Tuesday, October 27, 2009

Empat A dan isu 76


Telah bersabda Nabi Muhamad SAW yang maksudnya:
"Ada empat perkara yang berharga dalam diri manusia dan dia boleh hilang dengan empat perkara juga."
Adapun yang berharga itu ialah Akal, Agama, Malu dan Amal soleh. Maka....
  • Akal boleh hilang disebabkan marah.
  • Agama boleh hilang disebabkan dengki.
  • Malu boleh hilang disebabkan tamak.
  • Amal soleh boleh hilang dan terhapus disebabkan suka menceritakan keburukan orang lain.

Manusia akan menghadapi empat penarikan antaranya:-
  • Malaikat pencabut nyawa akan menarik rohnya.
  • Para ahli waris akan menarik hartanya.
  • Ulat akan menarik tubuhnya.
  • Orang yang dimusuhi @ dianiayai akan menarik barang kepunyaannya di hari kiamat iaitu AMALNYA.

Dari Ali r.a yang bermaksud: Sesungguhnya amalan yang paling sulit adalah empat macam:
  • Memberi maaf pada waktu marah.
  • Suka memberi pada waktu susah.
  • Menjauhi yang haram pada waktu sunyi.
  • Mengatakan yang hak kepada orang yang ditakuti atau kepada orang yang diharapkan sesuatu darinya.

Dari Hatim Al-Asom yang bermaksud: -
Empat perkara yang hanya diketahui oleh empat jenis orang akan nilainya iaitu:
  • Nilai masa muda hanya diketahui oleh orang tua-tua @ orang lama.
  • Nilai kedamaian hanya diketahui oleh orang yang pernah ditimpa bencana@musibah.
  • Nilai kesihatan hanya diketahui oleh orang-orang sakit.
  • Nilai kehidupan hanya diketahui oleh orang-orang yang telah mati.

|Faizzoth van der MoFa

No comments: