Thursday, October 22, 2009

Hari Ini Dalam Sejarah


Pada penghujung bulan Julai 2009, aku sebagai Pencerap yang berpengkalan di Ibu Pejabat telah mencipta satu rekod, dimana kerja di pejabat berjaya aku siapkan pada jam 9.10 pagi. Hal ini juga bermakna aku hanya bekerja selama sejam sahaja untuk hari itu. Bagaikan makan gaji buta pula. Beberapa hari selepas itu, rekod itu telah aku pecahkan dimana aku berjaya menyiapkan kerja harian untuk hari itu pada jam 9.00 pagi. Sungguh bermakna kerja aku ini.


Pada hari Rabu bersamaan 26 Ogos 2009 pula, aku berjaya memperbaiki rekod yang aku pegang selama ini dimana kerja aku untuk hari itu sudah aku siapkan pada jam 8.50 pagi. Haha, kesimpulan dari apa yang tersimpul sebelum ini ialah aku diibaratkan Usain Bolt yang memecahkan rekodnya sendiri pada acara 100 meter dan 200 meter pada peringkat dunia. Sungguh perah santan pula aku ini.

Hari ini lagi sekali rekod baru tercapai..
Dengan perasaan yang bercampur baur aku menyatakan bahawa pada hari ni yakni 22 Oktober 2009 bersamaan 3 Zulkaedah 1430 Hijriah tepat jam 8:27 pagi aku dengan jayanya berjaya menyelesaikan kerja harian untuk hari ini. Hal ini berikutan gara-gara Stesen Limbang yang telah mula beroperasi secara 24 jam sejak 16 Oktober yang lalu. Samprit ko kerol, angkara stesen kau aku tiada kerja. Hari ini aku sebagai Penjawat Awam yang bertauliah hanya bekerja selama 27 minit secara praktikalnya. Syabas diucapkan kepada diri ini kerna berjaya memecahkan lagi rekod untuk diri sendiri . Sekian...


*Lagi satu, setakat ini aku masih kekal memegang rekod lelaki termuda di tempat aku bertugas.. = )

|Faizzoth van der MoFa

No comments: