
Dongeng Rakyat 70
Majalah Ujang
Apiz orang Terengganu, manakala Amer ni org Kedah. Tinggal satu bilik.katil double decker. Amer kat atas. Apiz kat bawah. Amer ni suka baca majalah dan komik. Si Apiz pula suka pinjam. Belinya tidak. So, Amer ader sedikit bengang ler kat Apiz ni. Kekadang majalah yg baru beli dan tak sempat nak baca lagi pun Apiz dah kebas baca dulu. Bila kasi balik dah lasam dah. Tension Amer.
Satu hari Amer balik dari outing dan beli majalah UJANG. Siap cover tak kasi Apiz ni nampak. Lepas basuh baju, kemas sedikit sebanyak dan siapkan homework.... dia pun nak relax ler kat atas katil. Majalah UJANG bawah tilam pun dia bawa keluar. Elok jer dia baring.. baru buka mukasurat pertama.. Apiz kat bawah dia bersuara..
” Amer.. nok ujang..”
“Nanti la jap.. aku baru jer nak baca..” jawab lembut jer Amer.
“Ameer.. nok ujang tu” Apiz tak putus asa.
” Nanti la dulu.. bagi la aku baca dulu.. nanti abih aku bagi kat hang laa!” panas sikit Amer.
“Amer ! Nok ujang !! ” suara Apiz sedikit keras.
“Hang ni dah melampau.. kalau nak beli sendiri la.. apa.. hang ingat aku beli UJANG ni dengan duit bapak hang ka??”
Amer dah naik angin.. siap turun dari katil dia dah.
“Laaa.. aku kata tu.. haghi nok ujang tu.. mung basuh kaing.. kekgi basoh..” kecut jer Apiz jawab..
Drummmmmm.... hujan pun turun dengan lebat... Baju Amer kat ampaian pun basah kembali.
|Faizzoth van der MoFa
Dongeng Rakyat 69
Kisah 3 orang anak dara
Tersebutlah la kisah sebuah keluarga aman bahagia yang dianggotai sepasang suami isteri bersama tiga orang anak dara mereka. Nak dijadikan cerita, ketiga-tiga anak dara tersebut melangsungkan perkahwinan mereka secara serentak.
Maka sedih bercampur gembira menyelubungi hati dan perasaan kedua ibu bapa mereka apabila majlis perkahwinan tersebut selamat dilangsungkan.
Apabila ketiga-tiga pasangan bersiap sedia untuk pergi berbulan madu ke tempat haluan masing-masing, kedua ibu bapa mereka pun dengan tegas berpesan supaya mereka tidak lupa untuk mengirimkan berita sepanjang pemergian mereka walau dengan sepatah dua kata. Supaya tidak membebankan setiap pasangan, ibu bapa mereka mencadangkan agar mereka hanya menulis tajuk iklan yang dapat menggambarkan maksud yang ingin disampaikan. Lalu mereka semua pun bersetuju degan cadangan tersebut.
Seminggu selepas mereka semua pergi ke arah tujuan masing-masing, si ibu menerima sepucuk surat dari anak mereka yang pertama, suratnya amat ringkas, hanya perkataan "Nescafe" yang tertera. Si ibu yang cuba menyelami maksud yang ingin disampaikan, tanpa berlengah menyemak iklan "Nescafe" di akhbar yang berbunyi "Nikmatnya tak terhingga", maka fahamlah si ibu akan maksud yang ingin disampaikan.
Selang seminggu selepas itu, mereka menerima sepucuk surat dari anak mereka yang kedua pula, suratnya juga pendek, hanya berbunyi " Standard Chartered Bank". Apabila disiasat dengan lebih lanjut, iklan Standard Chartered Bank rupanya bermaksud " Besar, Teguh dan Peramah", maka tersenyumlah kedua orang tua tersebut.
Seperti lazimnya mereka pun tertunggu-tunggu akan berita dari anak ketiga mereka, namun minggu demi minggu tidak juga mereka menerima sebarang khabar berita. Mulanya mereka agak risau namun setelah hampir dua bulan berlalu, mereka akhirnya menerima sepucuk surat yang amat dinananti-nantikan, suratnya juga amat ringkas, hanya tertulis perkataan "MAS". Mulanya mereka agak hairan kenapalah anak mereka mangambil masa yang lama sangat untuk menulis perkataan "MAS" namun setelah membaca iklan MAS di surat khabar, mereka pun tersenyum. Di surat khabar, iklan MAS berbunyi," Tiga kali sehari, tujuh hari seminggu..."
|Faizzoth van der MoFa
Dongeng Rakyat 68
Tajupakale
Lepas habis presentation kat kelas tadi perut aku jadi lapar tak tentu arah. Terus aku singgah kat sebuah kedai jual roti canai berhampiran kelas. Pelayan kedai roti canai yang berbangsa mamak ambil order gua berupa roti canai 2 keping banjir dan kopi 'o' ais.
Selesai urusan nafkah perut, aku ternampak satu dua kutu main laptop dari tadi, aku syak kedai mamak ni ada menyediakan perkhidmatan wifi secara free. Sebagai customer, aku rasa ada hak untuk guna wifi kedai roti canai tersebut secara free juga. Laptop di start-up dan wifi di cari. Tetiba laptop aku prompt satu window tanya password..
"Dey mamak, sini kejap" Aku memanggil mamak dan melambai tangan macam nak tanya soalan susah-susah kat lecturer dalam kelas.
"Yes boss?"
"Sini wifi aper dia punya password?"
"Ooo fast-wood kalu, manyak shinang.. boss masuk sana wifi...sudah ka?" pelayan kedai roti canai mengarahkan aku masuk wifi sampai ada prompt window mintak password.
"Ok mamak, sekarang you bagi apa password"
"Ok boss amik ni arr... saya cakap satu kali boss terus tulis sana...dia punya fast-wood 'tajupakale'" Style mamak tu bagi password kat aku macam nak bagi dadah, siap cakap slow kat tepi telinga.
Aku pun cekal menaip di ruangan password 'tajupakale' dalam hati terdetik "Giler susah password mamak ni... tinggi bahasa digunakan. Lantas aku tekan 'OK'
Ting..tong.. laptop canggih aku prompt lagi window tulis 'Password error!'. Hati aku dah start panas, mentang-mentang makan roti canai ajer 2 keping, takkan password pun tak leh nak bagi. Terus aku memanggil balik mamak tadi yang tengah sibuk amik order kat meja depan pulak.
"Dey tambi, betol ke you punya password."
"Tak boleh lah!!! main-main lah you!"
"Butol lah boss, sini tempat fast-wood musti 'tajupakale'. Tak boleh tukar"
"You tengok sini saya tulis arrr 'tajupakale', sekarang saya tekan 'OK'.. haa you tengok salah lagi"
Aku tengok mata mamak tu tepat-tepat sebagai tanda marah, mamak tengok mata aku sambil geleng kepala.
"Boss, lain kali saya cakap satu kali you dengar baik-baik.. saya sudah cakap itu fastwood 'tajupakalee' you dengar arrr 'tajupakalee' dia punya tulis ini macam'taju, taju, taju, taju'. You ada sekolah ka?"
Aku terus tekan butang 'shutdown' sambil cakap "tak per lah mamak, lain kali lah saya datang pakai lu punya wifi. Lain kali sebut betul-betul 'tujuh empat kali' boleh tak?"
|Faizzoth van der MoFa - Hakhakhak !
Dongeng Rakyat 67
Pak Pandir di McDonalds
Suatu hari Pak Pandir yang baru lepas dapat duit raya ingin makan di McDonalds.
Bila dia sampai dia tak tahu nak order apa. Maklumlah tinggal terpencil di hujung kampung. Sedang dia berfikir datang seorang lelaki lingkungan 30'an ditepinya. Kacok namanya. Pak Pandir pun merancang untuk meminta seperti apa yang Kacok minta.
Kacok : Bagi Big Mac satu..
Pak Pandir: Bagi Big Mac satu...
Kacok : Air...Bagi air coke yer...
Pak Pandir: Air...Bagi air coke yer...
Kacok pun menjeling pada Pak Pandir... namun Pak Pandir buat tak tahu saja...
Kacok : ooo yer cik....bagi Ash-tray satu yer... (masa tu Mc donalds buleh merokok lagi)
Pak Pandir : ooo yer cik...bagi ash-tray satu yer...
Kacok mula meradang lalu memarahi Pak Pandir...
Kacok : Hoi ! yang kau pesan sama macam aku tu kenapa hah...takder otak ker?
Pak Pandir: Aper... kau ingat kau sorang jer ker makan ash-tray?!?
Dongeng Rakyat 66
SEORANG LELAKI telah melanggar sebatang tiang lampu di tepi jalan sehingga bengkuk. Sebentar kemudian Polis pun sampai dan dia muladisoal siasat.
Polis : Kenapa awak langgar tiang?
Lelaki : Saya tidak sengaja
Polis : Awak tak nampak ke tiang yang sebegini besar dan tinggi?
Lelaki : Saya nampak dengan jelas
Polis : Sila keluar dari kereta ( Lelaki itu keluar ) Tenguk IC dan Lesen memandu awak ( Lelaki itu mengeluarkan IC dan lesen )
Lelaki : Sah?
Polis : Sah! Tetapi kenapa langgar tiang itu? Awak mabuk?
Lelaki : Sumpah! Saya tidak mabuk. Saya tidak pernah ambil alkohol dan saya normal.
Polis : Habis tu kenapa awak langgar tiang tu?
Lelaki : Tadi, saya nampak tiang itu bergerak-gerak ke kiri dan kanan! Saya cuba elak..pastu hilangkawalan dan langgar!
Polis : Kita cerita kat balai OK?
|Faizzoth van der MoFa
Dongeng Rakyat 65
Bapak aku Ahli Sukan
Di padang sebuah sekolah, nun jauh disudut kanan, ternampaklah tiga budak sedang bersembang. Mari kita amati dan teliti apa yang mereka sembangkan....
Budak A " Bapak aku jadi ahli sukan, bapak hangpa kerja apa "
Budak B dan Budak C menjawab " Bapak kami pun ahli sukan jugak".
Maka semua bapak mereka adalah ahli sukan....
Budak A meneruskan cerita.." Bapak aku jadi perejam lembing, punyalah cepat dia berlari sehinggakan setelah lembing direjam, bapak aku berlari dan menangkap lembing tersebut sebelum lembing itu jatuh ke tanah "
" Itu tak heran " kata Budak B " Bapak aku lagi tangkas, bapak aku masuk sukan menembak. Punyalah cepat dia berlari sehinggakan selepas peluru keluar daripada pistol, bapak aku sempat berlari dan menangkap peluru tersebut"
"Mari kita dengar cerita bapak aku pulak, aku rasa bapak aku yang paling cepat dalam bab lari ini" kata Budak C. " Bapak aku kerja di Alor Setar tapi tinggal di Sungai Petani. Bila pejabat tutup pukul 4.15 petang, pukul 3.50 petang bapak aku dah ada di rumah. Bayangkan betapa cepatnya pak aku berlari. "
|Faizzoth van der MoFa
Tuesday, July 26, 2011
Dongeng Rakyat 64
Tak Romantik Langsung
Pada suatu pagi, bertanya si isteri pada si suami:
Isteri : Abang tengok jiran kita yg baru pindah tu?
Suami : Kenapa?
Isteri : Tiap pagi sebelum pergi kerja, suami dia akan cium isterinya. Bila pulang kerja, dia akan berikan isterinya sekuntum bunga mawar. 'Loving' betullah mereka. Kenapa abang tak buat macam tu?
Suami : Nak mampus... Mana abang kenal isteri dia?"
Dermakan Atuk
Seorang lelaki datang ke sebuah rumah untuk meminta derma.
Lelaki : "Derma untuk rumah orang-orang tua !"
seorang budak pun membuka pintu.
budak : "Derma ape bang?"
lelaki : "Derma untuk rumah orang-orang tua. Adik ada apa-apa untuk didermakan?"
budak : "Nanti jap.saya ambilkan atuk saya."
lelaki : ?????
Siapa Diluar?
Seorang penjenayah tua yg menyorok di pinggiran kampung sedang sakit berat. Dia sedang berbaring di atas katil lusuhnya. Tiba-tiba terdengar ketukan keras di pintu luar.
"Siapa di luar?,"teriak orang tua itu dengan ketakutan.
"Saya Malaikat Maut!"
"Oh, syukurlah. Saya ingat yang datang anggota polis!"
Ayam dan Kambing
Ayam: "Kambing, pekabo?"
Kambing: "Baik. Wah ! ayam... Bukan main lagi kau. Kau nak ke mana hensem-hensem ni."
Ayam: "Takde ke mana. Sesajalah nak tengok gelagat engko."
Kambing: "Tapi kan ayam, macam mana pun ko berhias, ko jalan tetap kaki ayam,kan?"
Ayam: "Ko kutuk aku ye. Ko pun apa kurangnya."
Kambing: "Apa?"
Ayam: "Nampak macam alim. Bela janggut. Tapi telur nampak..."
Rumput dan Kuda
Seorang guru lukisan sedang melihat kertas lukisan milik pelajarnya yang paling malas.
Cikgu : "Lukisan apa yang kau buat nie Abu, kosong je?"
Murid : "Kuda makan rumput, cikgu!"
Cikgu : "Rumputnya mana?"
Murid : "Sudah habis dimakan kuda, cikgu,"
Cikgu : "Habis tu, kudanya mana?"
Murid : "Sudah pergi, cikgu! Kalau rumputnya sudah habis, buat apa kuda tu masih di situ?
Tiga Sudu
Doktor: "Encik kena ambil 3 sudu ubat ni setiap hari."
Pesakit: "Eh! tak boleh la doktor."
Doktor: "Kenapa?"
Pesakit: "Rumah saya ada dua sudu jer."
Professor
Seorang profesor mlnngkah penuh brgaya menuju ke bilik kuliahnya. Dia hendak menguji pljrnya mengenai kelemahan diri. Dia brtanya, "Siapa yang merasakn dirinya bodoh, sila berdiri". Semua pelajar diam. Ada yang senyum. Tidak lama kemudian, seorang pelajar bangun.
Profesor berkata: "Oooh....Jadi awak mengakulah diri awak ini bodoh?"
Pelajar: Bukan....sbnrnya saya tidak sggup lihat profesor seorang saja
yang berdiri!
Lari Jauh
"Ibu : "Poyo.. kenapa wajahmu pucat dan nafasmu termengah-mengah?"
Poyo : "Saya berlari jauh untuk menghentikan sebuah perkelahian."
Ibu : "Wah, bagus sekali perbuatanmu. Siapa yang berkelahi?"
Poyo : "Shukri dan saya"
Ibu : "Cheh.. dasar penakut. Tak amalkan dasar tonggak 12!"
Cuti Sakit
Suatu hari, Salmah ponteng sekolah. Dia telefon guru kelasnya dan menyamar sebagai ibunya.
Salmah : "Hello, adakah itu Cikgu Aminah binti Ali, guru kelas tahun 6 hijau?"
Cikgu : "Ya, saya."
Salmah : "Cikgu, hari ini Salmah tidak dapat hadir ke sekolah kerana sakit."
Cikgu : "Ok...ok..., er...boleh saya tahu siape yang sedang bercakap?"
Salmah : "Emak saya..."
|Faizzoth van der MoFa
Wednesday, June 29, 2011
Dongeng Rakyat 63
Ketika itu adalah akhir tahun persekolahan, dan seorang Guru Besar sedang menerima hadiah dari murid-muridnya. Sameon anak kepada seorang pemilik kedai bunga memberinya hadiah. Guru Besar menggoyangkan kotak hadiah itu, memegangnya di atas kepala, dan berkata, "Aku yakin aku tahu apa ini. Beberapa kuntum bunga..?"
"Itu benar" anak murid itu berkata, "tapi bagaimana Cikgu tahu?"
"Oh, hanya meneka," katanya.
Murid berikutnya Amelina adalah anak perempuan kepada seorang pemilik kedai manisan. Guru Besar memegang hadiah itu, menggoyangnya, dan berkata, "Aku yakin aku boleh meneka apa ini. Sebuah kotak gula-gula."
"Itu benar, tapi bagaimana Cikgu tahu?" tanya murid itu.
"Oh, hanya meneka," kata Guru Besarnya.
Hadiah berikutnya adalah dari anak seorang pemilik kedai minuman keras. Guru memegang kotak hadiah itu, tapi kotak itu bocor. Dia menyentuh setitik kebocoran itu dengan jarinya dan menyentuh ke lidahnya.
"Apakah anggur?" ia bertanya. "Tidak," jawab anak murid itu, dengan gembira.
Guru mengulanginya, mengambil cairan dari kotak yang bocor itu ke lidahnya.
"Apakah champagne?" ia bertanya.
"Tidak," jawab anak murid itu, dengan lebih banyak tersenyum.
Guru merasai lagi sebelum menyatakan,
"Aku menyerah kalah, apa ini?"
Anak murid itu menjawab, "Itu anak anjing!"
|Faizzoth van der MoFa
Dongeng Rakyat 62
Kerana sudah berasa insaf, Pian pergi ke sebuah surau untuk mendengar ceramah agama. Ketika tabung derma diedarkan, dia dengan segera membuka dompetnya dan memasukkan RM2 ke dalam tabung derma itu.
Tiba-tiba, seorang pak cik yang duduk di belakangnya menepuk bahunya dan memberikannya duit sebanyak RM200 kepada Pian. Pian tersenyum. Dia mengambil duit itu dan memasukkan kedalam tabung derma itu juga. Pian menoleh dan berasa kagum dengan kemurahan hati pak cik itu . Tidak berapa lama kemudian, pak cik dibelakang Pian kembali menepuk bahunya dan Pian mendengar bisikan dari pak cik itu "Encik, duit RM200 itu sebenarnya terjatuh dari beg duit encik tadi".
|Faizzoth van der MoFa
Dongeng Rakyat 61
Andi adalah seorang anak kecil yang masih kecil, lurus dan jujur. Suatu hari ia sedang bermain bersama kawannya.
Ari: "Ayahku selalu bilang aku adalah anak yang istimewa kerana aku dilahirkan pada 09-09-1999 sembilan tahun setelah orang tuaku menikah"
Ati: "Aku juga, aku disebut anak bertuah kerana dilahirkan 2 tahun setelah pernikahan orang tua aku tepatnya 08-08-1998
Andi: (Tidak mau kalah) "Ayahku cakap aku anak ajaib, bayangkan saja aku lahir tahun 07-07-1998!"
Ari: "apa yang ajaib? kan angkanya tak sama?"
Andi: "Memang tapi orang tuaku menikah tahun 1999, ajaib kan ?
|Faizzoth van der MoFa
Thursday, May 12, 2011
Friday, May 6, 2011
Wednesday, April 20, 2011
Kronologi Di Pejabat

Nama : Faizzoth van der MoFa
Bahagian : Seksyen Paranormal dan Jenayah Berat
Tarikh : 20 April 2011
7.30 - Finger Print
8.00 - Breakfast (Makan bekal yang dibeli di CarPark)
9.00 - Baca Kosmo Online dan segala bapak paper online
10.00 - Keluar untuk minum pagi (Dulu, sekarang isu masih panas jadi tak keluar)
11.00 - Berborak, Tidur, surfing, etc...
12.00 - Main 'game', tidur, surfing
1.00 - Tidur / Keluar untuk makan tengahari
2.00 - Tidur, berehat, lepak-lepak, solat, etc...
3.00 - Berborak, tidur, ulang alik ke bilik air
4.00 - Bersiap-siap untuk pulang, solat, etc...
5.00 - Pulang dengan tergesa-gesa



