Thursday, October 1, 2009
Selamat Hari Raya Aidilfitri 1430 H !!!!
Rasanya tidak terlambat untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Asyraf...eh, tuh name kawan gue..Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir Batin. Sepuluh jari disusun memohon kemaafan sekiranya terdapat sebarang kesalahan atau kesilapan kepada orang-orang tertentu sahaja. Kepada orang-orang yang tidak terpilih pergi berambuslah mereka. Haha. Aku peduli apa sudah sebulan kita berpuasa, maka raya pun mestilah disambut sebulan. Cume rasa kekesalan itu terbit disanubari dek kerna budaya menyambut raya cumalah dua hari atau seminggu, itu pun kalau paling lama. Sempena bulan syawal ini(kawan zul ke? Dia ader hari kebesaran?), dengan berbesar hati ingin berkongsi sedikit lirik lagu raya, hasil dendangan orang yang amat berpengalaman iaitu saudara Jalil Hamid yang berjudul Raya. Dengan segala hormat dipersembahkan.
Jalil Hamid - Raya
Bila sebut pasal raya
Semua ingat hari raya
Tapi jangan pula kita lupa
Ada seribu satu kata berkait dengan raya selain hari raya
Tak kira apa bangsa
Orang melayu orang cina orang putih atau orang india
Orang timur orang barat diseluruh dunia ada hari raya
Kalau banyak harta benda orang itu kaya raya
Kalau tempat lalu kereta itulah jalan raya
Hentian bas ibu kota itulah puduraya ditengah bandaraya
Kalau banyak jalan raya dipanggil lebuh raya
Bunga lambang Malaysia namanya bunga raya
Tukang penyelenggara mengawas harta benda Jabatan Kerja Raya
Gembira kita dihari raya
Makan kenduri di balai raya
Kalau kita malas nak puasa
Kita sama macam hantu raya
Selamat hari raya
Selamatlah beraya
Kalau banyak harta benda orang itu kaya raya
Kalau tempat lalu kereta itulah jalan raya
Hentian bas ibu kota itulah puduraya ditengah bandaraya
Kalau banyak jalan raya dipanggil lebuh raya
Bunga lambang Malaysia namanya bunga raya
Tukang penyelenggara mengawas harta benda Jabatan Kerja Raya
Gembira kita dihari raya
Makan kenduri di balai raya
Kalau kita malas nak puasa
Kita sama macam hantu raya
[Chorus]
"Eh, ye ke pakcik?
Kalau kita tak puasa kita jadi hantu raya ye?"
"Yeee..."
Selamat selamat hari raya
"Haaaa nyanyi-nyanyilah"
Nanti kita kumpul duit raya
"Haaaa nyanyi-nyanyi"
"Haaa kumpullah"
Selamat selamat hari raya
"Haaa'aahhh"
Kita semua jadi kaya raya
Boleh beli jalan raya
"Belilah...aku tak mahu beli"
Duit raya....
"Heee heee..."
p/s : Lirik hasil pendengaran menggunakan pancaindera yang dikhuatiri salah liriknya pada akhir chorus.
|Izz the Guardian Angel - Bila aku nak start puasa enam neh, dah masuk 12 syawal dah.
Labels:
Myself
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment