Thursday, April 30, 2009

Dongeng Rakyat 6


Biji Kacang Hijau

Pada suatu petang, seorang lelaki bernama Sood telah pergi ke sebuah klinik di pekan kerana telinganya telah dimasuki biji kacang hijau ketika dia membeli barang dapur di pasar.


Doktor : "Selamat petang.."
Sood : "Selamat petang, doktor.."
Doktor : "Ada masalah ape enchek?"
Sood : "Telinga saya dimasuki biji kacang hijau, doktor.."
Doktor : "Mari saya periksa.."

Doktor pun memeriksa telinga si Sood itu dan rupa-rupanya biji kacang hijau itu terlalu sukar untuk dikeluarkan malah mungkin memerlukan pembedahan.

Doktor : "Sekarang ada 2 cara untuk mengeluarkan biji tersebut.."
Sood : "Bagaimanakah caranya doktor?"
Doktor : "Pembedahan kecil yang kosnya RM2000, manakala pilihan ke2 adalah percuma.."
Sood : "Mahal sangat doktor. Kalau yang percuma bagaimana?"
Doktor : "Yang percuma awak kena sabar.."
Sood : "Baiklah, saya akan bersabar. Bagaimanakah caranya?"
Doktor : "Anda perlu siram telinga anda 2 kali sehari. Dan apabila
sudah menjadi 'tauge', anda bolehlah tariknya keluar.."
Sood : ".............. "
MySpaceMySpaceMySpace

|Izz the Guardian Angel

No comments: