Tuesday, September 21, 2010

Dongeng Rakyat 34


Pencuri Handal


Seorang pencuri sangat pakar merompak bank di mana kepakaran utamanya
adalah memecahkan kod rahsia pintu lemari besi. Ia selalu bekerja sendiri tanpa dibantu anak buah atau pembantuya. Suatu ketika, ketika di tengah malam dia memasuki sebuah bank yang baru 1 minggu dibuka. Sebuah lemari penyimpanan dengan nombor rahsia yang paling canggih berhasil dibukanya. Namun ia sedikit hairan kerana di sana tidak terdapat wang sama sekali, melainkan cawan-cawan berisikan puding warna susu. Ruangannya pun dingin sekali. Akhirnya ia memutuskan untuk memakan puding- puding tersebut sebelum membuka lemari besi lainnya. Kerana lapar ia habiskan semua puding di lemari besi pertama. Lemari besi kedua berhasil dibuka, sekali lagi ia terjumpa puding dalam cawan-cawan plastik.
Seluruh lemari ada 5 unit, dan kesemuanya berisi puding, dan ia menghabiskan
banyak sekali puding. Namun ia dengan kekenyangan pulang ke rumah dan masih agak heran, kenapa bank itu tidak menyimpan wang sama sekali atau mereka memang sudah mengetahui akan dicuri? Aah biarlah, yang penting aku kenyang. Keesokan paginya dengan setengah mengantuk ia terbangun kerana suara penghantar surat khabar memasukkan surat khabar ke dalam rumahnya melalui celah jendelanya. Sambil menguap dia membuka surat khabar dan terpaku melihat Head Line di halaman pertama dengan judul bertuliskan dengan huruf yang besar -besar.


BANK SPERMA KENA ROMPAK


|Faizzoth van der MoFa

No comments: