Monday, February 14, 2011

Dongeng Rakyat 46


Pak Jabit dengan Handphone barunya


"Lagi lama bapak cakap lagi banyak bapak kena bayar". Asyik sungguh Pak Jabit mendengar penjelasan dari anak bongsunya tentang cara-cara nak guna handphone.

"Ooo...jadi bapak kena kurang cakap la kalau nak jimat duit ye," balas Pak Jabit sambil angguk-anggukkan kepala di depan anak bongsunya tanda faham. Pak Jabit gembira sangat bila dapat handphone hadiah harijadi ke 70nya dari anak sulung kesayangannya yang berkerja di kota.

Pak Jabit tercongak-congak cuba mengingati panduan membuat panggilan yang diajar anak bongsunya. Di dailnya nombor anak sulung satu demi satu dan tekan SEND. Seketika kemudian anak sulungnya menjawab..

"Hello! Hello...bapak ke tu?" Namun Pak Jabit tak jawab sepatah. Di biarkan lama jugak anak sulungnya memanggil-manggil sebelum Pak Jabit menjawab ringkas.

"Usop, ni bapak ni, bapak tak boleh cakap nanti kena bayor lebih, apa kate kamu cakap aje bior bapak dengar ok Usop ok..!". Kemudian Pak Jabit terus diam dan jauh di kota anak sulung Pak Jabit hairan dengan perangai bapaknya yang buang tebiat pakai telefon tapi tak mau cakap.


|Faizzoth van der MoFa - Bukan Pak Jabit pantang nampak mic ke ? Hahaha...

Friday, January 28, 2011

Tagging Again


Tagging


It's harder than it looks! Copy to your own note, erase my answers, enter yours, and tag any people. Use the first letter of your name to answer each of the following questions. They have to be real - nothing made up! If the person before you had the same first initial, you must use different answers. You cannot use any word twice and you can't use your name for the boy/girl name question.

1. What is your name : Faizzoth

2. A four Letter Word : Five !

3. A boy's Name : Farouk Hussien

4. A girl's Name : Farah

5. An occupation : Fisherman

6. A color : French Blue

7. Something you'll wear : Feather ?

9. A food : French Toast

10. Something found in the bathroom : Fountain (Giler gempak bilir air)

11. A place : Forli, Italy

12. A reason for being late : Forgot

13. Something you'd shout : Freak !!!

14. A movie title : Faster 2011

15. Something you drink : Fruit Juice ( Haha !)

16. A musical group : Fahrenheit

17. An animal : Flamingo

18. A street name : Fullerton Road, London

19. A type of car : Ford Mustang GT =)

20. The title of a song : Faint by Linkin Park


|Faizzoth van der MoFa - Sape-sape nak buat silakan

Thursday, January 27, 2011

Dongeng Rakyat 45


Si Nenek Tua


Seorang gadis menjadi pelacur tetapi tidak mahu neneknya tahu.

Pada satu hari satu gerombolan pelacur ditangkap termasuklah gadis itu. Polis meminta pelacur-pelacur itu membuat satu garisan lurus. Semua beratur. Tiba-tiba muncul nenek tua kepada gadis itu jalan bongkok-bongkok dan setelah melihat cucunya berbaris dia bertanya: "Kenapa kamu berbaris di sini?"

Cucu pula untuk menghalang neneknya tahu cerita sebenar telah berbohong dengan mengatakan ada dermawan akan membahagi-bahagikan buah orange dan sebab itulah beliau berbaris. Nenek beredar pergi. Di pertengahan jalan dia teringatkan cucu-cucunya yang lain mungkin mengharapkan beliau membawa pulang buah-buahan. Lalu dia pun turut berbaris tanpa diketahui oleh cucunya. Dia berbaris di belakang.

Seorang anggota polis mengambil kenyataan-kenyataan dari gadis yang sedang berbaris itu. Apabila dia sampai untuk giliran mendapatkan kenyataan orang terakhir, dia terkejut kerana tercegat seorang nenek yang jalan pun bongkok-bongkok macam tiada kudrat. Dia tercengang lalu tertanya: "Kamu tua, bagaimana kamu lakukannya?"

Si nenek (menyangka soalan itu ditanya tentang bagaimana dia boleh makan orange itu menjawab: "Oh senang je. Aku hanya cabut gigi palsu dan mula sedut sampai airnya kering."


|Faizzoth van der MoFa

Dongeng Rakyat 44


Hukuman bagi seorang Guru

Seorang wanita muda sedang menghadiri perbicaraan di Mahkamah kerana melanggar lampu merah. Dia menjelaskan kepada hakim bahawa dia seorang guru dan meminta supaya perkaranya diselesaikan dengan cepat agar dia boleh segera kembali ke kelasnya.


"Baik, baik," kata Hakim.

"Jadi anda seorang guru? Sudah bertahun-tahun saya menunggu kedatangan seorang guru dalam perbicaraan saya ini. Sebagai hukumannya. Sekarang anda duduk di meja itu dan tulislah 'Saya tidak akan melanggar lampu merah lagi' sebanyak 500 kali.

|Faizzoth van der MoFa - sah la hakim ni berdendam. Mesti dulu kena macam neh gak.

Monday, January 24, 2011

Tagged !


Rupernya sudah sebulan lebih aku di'tag' oleh Apiz untuk menjawab persoalan neh. Haha ! Maap bebanyak apih, blog kebelakangan neh aku dah mula tidak amek peduli sket...Haha !

1. Apa benda paling penting dalam hidup anda?

Kereta ?

2. Benda terakhir korang beli pakai duit sendiri?

Minyak hitam Castrol, Oil Filter, Spark Plug & Wiper....Haha !

3. Dimana tempat perkahwinan dan apa tema perkahwinan korang?

Err..InsyaAllah akan diberitahu kelak...

4. Adakah korang sedang bercinta sekarang?

Yaaaa !!!

5. Berapa lama korang akan mencintai kekasih korang?

Depends (Haha !)

6. Novel/buku/majalah terakhir yang korang beli?

One Piece 59

7. Antara mak ayah korang, yang mana korang lebih mesra?

Both

8. Namakan orang yang betul-betul korang nak jumpa dalam hidup korang?

Celebs pompuan Hollywood yang marvellous

9. Adakah korang basuh baju korang sendiri?

Opkos...aku sangat malas basuh kain...

10. Di manakah tempat yang betul-betul korang nak pergi?

Italy mungkin.... banyak kot...

11. Pilih salah satu, peluk atau cium?

Dua-dua tableh?

12. Beritahu 3 benda tentang orang yang tag anda?

  • Mr Downloader ... xp
  • Suami Orang tapi masih nampak Bujang
  • Ader anak comel name Maisarah

14. 5 lagu yang korang suka and selalu dengar?

  • Kenny G - Love Theme From Romeo and Juliet
  • Thomas Arya - Bukan Tak Setia
  • Wali - Harga Diriku
  • Slam - Kembali Terjalin
  • Alka Yagnik, Kumar Sanu & Udit Narayan - Mohobbat Dil Ka Sakoon (Ooppps !)
  • Raihan - Peristiwa Subuh
  • Shoutul Amal - Nostalgia
  • The Saturdays - Up
  • Backstreet Boys - Show Me The Meaning
Eh, terlebeh sudaa....pedulik aper aku...

15. 3 blogger yang dipertanggungjawabkan untuk jawab tag ini ?

  • Padilchan
  • Zul
  • Entah...
|Faizzoth van der MoFa

Friday, January 21, 2011

Apo ?


Mengekek aku gelak.. Hahaha !



Karya Asal - Lambok
Dengan selamba aku rompak dari Lawak Semuka
|Faizzoth van der MoFa

Friday, January 14, 2011

Dongeng Rakyat 43

Amerika V Jepun V Indonesia


Tiga orang sahabat sedang mandi wap di bilik sauna, seorang Amerika, seorang Jepun dan seorang Indonesia. Dikeheningan berada didalam bilik sauna tiba tiba dipecahkan dengan bunyi "bip... bip... .bip..." . Orang Amerika tadi terus membuka telapak tangan kirinya, dan seakan membaca sesuatu. Si Jepun dan Indonesia tadi terpinga-pinga lantas si Amerika ni pun berkata, "Disebabkan tangan saya telah ditanamkan cip berteknologi tinggi maka saya boleh terima SMS dan MMS tanpa hand set" Maka kagum la si Jepun dan Indonesia ni.

Seminit kemudian terdengar pulak deringan telefon di dalam bilik sauna tersebut. Tetiba si Jepun pun mengangkat tangan kirinya dan seakan menjawab panggilan telefon tadi. Ibu jari diletakkan di mulut dan jari kelingkingnya di telinga. "Panggilan melalui jari jari saya tanpa menggunakan hp... "

Setelah habis menjawab maka si Jepun pun berkata, "oleh kerana tangan saya ditanam cip berteknologi tinggi maka saya boleh menjawab dan menerima panggilan. Melihatkan keadaan canggih manggih kedua-dua si Amerika dan si Jepun, si Indonesia ni pun terpinga dan berbisik sendirian "Alamak apa yang boleh aku sembahkan untuk mengalahkan mereka berdua ni... ?" Kerana stress akibat memikirkan hal tadi maka perutnya pun terasa nak membuang. Lalu si indon ni pun keluar pergi ke tandas. Setelah selesai membuang si indon ni kembali ke bilik sauna. Akibat kepayahan untuk mencuci dengan tisu tandas maka ader lebihan tisu di celah-celah kelangkangnyer. Dengan kehairanan dan jijik si Amerika dan si Jepun pun bertanya... "kertas apa yang terjuntai kat celah tu... ?"

Lantas si indon ni pun jawab dengan selamba...."Oh saya baru terima Fax...... "

|Faizzoth van der MoFa - sekadar hiburan...