Tuesday, May 26, 2009
Dongeng Rakyat 9
Ponteng Sembahyang Jumaat
Seorang lelaki islam ponteng sembahyang Jumaat. Sebaliknya dia masuk ke dalam hutan untuk memburu beruang. Sedang dia terhendap-hendap di dalam semak, tiba-tiba dia berlanggar dengan seekor beruang. Dia begitu terkejut sehingga senapangnya tercampak lalu tergelungsur ke dalam jurang. Dia pula tergolek ke arah lain, jatuh ke atas batu danKRAKKKK! Kedua2 kakinya patah. Jangan risau ini bukanlah berita buruk.
Ada lagi . Berita buruknya adalah beruang tadi terus menghambatnya, sedangkan dia sudah tidak boleh bergerak lagi.
"Ya Allah, doa lelaki tersebut, Ampunilah dosaku kerana ponteng sembahyang berjemaah pada hari Jumaat yang mulia ini . Ampunilah aku."
"Ya Allah makbulkan hajat ku ini. Jadikanlah beruang yang memburuku Muslim yangberiman. Tolong ya Allah! Aminnn."
Tiba-tiba guruh berdentum. Beruang tadi tiba-tiba terhenti betul-betul di hadapan lelaki tadi. Sambil menadah kedua-dua kaki depannya ke langit beruang tersebut pun berdoa,
"Allahumma barik lana, fima razaktana, wa qinaazabbannar. Amin!"
|Izz the Guardian Angel
Labels:
Dongeng Rakyat
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment