Wednesday, August 18, 2010

Dongeng Rakyat 32


Sudu dan Benang


Pengajaran yang tak ternilai apabila jururunding boleh membawa perubahan yang besar terhadap mana-mana syarikat.

Minggu lepas, kami membawa rakan-rakan ke sebuah restoran yang baru dan aku perasan pelayan kami meletakkan sudu di dalam poket bajunya. Ia agak pelik. Apabila pelayan lagi satu membawa air kosong dan utensil, dia ni pun ada sudu dalam poket bajunya. Apalagi aku tengok sekeliling memang semua pelayan restoran mempunyai sudu didalam poket baju mereka. Apabila pelayan tadi datang membawa hidangan sup, aku bertanya, "Kenapa dengan sudu tuh?"

"Sebenarnya bos kami baru lepas mengupah juruperunding XYZ untuk merombak perniagaannya. Selepas beberapa bulan mengkaji, mereka merumuskan sudu adalah utensil yang selalu terjatuh. Lebih kurang 3 sudu terjatuh setiap meja sejam. Jika kakitangan kami lebih bersedia, maka kami mampu mengurangkan perjalanan pergi balik dari meja pelanggan ke dapur dan menjimatkan 15 jam seorang setiap shif".

Hendak dijadikan cerita, sudu aku terjatuh dan pelayan tadi telah pun mengantikannya dengan sudu di poketnya. "Nanti saya pergi ambil sudu yang lain bila saya perlu ke dapur, lagipun buat apa nak habiskan masa sekarang".

Aku amatlah kagum. Tak silap aku juga di zip seluarnya ada seutas benang. Sekali pandang, semua pelayan restoran ini memakainya. Jadi sebelum pelayan tadi pergi, aku bertanya, "Tumpang tanya, boleh tak kamu beritahu saya kenapa ada seutas benang di zip seluar kamu?"

"Boleh, apa salahnya!" Selepas itu dia merendahkan suaranya. "Tak semua orang perasan benang ni."

"Jururunding tersebut juga mencadangkan kami boleh menjimatkan masa semasa ke tandas. Dengan mengikat benang ini di kepala anu kami, kami boleh menarik benang sahaja tanpa memegang anu kami, dengan ini kami tidak perlu membasuh tangan sebelum keluar melayan pelanggan, ini dapat memendekkan masa sebanyak 76.39 peratus..

Aku bertanya lagi "Lepas awak keluarkan anu awak, macam mana awak memasukkan ia balik ke dalam seluar?"

"Sebenarnya," dia membisik, "saya tak tahu orang lain, tapi, saya gunakan sudu di dalam poket saya tadi."

MySpaceMySpace


|Faizzoth van der MoFa

No comments: