Monday, April 18, 2011

Dongeng Rakyat 60


Pemuda Misteri dikala Hujan


Malam itu, ada seorang pemuda yang baru pulang dari tempat kerja terpaksa menumpang teduh di suatu rumah yang hanya dihuni oleh seorang ibu dan anak perempuannya kerana hujan dengan lebat membasahi bumi. Kerana dilihat diluar ada seorang lelaki, ibu itu pun memberanikan diri untuk bertanya kepada pemuda itu.

Ibu : Nak, dari mana ?

Pemuda : Maaf makcik, saya cuma menumpang berteduh di rumah makcik. Setelah hujan berhenti nanti saya akan pulang.

Ibu : Oh begitu.. tiada apa-apa!

Kerana ibu itu yakin pemuda itu orang yang baik, dia pun mempelawa pemuda itu masuk ke dalam rumah. Kerana di luar hujan masih lebat dan malam pun sudah semakin larut, Ibu itu memberanikan diri untuk membenarkan pemuda tidur semalam di rumahnya

Mendengar ajakan Ibu itu, dengan malu-malu (tapi mahu) si pemuda itu pun tidak keberatan untuk sekadar menumpang bermalam di rumah itu, apatah lagi Ibu itu mempunyai seorang anak perempuan yang cukup cantik dan kebetulan di rumah itu masih terdapat bilik yang kosong. Ibu dan anak perempuannya itu terus bergegas mengemaskan bilik kosong itu, sementara si pemuda itu ditinggalkannya di ruang tamu.

Selang beberapa minit kemudian, Ibu dan anaknya kembali ke ruang tamu untuk menemui pemuda tadi. Betapa terkejutnya mereka kerana pemuda itu sudah tidak ada lagi. Ibu dan anaknya saling berpandangan, rasa takut mula menghantui mereka berdua siapa tahu kalau si pemuda tadi bukan orang tetapi jelmaan makhluk ghaib. Hujan yang semakin lebat dan kilat yang saling menyambar menambah ketakutan mereka. Sedang mereka dalam ketakutan itu, tiba-tiba mereka berdua dikejutkan oleh si pemuda tadi yang tanpa dijemput masuk kembali ke dalam rumah dalam keadaan basah kuyup. Tanpa berfikir panjang walaupun masih ada rasa takutnya, Ibu itu pun bertanya kepada si pemuda.

Ibu : Nak, dari mana basah kuyup ni ?

Pemuda : Maaf makcik, saya pulang dulu ke rumah nak ambil bantal dan selimut!

|Faizzoth van der MoFa

No comments: