Thursday, October 27, 2011

Dongeng Rakyat 74


Anak Aku


Harun, Salim, Bachik dan Ebby Yus buat reunion di restoran. Mereka berborak-borak pasal anak-anak diorang. Masa tu Ebby Yus pergi ke tandas.

Harun : Bagaimana bisnes anak ko Lim?

Salim : Anak aku berjaya dalam perniagaannya. Tapi aku ayahnya, tak pernah dibelikan apa-apa. Hmm tapi semalam hari jadi awek dia, dia belikan keta BMW baru – boleh plak.

Harun : Anak aku pulak seorang pemaju perumahan yang berjaya gak. Tapi rumah aku dah uzur dia tak perbaiki pun. Malangnya semalam hari jadi awek dia, dia belikan banglo mewah 3 tingkat siap perabut sekali di Seremban.

Bachik : Anak aku lelaki juga. Dia seorang broker saham yang berjaya juga macam anak korang. Tapi aku sebagai abah dia, tak pernah hulur pun. Yang sedihnya, semalam besday awek dia juga, dia berikan duit RM100 ribu selamba jer.

Salim : Haaa, anak ko Ebby Yus pe citer? (Ebby Yus baru balik dari tandas)

Ebby Yus : Anak aku sebenarnya seorang lelaki, tapi apabila besar sifat dan wataknya menjadi lembut. Puas aku marah tetapi dia degil sehingga dia berpakaian wanita dan membuka sebuah salon. Namun begitu, dia sangat baik dengan aku dan selalu hulur kalau dia ada rezeki lebih.

Semalam hari jadi dia, mungkin dah rezeki dia dan aku sekali…. Ada seorang pemuda dah belikan dia kereta BMW baru, tu yang aku drive tadi. Lagi seorang belikan dia sebuah banglo di Seremban siap perabot sekali, esok aku pindah masuk ke sana.

Dan lagi seorang lagi baik hati, bagi dia duit RM100,000. Dia bagi aku separuh, jadi apa korang nak makan hari ni, order jer aku belanja!

Lagi tiga orang tadi terkesima dan terus pengsan.


|Faizzoth van der MoFa

Dongeng Rakyat 73


Perbezaan antara filem/drama Melayu, Cina dan Tamil.


Drama/Filem Melayu

1. 80% jalan cerita berkisar tentang :

- Cinta

- Cinta 3 segi
- Cinta 4 segi
- Anak-anak rebut harta pusaka

- Kalau keluarga kaya, anak-anak berebut nak gantikan Tan Sri (ayah) jadi Pengerusi,
CEO atau Presiden syarikat


2. Walaupun cerita pasal awek kilang, rumah awek kilang ni mesti complete furniture.
Ada TV 29", Home Theatre, peti sejuk besar, set sofa mewah.
(Director tak buat homework
ke? Pegi la tengok umah awek kilang kat Sungei Way tu).


3. Cerita polis, dialah pegawai penyiasat, dialah jadi forensic, dialah jadi pathologist,
dialah yang gi ambush. Semuanya DIA yang buat.
Polis lak dialog pakai bahasa buku.
"Saya rasa kita patut siasat dengan lebih
terperinci tuan". " Betul cadangan awak itu.
Kita bertindak sekarang".


4. Kalau cerita pasal Construction, bawak satu pelan gulung, pakai topi KUNING,
tunjuk-tunjuk kat bangunan tengah buat, discuss dengan
'kepala' Indon komplen
kenapa projek lambat siap kat Indon tadi. ( Topi kuning utk
pekerja buruh la).

5. Adegan doktor kat Wad check pesakit. Ambik fail hujung katil, selak-selak.
Dialog wajib : "Kesihatan awak bertambah baik. Banyakkan berehat dan
jangan lupa
makan ubat ". ( Tengok la cerita ER tu, Dr ada medical
terms dia).

6. Adegan kat umah. Ayah mesti tengah baca paper, Mak mesti tengah menjahit atau lipat baju. Orang gaji tengah basuh pinggan. Orang gaji mesti nama dia Mak Nab atau Mak Jah.

7. Nak panjangkan rakaman filem mesti ada adegan kereta sampai kat umah,
bukak pintu kereta, bukak pintu pagar, masuk balik kereta, drive
masuk car porch, keluar,
tutup pintu pagar.


8. Adegan sembahyang mesti dah salam akhir or adegan mengaji Quran mesti dah sampai part
akhir. ( Cover line kot ).


9. Gangster atau kuncu orang jahat mesti pakai baju takder lengan, pakai rantai dan pakai
bracelet.


10. Nak bagi sedih gila, mesti buat adegan dah tahu nak mati pasal kena barah otak.

Drama/Filem Cina

1. Cerita Kungfu, hero terror boleh terbang. Tapi sambung pengembaraan mesti jalan kaki.
Apesal tak terbang jek. Kan cepat sampai.


2. Hero mesti miskin gila. Tapi mesti ada sekeping or 2 keping duit siling kat celah lengan besar jubah dia.

3. Kalau cerita moden hero boleh lawan dan tewaskan 30 orang penjahat serentak.

4. Biasalah, kalau kena tembak mesti kat bahu or kat kaki. Tak mati.

5. Heroin mesti jadi bini or girlfriend boss penjahat dan jatuh cinta kat hero.

6. Hero mesti menembak pakai 2 pistol, kiri dan kanan. Macam Chow Yuen Fatt dalam filem 'A Better Tomorrow'. Tapi best wooo....

7. Pistol hero mesti peluru tak habis2. Tak payah reload.

8. Cerita hantu, hantu dia biasanya pakai bedak muka tebal2 dan hitamkan keliling mata.
Kat bibir ada darah meleleh. ( Tak seram pun ).


9. Kalau cerita lucu plak, mesti ada adegan air liur meleleh keluar mulut macam air paip.

10. Cerita Blue dia pun tak best. Awek mengerang jek lebih.

Drama/Filem Tamil/Hindustan

1. Biasalah, kebanyakan cerita bermula dengan 2 beradik terpisah.
Sorang di bela oleh orang jahat dan sorang lagi dibela oleh orang baik. Dah besar,
abang jadi
Inspektor Sahab dan adik jadi gangster. Nak abih cerita mesti adik kena
tembak ngan abang
dan waktu nazak baru si abang tahu yang dia tembak tadi adalah
adiknya sendiri melalui tanda parut.

2. Orang jahat digambarkan tersangat jahat sampai lembu pun takut.

3. Selalunya depa suka ciplak bulat2 filem barat macam Pretty Woman, Face Off dan Heat.

4. Paling pendek pun jangkamasa tayangan adalah 3 jam.

5. Orang jahat dan hero payah nak mati walaupun kepala dah kena ketuk dengan tukul besi.

6. Hero tak kena tembak walaupun ditembak dari jarak satu kaki.

7. Adegan joget sambil menyanyi akan melibatkan penari iringan seramai satu kampong dan
bertukar 7 atau 8 pasang pakaian untuk setiap
lokasi hanya untuk satu lagu.

8. Adegan keretapi tak boleh tertinggal. Joget reramai sampai atas bumbung keretapi.

9. Kalau cerita moden, dialog mesti bercampur bahasa omputeh dan Hindi.
Contoh
" I'm sorry. I didn't know that na pere tomhecha....bla....bla....bla...".

10. Biasanya plot dan jalan cerita dah boleh baca apa penyudahnya.
Tu
yang pelik ramai plak yang tunggu sampai abih.


|Faizzoth van der MoFa - Sekadar bacaan. Tiada kena mengena dengan yang dah mati atau pun sudah meninggal dunia.

Saturday, October 8, 2011

Dongeng Rakyat 72


Ramli

"Ayah! Ayah! Ramli score 2 gol hari ini..."

"Hei! Anak jiran sebelah tu score 9A tau!"

Aku yang sedang berada di bawah rumah agak terkejut mendengar herdikan kuat suara ayah Ramli. Aku lihat Ramli masuk ke dalam rumah dengan wajah sugul sambil memegang piala kecil ditangannya. Aku meneruskan kerja aku menolong ibu mengasingkan kekabu daripada bijinya. Nanti ibu bolehlah buat tilam. Tilam aku yang ada sekarang sudah keras. Apa tidaknya, hampir setiap hari kena basuh dan jemur. Ini dek kerana kerja adik aku yang suka sangat kencing malam. (He he....).

Kadang-kadang aku berasa amat bersalah pada Ramli. Dia kawan baik aku, kami sekelas. Di dalam kelas, aku selalu dapat nombor 1, manakala Ramli pula selalu dapat nombor sedang-sedang dari belakang sahaja. Inilah yang selalu dibandingkan oleh ayah Ramli. Ayah Ramli selalu menjadikan aku sebagai contoh apabila berceramah kepada Ramli.

Ramli suka main bola. Aku pun suka main bola. Cuma Ramli pandai menggelecek dan selalu score gol. Manakala aku pula suka main defence sahaja. Datang bola, aku rembat. Bola datang, aku clear. Itu sahaja tahap permainan bola aku.

Ayah Ramli garang. Dia kerja pejabat kerajaan. Keluarga mereka agak senang jika dibandingkan dengan keluarga aku. Ayah dan ibu aku hanya menoreh getah orang. Kais pagi makan pagi, kais sebulan, bayar hutang makan. Kadang-kadang ayah dan ibu aku terpaksa kais pagi dan petang apabila aku memberitahu mereka cikgu suruh beli buku-buku latihan.

Keluarga aku susah. Adik-beradik ramai. Aku sedar satu-satunya cara untuk merubah nasib keluarga adalah dengan belajar bersungguh-sungguh. Hasilnya, aku selalu score banyak A dalam peperiksaan. Dan kejayaan aku inilah yang menjadi hempedu kepada Ramli apabila ayahnya selalu meng'exaggerate' bilangan A yang aku dapat apabila memotivasi cum memarahi Ramli.

"Aku janji, aku akan buat ayah aku bangga suatu hari nanti," Ramli meluahkan perasaannya kepada aku di bawah pohon angsana di tepi padang pada suatu petang.

"Ramli... Aku pun mahu bahagiakan ibu bapa aku. Aku mahu buat mereka bangga. Kita sama-sama usaha ye Ramli," aku pun berkongsi impian dengan Ramli, kawan baik dan jiran aku itu.

Selepas SPM, aku dapat tawaran mengikuti A-Level di sebuah kolej di Kuala Lumpur. Ramli pula bercadang untuk menyambung ke tingkatan 6 sastera di sekolah di kampung kami. Aku tahu Ramli sedih dan pedih. Rumah kami berdekatan. Aku dapat dengar butiran leteran ayahnya kepada Ramli hampir setiap hari. Dan sudah tentu, nama aku pasti akan digunakan oleh ayahnya untuk memotivasi Ramli.

Walaupun ayah Ramli garang, dia baik hati. Itu cara dia mendidik Ramli. Walaupun dia kerja pejabat kerajaan, dia bukannya berpangkat tinggi. Gajinya pun cukup-cukup makan sahaja. Jadi aku cukup faham kenapa dia mahu Ramli belajar bersungguh-sungguh. Dia tidak mahu Ramli apabila besar nanti, kerjanya selalu disuruh-suruh orang. Dia tidak mahu Ramli jadi sepertinya.

Habis A-Level, aku ke UMIST. University of Manchester Institute of Science and Technology. Ramli lah yang paling gembira apabila aku ke Manchester.

"Jangan lupa belikan aku jersi Man U, nombor 7 tahu," Ramli berpesan kepada aku sebelum aku meninggalkan kampung menaiki teksi ke Kuala Lumpur.

Tiada dalam jangkaan aku sama sekali untuk bertemu Ramli di Manchester. Dia menelefon aku untuk bertemu di Old Trafford. Tanpa membuang masa, aku bergegas ke Old Trafford dengan membawa jersi nombor 7 dengan nama Beckham yang telah aku beli lama dahulu. Sebenarnya aku bercadang untuk memberinya kepada Ramli apabila aku pulang ke tanah air nanti.

"Nah.... Jersi kau," aku menghulurkan jersi merah Man U kepada Ramli.

"Ini pula untuk kau...."

Agak pelik apabila Ramli menghulurkan jersi Man U kepada aku kerana aku yakin dia amat tahu yang aku tak minat Red Devils. Aku hanya minat Red Warriors dan Bolton Wanderers.

Terkejut aku apabila melihat nama Ramli terpampang di jersi bernombor 19 itu. Ramli juga memberikan aku sekeping tiket perlawanan sulungnya. Dan buat pertama kali aku bersorak untuk Man U dan Ramli score pada minit ke 87 dalam perlawanan sulungnya bersama Man U.

Kami sama-sama berjaya. Kami sama-sama buat ayah kami bangga. Kalau ibu Ramli masih ada, tentu diapun bangga dengan Ramli macam ibu aku bangga dengan aku sekarang.

Aku berjaya membina rumah baru untuk ayah dan ibu aku seperti yang aku selalu impikan. Rumah yang sederhana dan selesa walaupun tidak sebesar dan semewah rumah Ramli kerana gaji aku walaupun seorang graduan dari UK hanyalah seciput daripada gaji Ramli yang merupakan pemain bola kelab ternama Manchester United yang dibayar berpuluh-puluh ribu pound sterling seminggu. Ya, seminggu!





|Faizzoth van der MoFa

Wednesday, August 3, 2011

Dongeng Rakyat 71


Temuduga

3 orang sahabat, Hadi, Alip & Syuk, mendapat tawaran temuduga untuk bekerja sebagai Pegawai Eksekutif di sebuah syarikat telekomunikasi di KL. Diorang tidak bersedia langsung untuk menjawab soalan yang bakal diajukan oleh para penemuduga.

Kelihatan 4 orang pegawai bersedia utk menemuduga diorang di dalam sebuah bilik.

"Encik Alip.." panggil kerani.

Alip masuk ke bilik tersebut dengan perasaan gementar.

"Ah.. jawab je ape yang diorang tanya.." bisik Alip dalam hati..


15 minit kemudian.. Alip keluar. Hadi & Syuk terus meluru ke arah Alip..

Syuk : "Ape yang dia tanya Lip?"

Alip : " Banyak jugak.... tapi satu je aku tak bleh jawab. Dia tanya siapa pengerusi syarikat ni. Aku diam je la. Tapi dia ade bagitau yang nama pengerusi syarikat ni Datuk Jamal Nasir Wahab Ali. Susah nak ingat nama tu. Ko tulis skit nama dia.... nanti kalau diorang tanya senang ko nak jawab"

Hadi : "Aku nak tulis kat mana? kertas satu pun tak bawak.."

Alip : "Ape susah.. ko tulis je kat getah spender ko.. time diorang tanya ko belek ah"

Hadi : "Ko memang bijak, sahabat!!"

Syuk hanya tersengih.


"Encik Hadi.." kerani memanggil calon yg kedua..

Hadi masuk ke bilik tersebut dengan perasaan konfiden..


20 minit kemudian.. Hadi keluar. Syuk & Alip terus mendapatkan Hadi.

Syuk : "Camne Di? Bleh jawab?"

Hadi : "Memang bleh jawab.. yang paling susah pun nama pengerusi syarikat. aku pun ape lagi.. buat2 tunduk, belek spender.. Fuh.. tima kasih Alip !!"

Alip hanya tersenyum.

Syuk : "Masalah jugak ni. Aku nak tulis kat mana?"

Alip : "La.. kat spender ko la. dah.. pegi toilet, tulis cepat."

Syuk : "Aku tak pakai spender..."

Hadi : "Hahahaha. Teruk la ko. Takpe. Jom pegi toilet. Ko pinjam spender aku"

Syuk : "Oh.. Korang la sahabat aku dunia akhirat"


"Encik Syuk.." Kerani terus memanggil calon seterusnya.

"Syuk.. turn ko. good luck!!" kata Hadi

"Orait Bebeh!!" Syuk betul2 konfiden..


Di dalam bilik temuduga:

"Encik Syuk.. Soalan terakhir dari kami.. Siapakah Pengerusi syarikat ni?"

Syuk memang konfiden. Dia betul2 yakin.. Syuk tunduk, membelek spender.. Dan dengan penuh konfiden Syuk menjawab..

"DATUK CALVIN KLEIN!!!!!"



|Faizzoth van der MoFa

Dongeng Rakyat 70


Majalah Ujang


Apiz orang Terengganu, manakala Amer ni org Kedah. Tinggal satu bilik.katil double decker. Amer kat atas. Apiz kat bawah. Amer ni suka baca majalah dan komik. Si Apiz pula suka pinjam. Belinya tidak. So, Amer ader sedikit bengang ler kat Apiz ni. Kekadang majalah yg baru beli dan tak sempat nak baca lagi pun Apiz dah kebas baca dulu. Bila kasi balik dah lasam dah. Tension Amer.
Satu hari Amer balik dari outing dan beli majalah UJANG. Siap cover tak kasi Apiz ni nampak. Lepas basuh baju, kemas sedikit sebanyak dan siapkan homework.... dia pun nak relax ler kat atas katil. Majalah UJANG bawah tilam pun dia bawa keluar. Elok jer dia baring.. baru buka mukasurat pertama.. Apiz kat bawah dia bersuara..

” Amer.. nok ujang..”

“Nanti la jap.. aku baru jer nak baca..” jawab lembut jer Amer.

“Ameer.. nok ujang tu” Apiz tak putus asa.

” Nanti la dulu.. bagi la aku baca dulu.. nanti abih aku bagi kat hang laa!” panas sikit Amer.

“Amer ! Nok ujang !! ” suara Apiz sedikit keras.

“Hang ni dah melampau.. kalau nak beli sendiri la.. apa.. hang ingat aku beli UJANG ni dengan duit bapak hang ka??”

Amer dah naik angin.. siap turun dari katil dia dah.

“Laaa.. aku kata tu.. haghi nok ujang tu.. mung basuh kaing.. kekgi basoh..” kecut jer Apiz jawab..

Drummmmmm.... hujan pun turun dengan lebat... Baju Amer kat ampaian pun basah kembali.


|Faizzoth van der MoFa

Dongeng Rakyat 69


Kisah 3 orang anak dara

Tersebutlah la kisah sebuah keluarga aman bahagia yang dianggotai sepasang suami isteri bersama tiga orang anak dara mereka. Nak dijadikan cerita, ketiga-tiga anak dara tersebut melangsungkan perkahwinan mereka secara serentak.


Maka sedih bercampur gembira menyelubungi hati dan perasaan kedua ibu bapa mereka apabila majlis perkahwinan tersebut selamat dilangsungkan.

Apabila ketiga-tiga pasangan bersiap sedia untuk pergi berbulan madu ke tempat haluan masing-masing, kedua ibu bapa mereka pun dengan tegas berpesan supaya mereka tidak lupa untuk mengirimkan berita sepanjang pemergian mereka walau dengan sepatah dua kata. Supaya tidak membebankan setiap pasangan, ibu bapa mereka mencadangkan agar mereka hanya menulis tajuk iklan yang dapat menggambarkan maksud yang ingin disampaikan. Lalu mereka semua pun bersetuju degan cadangan tersebut.

Seminggu selepas mereka semua pergi ke arah tujuan masing-masing, si ibu menerima sepucuk surat dari anak mereka yang pertama, suratnya amat ringkas, hanya perkataan "Nescafe" yang tertera. Si ibu yang cuba menyelami maksud yang ingin disampaikan, tanpa berlengah menyemak iklan "Nescafe" di akhbar yang berbunyi "Nikmatnya tak terhingga", maka fahamlah si ibu akan maksud yang ingin disampaikan.

Selang seminggu selepas itu, mereka menerima sepucuk surat dari anak mereka yang kedua pula, suratnya juga pendek, hanya berbunyi " Standard Chartered Bank". Apabila disiasat dengan lebih lanjut, iklan Standard Chartered Bank rupanya bermaksud " Besar, Teguh dan Peramah", maka tersenyumlah kedua orang tua tersebut.

Seperti lazimnya mereka pun tertunggu-tunggu akan berita dari anak ketiga mereka, namun minggu demi minggu tidak juga mereka menerima sebarang khabar berita. Mulanya mereka agak risau namun setelah hampir dua bulan berlalu, mereka akhirnya menerima sepucuk surat yang amat dinananti-nantikan, suratnya juga amat ringkas, hanya tertulis perkataan "MAS". Mulanya mereka agak hairan kenapalah anak mereka mangambil masa yang lama sangat untuk menulis perkataan "MAS" namun setelah membaca iklan MAS di surat khabar, mereka pun tersenyum. Di surat khabar, iklan MAS berbunyi," Tiga kali sehari, tujuh hari seminggu..."


|Faizzoth van der MoFa

Dongeng Rakyat 68


Tajupakale

Lepas habis presentation kat kelas tadi perut aku jadi lapar tak tentu arah. Terus aku singgah kat sebuah kedai jual roti canai berhampiran kelas. Pelayan kedai roti canai yang berbangsa mamak ambil order gua berupa roti canai 2 keping banjir dan kopi 'o' ais.


Selesai urusan nafkah perut, aku ternampak satu dua kutu main laptop dari tadi, aku syak kedai mamak ni ada menyediakan perkhidmatan wifi secara free. Sebagai customer, aku rasa ada hak untuk guna wifi kedai roti canai tersebut secara free juga. Laptop di start-up dan wifi di cari. Tetiba laptop aku prompt satu window tanya password..

"Dey mamak, sini kejap" Aku memanggil mamak dan melambai tangan macam nak tanya soalan susah-susah kat lecturer dalam kelas.

"Yes boss?"

"Sini wifi aper dia punya password?"

"Ooo fast-wood kalu, manyak shinang.. boss masuk sana wifi...sudah ka?" pelayan kedai roti canai mengarahkan aku masuk wifi sampai ada prompt window mintak password.

"Ok mamak, sekarang you bagi apa password"

"Ok boss amik ni arr... saya cakap satu kali boss terus tulis sana...dia punya fast-wood 'tajupakale'" Style mamak tu bagi password kat aku macam nak bagi dadah, siap cakap slow kat tepi telinga.

Aku pun cekal menaip di ruangan password 'tajupakale' dalam hati terdetik "Giler susah password mamak ni... tinggi bahasa digunakan. Lantas aku tekan 'OK'

Ting..tong.. laptop canggih aku prompt lagi window tulis 'Password error!'. Hati aku dah start panas, mentang-mentang makan roti canai ajer 2 keping, takkan password pun tak leh nak bagi. Terus aku memanggil balik mamak tadi yang tengah sibuk amik order kat meja depan pulak.

"Dey tambi, betol ke you punya password."

"Tak boleh lah!!! main-main lah you!"

"Butol lah boss, sini tempat fast-wood musti 'tajupakale'. Tak boleh tukar"

"You tengok sini saya tulis arrr 'tajupakale', sekarang saya tekan 'OK'.. haa you tengok salah lagi"

Aku tengok mata mamak tu tepat-tepat sebagai tanda marah, mamak tengok mata aku sambil geleng kepala.

"Boss, lain kali saya cakap satu kali you dengar baik-baik.. saya sudah cakap itu fastwood 'tajupakalee' you dengar arrr 'tajupakalee' dia punya tulis ini macam'taju, taju, taju, taju'. You ada sekolah ka?"

Aku terus tekan butang 'shutdown' sambil cakap "tak per lah mamak, lain kali lah saya datang pakai lu punya wifi. Lain kali sebut betul-betul 'tujuh empat kali' boleh tak?"



|Faizzoth van der MoFa -
Hakhakhak !