Saturday, April 16, 2011

Dongeng Rakyat 59


Pertandingan Catur



Beberapa tahun yang lalu diadakan pertandingan catur peringkat sekolah. Sungguh tak disangka-sangka Izham dan Rorick dapat melangkah ke peringkat akhir. Ditengah-tengah pertandingan, suasana jadi sepi. Seluruh penonton menunggu pergerakan lanjut dari strategi para peserta.

5 minit berlalu , Izham dan Rorick dilihat sedang berfikir dengan serius..

10 minit berlalu, peserta akhir tu masih dilihat sangat 'concentrate' diiringi sesekali menjeling sekilas pada lawannya.

20 minit berlalu, peluh mulai menitik dari dahi Izham dan Rorick yang kelihatan semakin serius berfikir.

Setelah 30 minit berlalu, para penonton kelihatan mula rasa tidak sabar kerana satu buah catur pun belum juga digerakkan. Suasana menjadi tegang dan hening seketika, maklumlah ini adalah perlawanan akhir.

Hingga pada minit ke 45 :

Izham : ” Maaf ya Pengadil sekarang ni giliran siapa yang jalan ???”

Rorick : “La… aku pun baru nak tanya, sekarang giliran sapa ???!!!”

Penonton :”@@#$$$#^#%????”

|Faizzoth van der MoFa

Friday, April 15, 2011

Dongeng Rakyat 58


Sempadan Siam


Atong melalui sempadan Siam menggunakan basikal. Dua beg besar tersandang di belakang Atong. Pak Mat Kastam menahan Atong dan bertanya, "Apa dalam beg tu?", "Pasir," jawab Atong.

"Turun dari basikal !, kita tengok apa betul kau bawak pasir!" Pak Mat Kastam terus mengambil beg tersebut dan dengan pantas membuka beg itu. Sementara pasir itu diujikaji, Atong di tahan dilokap semalaman. Setelah dibuat ujikaji dan diteliti, pasir yang dibawa Atong memang pasir tulen dan tiada lain selain dari pasir semata-mata. Atong dibebaskan. Pasir kepunyaan Atong di masukkan semula ke dalam begnya dan melepaskannya melalui sempadan ke Malaysia.

Keesokannya perkara yang sama berlaku. Pak Mat Kastam tanya, "Apa yang kau bawak?" "Pasir" kata Atong. Pak Mat Kastam tak puas hati, sekali lagi dia membuat pemeriksaan, tapi beg Atong tak ada benda lain selain pasir semata-mata. Atong dibenarkan melalui sempadan dengan basikalnya.

Hal ini berlaku berulang kali setiap hari selama setahun. Pada suatu hari Atong tak muncul di sempadan. Pak Mat Kastam merasa pelik kerana Atong tak pernah tak melintas sempadan walaupun pada cuti umum. Suatu hari Pak Mat Kastam terjumpa Atong di sebuah pekan.

"Atong !" tegur Pak Mat Kastam, "Aku tau kau ada seludup sesuatu. Aku tak boleh tidur memikirkannya. Oklah antara kita berdua, kau dan aku, sebenarnya apa yang kau seludup?"

"Basikal", jawab Atong ringkas

|Faizzoth van der MoFa

Thursday, April 14, 2011

Dongeng Rakyat 57


Kahwin Lagi


Seorang suami sedang mencari-cari helah untuk membolehkan dia berkahwin lagi.
Antara alasan yang diberikannya:

Suami : Lelaki kawin 3 baru lah sah
Isteri : Kenapa pula?
Suami : Cuba terjemahkan ke dalam Bahasa Inggeris, "satu" is one, "dua" is two, "tiga"
isteri (is three). Baru betul dan sah!.
Isteri : Tapi abang kena faham Bahasa Inggeris, terutama tentang "singular" dan "plural"
Suami : Berkenaan apa tu?
Isteri : Satu tu "Singular"; dua atau lebih "Plural"
Suami : Contohnya?
Isteri : One car sebagai singular, two cars sebagai plural. Apa bezanya?
Suami : Ohhh... tambah huruf "s" untuk yang plural
Isteri : Betul tu. Sama juga la untuk abang
Suami : Macam mana pula boleh sama?
Isteri : Satu isteri abang MAMPU, jika dua isteri dah jadi plural, maka abang MAMPUS, tambah "s" je, kan?
Lepas daripada tu, si suami tidak pernah lagi berceritakan hasratnya untuk berkahwin lagi...

|Faizzoth van der MoFa

Saturday, April 2, 2011

Dongeng Rakyat 56


Anak Harun yang nakal


Harun mempunyai anak yang sangat nakal. Bermacam-macam cara dan nasihat telah diberikan. Namun anaknya tetap juga nakal.

Pada suatu hari Harun melihat dirinya di cemin sambil mengusap rambutnya dan terjumpa beberapa helai uban di rambutnya, "Dah beruban lak aku ini mungkin aku terlalu memikirkan masalah anak aku yang nakal," hatinya berkata. Tiba-tiba Harun mendapat akal bagaimana dia hendak menasihatkan anaknya supaya tidak nakal lagi. Dia pun memanggil anaknya Yahya.

Harun : kau janganlah nakal lagi Ya... kau tak kesiankan ayah ke?"

Yahya : "kenapa ayah... Ya kesian." jawabnya tanpa perasaan.

Harun : "setiap kali kau nakal ayah akan tumbuh uban... kau tengok kat kepala ayah ni kan dah ada uban. Makin kau nakal makin banyak ayah tumbuh uban." dia berasa yakin dengan caranya ini.

Yahya : "kalau macam tu ayah lagi nakal sebab rambut atok lagi banyak uban," jawab Yahya dengan selamba


|Faizzoth van der MoFa

Thursday, March 17, 2011

Shirt


You're single because you fall for people on the covers of the magazines. xp


|Faizzoth van der MoFa

Tuesday, March 15, 2011

Dongeng Rakyat 55


Bini


Aku yakin, mesti kamu semua pernah alami apa yang aku rasa ni.... Pernah tak suatu hari, anda bangun dari tidur dan terasa seperti hendak ber'bini'? Ya! Itulah apa yang sedang aku alami sehingga hari ini. Aku tak boleh nak sisihkan naluri fitrah aku ini lagi. Tapi apakan daya aku juga insan biasa, punya kehendak yang perlu dipenuhi, punya impian yang tersendiri. Iri hati aku kepada kawan-kawan aku yang lain. Hampir semua mereka mempunyai `bini' masing-masing. Mana tak jelesnya ke hulu-hilir asyik berdua. Berpegangan kedua belah tangan lagi. Sama-sama bersusah payah meredah ranjau dan berhujan berpanas. Tatkala kaki ini melangkah dipayungi terik matahari menuju ke kuliyah, hati nakalku terdetik. Alangkah indahnya sekiranya `dia' turut sama menemani aku dikala ini. Tidaklah aku terasa kepenatan dan peluh berjalan kerana ada teman bicara. Dan jarak yang jauh pasti terasa dekat. Dan semua orang diperjalanan kami, pasti ada yang cemburu. Tak kurang juga yang memuji mengatakan kami pasangan yang ideal. Ahaha... Tapi ini semua hanyalah khayalan aku yang punya sempadan. Dari kejauhan aku ternampak sahabat karibku dengan pasangannya. Bukan main asyik dan mesra mereka. Sehingga mereka lalu melintasi aku, tidak sedar pun mereka yang aku di tepi jalan ini. Mentang-mentanglah `bini' dia tu cantik dan mengancam. Dengar khabarnya, `bini'nya keturunan Jepun tapi lahir di sini. Keintiman dan keakraban mereka inilah yang membulatkan tekad aku! Aku mesti cari satu juga!

Pulang ke kampung pada cuti semester, aku suarakan hasrat hatiku kepada ayahandaku kerana hanya dia yang arif dalam bab ini. Risau juga aku takut dibangkang niat suci murni aku ini. Terkejut aku apabila dia mengatakan memang selama ini dia berhasrat nak carikan jodoh untuk aku. Bonda tiada halangan kerana dia tahu ini untuk kebaikan aku juga. Tapi dengan siapa? Aku belum ada calon
lagi. Terpaksalah aku menyuruh ayahanda merisik sesiapa sahaja yang dirasakan sesuai. Pada mulanya ayah aku meng'kenen'kan aku dengan seorang `janda' yang masih lagi muda. Ditinggalkan suaminya, setelah tak mampu nak bayar nafkah bulanan. Pendapat ayahanda, biarlah jodohku janda kerana maharnya pasti lebih murah nak dibandingkan anak dara sunti. Setelah puas membuat pertimbangan, aku menolak dengan lembut pilihan ayahku. Aku katakan pada ayah, biarlah maharnya mahal sekalipun, mungkin ini adalah yang pertama dan juga yang terakhir bagiku. Aku tak akan pasang dua, tiga atau empat. Aku akan berlaku adil dan setia.

Suatu petang ketika aku bersiar-siar di bandar seorang diri, di satu sudut ruang legar sebuah kompleks bangunan rasanya seperti aku telah terjumpa pasangan impian aku. Walaupun dia bersama-sama kawan-kawannya yang lain di situ, tapi hatiku hanya terpaut padanya. Dengan `body' yang cukup sempurna, lirikan mata yang menggoda dan 'dressing' yang mengancam, aku bagaikan terjumpa buraq kayangan. Setelah berbasa-basi dan berkenalan serba ringkas, diberinya aku foto gambarnya yang mempersonakan. Aku pulang ke rumah dengan senang hati sambil membawa gambarnya untuk ditunjukkan kepada orang tuaku. Ayah melihat dengan serius foto gambarnya. "Betui hang minat kat dia ni?" Tanya ayahku mencari kepastian. Aku mengangguk dengan yakin bahawa pilihan aku ini pasti tidak silap. Sambil itu, aku tidak ketinggalan menyulam janji manis yang aku akan menjaganya dengan baik. Menjaga makan pakainya dan sama sekali tidak berlaku curang. Bonda tidak kisah kerana nanti dia juga yang senang apabila dah ada menantu baru nanti. Senang dia nak ajak aku ke mana-mana nanti. Setelah melihat spesifikasinya dan keupayaannya, akhirnya ayah aku bersetuju untuk meminangnya untuk aku. Tapi bila? Aku pun tak tahu. Yang pasti aku akan ada `bini' baru. Alahai abah, kahwinkan aku cepat. Elok juga rasanya aku perkenalkan bakal isteri baru aku ini.


Inilah biodatanya:


Model
: BMW E36

Engine Capacity
: 1800 CC

Register year :
1996
Mileage
: 100 000 - 109 999

Transmission
: Auto

Accessories
: Solar Film, Sunroof, leather Seat, CD Player, Air bag, ABS Brakes, Central Lock, Sport Rims & etc.





|Faizzoth van der MoFa

Dongeng Rakyat 54

Kisah Si Bisu dengan Kumpulan Kongsi gelap

Sebuah kumpulan Kongsi Gelap menghadapi masalah untuk mengutip wang perlindungan
dari peniaga di kawasan mereka. Ini kerana pihak polis sering membuat intipan dan tangkapan. Lalu ketuanya mengupah seorang bisu untuk mengutip wang tersebut. Pada pendapatnya, tentulah polis sukar untuk menyoal siasat si bisu tersebut.

Maka si bisu pun mula mengutip wang dan berjaya memperolehi RM50,000.

Walaubagaimana pun, dia telah melarikan dan menyembunyikan wang tersebut di suatu tempat rahsia. Maka pada hari yang telah ditetapkan, ketua Kongsi Gelap mengarahkan orang-orangnya
memanggil si bisu. Apabila dipanggil, si bisu itu berpura-pura tidak dapat berkomunikasi dengan mereka. Lalu mereka mencari seorang pakar bahasa isyarat.

Kongsi Gelap : Mana wang tu?

Pakar menunjukkan isyarat kepada si bisu...

Si bisu menunjukkan isyarat untuk "Aku tak tahu apa yang mereka katakan."

Pakar bahasa isyarat memberitahu Kongsi Gelap tersebut. Dan Kongsi Gelap tersebut menghalakan pistol ke arah kepala si bisu.

Kongsi Gelap : Aku akan tembak kepala kau, bisu...

Si bisu menunjukkan isyarat "Duit RM50,000 tu aku telah sembunyikan di taman permainan
dibawah kerusi yang ketiga dari pintu masuk."

Pakar bahasa pun berkata kepada ketua Kongsi Gelap, "Dia tidak tahu dimana wang itu dan kalau kau nak tembak-tembaklah... "

|Faizzoth van der MoFa