Wednesday, January 5, 2011

Dongeng Rakyat 42


Hidup Berjiran

Dalam satu kejiranan ni bermulalah satu cerita dimana isteri
jiran sebelah ni jatuh cinta dengan suami jiran sebelah. Jadi faham-fahamlah apa yang diorang buat kat rumah si isteri tuh. Tak disangka-sangka, suami si isteri ni pulang awal dari kerja hari tu.

Maka, kelam-kalbutlah si isteri dengan teman lelaki dia tu bersurai. Walaubagaimanapun, suami jiran sebelah tu dah tak sempat lagi keluar ikut pintu belakang. Si suami jiran ni pun bagi idea kat si isteri. Lalu si isteri berlari dengan pantas ke bilik untuk mengambil baby oil dengan bedak badan lalu disapunya baby oil pada badan teman lelakinya.

Setelah itu, diletakkan pula bedak badan pada badan teman lelakinya sehingga keseluruhan badan teman lelakinya itu kelihatan putih melepak. Lalu teman lelakinya pun berdiri di salah satu sudut rumah dan mengeraskan dirinya supaya kelihatan seperti patung. Setelah melalui saat yang genting itu, si isteri pun membuka pintu kepada suaminya yang sudah sekian lama
mengetuk pintu. Si suami tercegat seketika apabila ternampak 'patung' itu lalu bertanya kepada isterinya,

" Aik??!!.....dari mana pulak datangnya patung nih??"

"Oooo..... patung tuuu. Patung ni saya order dari katalog mak cik sebelah. Baru je sampaitadi." jawab si isteri selamba.

"ooooooo.....begitu." balas si suami.

Tepat pukul 3 pagi, tanpa mengejutkan isterinya, si suami keluar dari bilik tidur lalu menuju ke dapur. Kelihatan 'patung' tu masih berada dalam keadaan asalnya tanpa sebarang perubahan. Setelah tiba di dapur, si suami membuat sandwich lalu meletakkannya di atas dulang menghidang bersama segelas susu. Setelah itu, si suami mengangkat makanan itu lalu berdiri betul-betul dihadapan 'patung' itu lalu berkata, "Nah....makanlah." Si 'patung'berasa amat terkejut dan takut kalau-kalau si suami mengetahui hal sebenarnya.

Dengan selamba, si suami berkata," Aik??!!! tak nak??? orang dah bagi makanan ambik la! Saya ni kira baik la.....Tak macam awak dulu, tiga hari tiga malam saya jadi patung kat rumah awak, jangankan makanan segelas air pun awak tak bagi!!!!!!"

|Faizzoth van der MoFa

Thursday, December 30, 2010

Dongeng Rakyat 41

Akta 15 Perlembagaan Pekerja Sosial

Sepasang kekasih baru yang bekerja sebagai pekerja sosial, Aserap dan Winnie selalu bersama walau ke mana jua. Suatu malam ketika mereka berdua keluar berdating…

Aserap : “Kita nak kemana nie?
Winnie : “Tak kisah la.. mana-mana pun boleh”
Aserap : “Apa kata kalau kita ke pantai..
Winnie : “Saya ok aje..”

Apabila sampai di pantai mereka berdua tidak keluar dari kereta... mereka hanya berehat sambil berbual-bual didalam kereta.... Mulanya berbual biasa.. lama-kelamaan.. Aserap meletakkan tangannya di paha Winnie.. nampaknyaWinnie tidak membantah.. Beberapa minit kemudian.. Aserap mengerakkan tangannya beberapa inci ke atas… Winnie masih tidak membantah… hinggalah akhirnya ketika Aserap mengerakkan tangannya beberapa inci lagi.. Winnie berkata dengan sopan.. “Abang Aserap… ingatlah pada akta 15 dalam perlembagaan pekerja sosial” Setelah mendengarkan teguran Winnie itu.. Aserap terus menarik tangannya menjauhi Winnie.. walaupun sebenarnya dia tidak berapa ingat isi kandungan akta 15 itu..

Aserap : “Maafkan saya”
Winnie : “Tak apa”

Lalu mereka pulang… Di rumah.. Aserap terus masuk ke bilik dan membuka
buku perlembagaan pekerja sosial dan mencari akta 15 lalu dia membaca
kandungannya…

“Teruskan Usahamu.. Jangan lakukan Separuh Jalan Sahaja”


|Faizzoth van der MoFa

Friday, December 10, 2010

Dongeng Rakyat 40


Mintak Cerai


Suami tengah memandu.

Isteri : Kita dah berkahwin 15 tahun dah, saya rasa saya tak sesuai lagi bersama dengan awak. Saya nak mintak cerai dengan awak.

Si suami diam dan terus memandu kereta [bertambah laju (70km) ]

Isteri : Saya dah tak cintakan awak lagi. Sebenarnya saya dah ada teman lelaki. Dia akan berkahwin dengan saya lepas awak ceraikan saya. Saya malas nak cerita panjang lagi dan saya tak nak awak cuba pujuk saya. Saya dah bosan hidup dengan awak !!!

Si suami terus memandu dengan penuh perasaan marah (masih diam)

Isteri : Bila kita bercerai, saya nak rumah kita....

Si suami masih diam. [Memandu dengan lebih laju(80km) ]

Isteri : Saya nak anak kita juga..awak bukan boleh pelihara mereka...

Si suami masih diam. [Tambah kelajuan (100 km) ]

Isteri : Saya nak kereta ini, kredit kad dan simpanan akaun kita...

Si suami masih diam, membelok kereta ke arah Jaya Jusco.

Isteri : Awak ada ingin minta apa-apa ???

Suami : Tak perlu....saya dah ada apa yang saya perlukan...

Isteri : Ya kah ?? Apa yang awak ada ??

Suami : Sebelum saya melanggar dinding konkrit Jaya Jusco, saya ada air bag awak tak ada...

|Faizzoth van der MoFa

Tuesday, November 23, 2010

Dongeng Rakyat 39


Telur Rebus

Aku ada cerita ni. Lawak la juga tapi jangan ketawa tau. Aku baru berkahwin setahun yang lepas dan duduk dengan isteri aku. Kami duduk berdua sahaja sebab belum dikurniakan anak. Aku ni ada satu kegemaran iaitu makan telur rebus. Aku pun tak tahu kenapa aku suka makan telur rebus, sedap agaknya. Sebelum aku kahwin, aku memang gila telur rebus. Pagi petang siang malam makan telur rebus. Tapi semenjak aku kahwin ni aku terpaksa berkorbanlah. Lama juga aku dah tak pekena telur rebus ni sebab orang rumah aku masak sedap-sedap so aku dah tak kisah lagilah.

Ceritanya begini, bulan lepas masa aku balik kerja, tiba-tiba kereta aku rosak. Akupun telefon bini aku katakan aku balik lambat sebab kena menapak. Sebab lapar aku pun singgah satu kedai makan tu ada telur rebus lah. Akupun makan nasi dengan telur rebus. Lepas tu aku order telur rebus lebih lagi untuk diratah. Sebelum balik aku bungkus lagi 10 biji telur rebus untuk makan sambil berjalan balik nanti. Tiba je kat rumah aku rasa amatlah kenyang maklumlah balas dendam sebab lama tak pekena telur rebus.

Sebelum aku masuk ke rumah, isteri aku tiba-tiba cakap dia ada 'surprise' untuk aku malam ni. Dia suruh aku tutup mata dengan kain hitam yang diikat kemas dibelakang kepalaku. Dan dipimpinnya aku sampai ke meja makan. Aku duduk dikerusi dan isteriku pesan jangan cuba buka ikatan yang menutup mataku.

Aku nak pergi toilet sebab perutku mula buat hal, tapi malaslah nak spoilkan'surprise' isteriku ini. Aku pun tahan ler. Tetiba telefon berbunyi, isteriku pergi mengangkatnya. Apa lagi ada chance aku pun melepaskan kentut yang ditahan sekian lama. Fuuuuhhh lega rasanya. Bau boleh tahan. Maklum ler berapa biji telur tah aku bedal tadi. Alamak.. ada lagi satu la. Aku pun angkat sebelah punggung dan lepaskan satu das lagi.. bunyinya PROOOTTT!! Fuh bau jangan cakap beb aku pun tak tahan bau dia. Aku kipas pakai tangan angin dia kasi kurang sikit bau dia. Tetiba aku dengar bunyi telefon berdering lagi, hai lamanya tunggu isteri aku ni, aku tak sabar lagi ni nak tahu surprise dia ni. Aku terasa ada lagilah, kali ni memang aku rasa power punyalah. Aku kumpul dulu kasi padu. Lepas tu aku bangun, tonggeng sikit dan lepaskan angin taufan tu. PRRROOOOOTTT!!!! Fuhh lega. Bergegar sikit meja makan dibuatnya. Aku tutup hidung aku. Aku rasa bau dia ada sikit-sikit macam bangkai la. Mahu mati bunga atas meja makan aku ni. Sambil tu aku sebut 'ahhhh.... lega...'

Adalah dekat 5 minit baru bau bangkai tu hilang. Lepas tu isteri aku kembali dan minta maaf sebab lambat lalu dia kata 'SURPRISE!! HAPPY BIRTHDAY!!' dan suruh aku buka kain penutup mata aku. Laaa birthday aku hari ni le camne boleh lupa ni. Aku buka le kain penutup mata aku. Mulutku terus melopong ALAMAK!!! Benda pertama aku lihat muka merah padam pak mertua aku, mak mertua aku, adik ipar aku dua orang, duduk keliling meja makan. Bos aku dengan jiran sebelah rumah rumah aku pun ada?MAMPUS !!!


|Faizzoth van der MoFa

Tuesday, November 2, 2010

Dongeng Rakyat 38


Isteriku sudah tidak dengar

Udin pergi berjumpa doktor mengeluh tentang isterinya yang sudah hilang pendengaran.


"Seberapa burukkah pendengarannya?" tanya doktor.

"Entahlah, Doktor. Yang jelas saya mesti menjerit kalau nak berbual dengannya."
...
"Okey, cuba buat macam nie. Berdiri sejauh 6 meter darinya, lalu katakan sesuatu. Kalau dia tak boleh dengar kamu, berdirilah lebih dekat sedikit darinya, lalu katakan yang kamu katakan tadi. Kalau dia tidak juga dengar, dekatkan jarak sedikit demi sedikit. Dengan begitu saya akan tahu berapa jarak maksima pendengarannya."

Maka, Udin pulang ke rumah dan mendapati isterinya sedang memasak di dapur. Dari jarak 6 meter ia berteriak, "Makan apa kita malam ini?" Tak ada jawapan. Lalu dia jalan depan sedikit lagi, berhenti di jarak 5 meter dan menanyakan hal yang sama. Juga tak terdengar jawapan. Begitu juga pada jarak 3 meter.

Akhirnya, ia berdiri di samping isterinya.
"Makan apa kita malam ini?" katanya separuh menjerit.

Si isteri dengan mata yang berlinangan dengan air mata, lalu menjerit:

"Untuk keempat kalinya aku beritahu, KARI KAMBING!!!!"


|Faizzoth van der MoFa

Sunday, October 31, 2010

Sebuah Kisah 003


Jangan takut kahwin awal

Nota : Bagaimana seorang pelajar tahun akhir Universiti yang hampir bunuh diri kerana depresi setelah ditinggalkan kekasih mengubah kehidupannya 180 darjah menjadikannya insan yang paling bahagia di muka bumi ini dengan perkahwinan di usia awal. Berikut adalah coretan terus dari hati dan mata pena beliau tanpa sebarang editing…

Saya berusia 21 tahun, dan sudah berkahwin. Masih muda bukan? Suami saya berusia 23 tahun. Juga masih muda. Kami berdua masih belajar. Jadi, Mengapa berkahwin? Kalau ikut kata mak ayah, “Nak bagi bini makan apa? Pasir?”

Perjalanan cinta saya tidak mudah. Sebelum berkahwin, saya pernah teruk dikecewakan bekas kekasih. Dia minta masa 3 tahun dari tarikh kami “declare”, untuk bersedia untuk berkahwin. Hampir 3 tahun, saya ditinggalkan untuk perempuan lain. Kecewa? Sudah tentu. Jujur, saya hampir bunuh diri. Saya mengalami depression di maa saya disconnect dengan dunia luar.

Tapi selepas itu baru saya sedar kehadiran suami saya yang sudah 4 tahun menunggu peluang. Pada mulanya, saya ingat sekadar “cinta rebound”, tapi selepas 2 bulan berkenalan dan bercintan, suami saya melamar untuk berkahwin. Pada mulanya, saya ingat satu gurauan. Akhirnya si dia berani call ayah saya, dan minta izin untuk berkahwin, kerana takut kehilangan saya lagi.

Ayah saya pun dahulu berkahwin ketika belajar, tahun 1 peringkat ijazah. Suami saya pelajar perubatan tahun 3, dan saya Cuma tinggal 2 bulan untuk mengakhiri pengajian. Ayah saya bersetuju, dan memandangkan saya sudah kecewa, takut juga pisang berbuah dua kali. Akhirnya, kami berkahwin. Dengan mahar RM200, sebentuk cincin emas, tiada hantaran, tiada majlis, kami bernikah.

Simple bukan? Kenapa perlu pening??? Kalau anda lelaki, anda mesti ingin berikan segala yang terbaik untuk bakal isteri anda. Dan, kalau anda perempuan seperti saya, semestinya inginkan hantaran yang tinggi (lulusan ijazah sekarang, rate hantaran RM10K ke atas). Perlu tidak?

Maaf perempuan, kalau terasa. Saya bukan jual diri, saya tidak perlukan hantaran RM10-20K. Saya tidak letak harga untuk nilai diri sendiri dan harga cinta saya. Ini masalah kalau kita kahwin cara Melayu, da bukan cara Islam. Saya perempuan lulusan ijazah, saya ada tulang 4 kerat, dan saya boleh berusaha, kenapa perlu mengharap dengan lelaki? Suami bukan untuk dibebani, tapi untuk Disenangi. Isteri bukan untuk dibeli, tapi untuk dikasihi.

Kos kahwin sekarang paling rendah pun RM20K serba satu. Hantaran, majlis, belum baju, pelamin. Tapi cuba fikir, perlu tidak? Baju raya kan masih ada, cantik lagi. Kasut raya pun masih baru. Kenapa perlu buat majlis di hotel, dewan orang ramai kan ada? Kalau rasa sangat mahal untuk katering, boleh upah orang masak, tinggal sediakan bahan dan peralatan. Bersanding tak perlu, buat penat badan duduk macam tunggul depan orang.

“Seganlah. Nanti orang kata apa.” .. “Isk, buat malu belajar tinggi-tinggi, tak dapat hantaran”. Hai, ni mentaliti Barat. Bagi yang beragama Islam, ingat rukun nikah. Tanggungjawab selepas kahwin yang penting. Lebih baik duit sewa pelamin jadi duit persiapan untuk anak pertama. Prioritikan penggunaan duit anda. Kos bersalin bukan murah. Kalau di hospital kerajaan, paling kurang perlu ada RM400-500. Tapi di hospital swasta, minimum RM2000. Kos ada anak sangat tinggi sekarang.

Pernah cuba lihat harga setin susu bayi di pasar? Harga lampin pakai buang? Dan sekarang, anda masih terfikir pelamin itu penting? Ini tak kira duit nak beli kenderaan, beli rumah. Pening!! Jadi jangan bebankan diri anda dengan majlis perkahwinan yang membazir dan tidak perlu.

Saya bahagia sekarang. Boleh keluar dengan suami tanpa rasa takut dan malu, disentuh lelaki bukan mahram. Dan suami saya tidak perlu takut saya diambil lelaki lain seperti dulu. Apa semua yang pasangan bercinta lakukan, kini kami lakukan dengan halal. Dan kami boleh lakukan lebih dari itu, dengan halal. Tidak perlu risau. Kami aman dan bahagia. Saya dan suami masih bercinta. Masih belajar mengenal sesama sendiri. Dan percayalah, tak guna bercinta lama-lama.

Seganlah keluar dengan pasangan yang tidak halal untuk anda. Saya dan suami, masih seperti pasangan yang baru bercinta. Saya mampu tanggung hidup sendiri, kerja dan cari duit sendiri. Buat apa menyusahkan suami? Dan suami berusaha belajar bersungguh-sungguh (bagi pelajar perubatan, anda faham maksud saya),untuk mendapat keputusan yang cemerlang. Saya tahu ego lelaki tercabar, tetapi saya jujur cintakan suami saya. Saya tak ingin jadi beban, cukup asal dia berasa senang dengan saya.

Tidak perlu nafkah yang besar, semampu yang ada saya terima. Bakal-bakal isteri sekalian, bersyukurlah dengan suami anda. Dan bakal-bakal suami sekalian, hargai isteri kamu. Terima kekurangan dan kelemahan pasangan anda. Persamaan membina keserasian, perbezaan itu melengkapkan.

Rezeki Tuhan ada di mana-mana. Jangan putus asa. Berkahwinlah! Semoga anda semua merasa tenang dan bahagia.



|Faizzoth van der MoFa - Kan Bagus semua pompuan camneh xp

Dongeng Rakyat 37


Junior, Senior dan Veteran

Terdapat tiga orang gila dalam satu institusi sakit jiwa. Mereka
terdiri dari Junior, Senior dan Veteran, disusun mengikut jangka masa di institusi tersebut.
Suatu hari, doktor yang merawat mental mereka mahu menguji keadaan mereka. Maka seorang demi seorang dipanggil. Junior orang pertama dipanggil. Doktor itu memberi situasi.

"Kamu, kalau dihantar ke padang pasir, apa benda paling penting dibawa bersama?"
Junior berfikir seketika. "Padang pasir panas..." Doktor angguk. "Ada harapan nak dilepaskan ni..." hati doktor berdetik. "Jadi saya nak bawa air. Haus kalau duduk sana."

Doktor tersebut sangat senang hati mendengar jawapan Junior. Kemudian, dia memanggil Senior pula. Soalan sama ditanya oleh doktor itu. "Yang saya tau, padang pasir tu panas..." Senior berkata setelah berfikir panjang. "Ya!" Jawab doktor terbabit penuh semangat. "Saya nak bawa kipas, mesti berpeluh betul duduk di sana!"

Doktor berkenaan puas hati dengan jawapan yang diberikan. Kemudian,
si Veteran pula dipanggil. "Awak dah lama benar di sini kan?" "Ya, tuan doktor" jawab Veteran selamba. Kemudian doktor itu ajukan soalan sama seperti dua rakan Veteran sebelum ini. "Oh, padang pasir, memang panas betul sana," Veteran tidak ambil masa panjang berfikir, sambil menjawab dengan selamba sahaja. "Ya!" doktor cukup senang hati, dalam fikirannya pasti Veteran sudah sembuh, boleh dilepaskan pada bila-bila masa. "Kalau begitu, saya rasa nak bawa pintu kereta..." Tersentak seketika doktor mendengar jawapan Veteran. "Kenapa pula nak bawa pintu kereta ke padang pasir?" Veteran dengan penuh yakin menjawab, "Kerana, kalau panas sangat, saya boleh buka tingkap kereta. Masuk angin sikit!"


|Faizzoth van der MoFa