Tuesday, October 6, 2009

Popcorn's Time !!!


Kali ni aku nak merapu sorang-sorang pasal citer neh. Citer neh memang lawak. Lawaknya begitu poyopo dan sangat menghiburkan. Citer neh meletup sekitar zaman Pop Yeh Yeh kot.
Actually, sebelum aku tengok filem ini aku dah perah santan kewujudan citer neh. Dipikiran kepala otak aku masa tuh aku pikir citer neh citer lama yang x best. Ruper-rupernya jangkaan aku meleset sungguh. Ketika itu aku di kedai cetak rampok di Tanjung Malim. Aku sarankan kalian menonton filem ini. Lawaknya lain dari yang lain.


Episod yang pertama. Perkenalan kepada segala-segalanya. Watak utama citer neh nama dia Mahoney. Dalam episod ini pihak polis wat satu akademi bagi mengambil rekruit-rekruit baru. Citer ini kuar kat panggung pada 1984.


Kedua. Tahun 1985. Sambungan pada citer yang sebelumnya. Dalam episod neh diorang start misi yang pertama. Ader watak yang terlalu taksub dengan perang namanya Tackleberry kalo aku x silap.


Cerita ketiga kuar panggung pada 1986. Aku xbaper ingat jalan citer untuk episod neh tapi seperti episod-episod sebelum neh ader kelab gay nama dier Blue Oyster. Haha..


Filem yang ke-4. Di Wayang pada tahun 1987. Tahun aku lahir tuh. Citer neh aku 'pass' pasal aku xtengok lagi, pasal video episod neh ader orang delete plak.


5. Masing-masing dah posting merata-rata tempat. Tapi diorang berkumpul balik pasal ader masalah kat akademi tempat diorang training dulu rasenya. Ader beberapa pelakon yang asal xder dalam episod neh. Pecah panggung pada tahun 1988.


Citer ke-enam. 1989. Bandar tempat mereka hidup tuh Uruhara eh huru hara pasal orang awam wat rusuhan. Semuanya pasal seorang 'Mastermind' yang misteri.


Cereka yang terakhir ini kuar pawagam pada tahun 1994. Xtau pasal aper jaraknya jauh berbanding filem yang sebelum-sebelum neh. Banyak pelakon asal dah xder. Misi ke Moscow, Russia menolong pihak berkuasa di sana bagi menangkap Mafia Besar.


|Izz the Guardian Angel

Thursday, October 1, 2009

Selamat Hari Raya Aidilfitri 1430 H !!!!


Rasanya tidak terlambat untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Asyraf...eh, tuh name kawan gue..Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir Batin. Sepuluh jari disusun memohon kemaafan sekiranya terdapat sebarang kesalahan atau kesilapan kepada orang-orang tertentu sahaja. Kepada orang-orang yang tidak terpilih pergi berambuslah mereka. Haha. Aku peduli apa sudah sebulan kita berpuasa, maka raya pun mestilah disambut sebulan. Cume rasa kekesalan itu terbit disanubari dek kerna budaya menyambut raya cumalah dua hari atau seminggu, itu pun kalau paling lama. Sempena bulan syawal ini(kawan zul ke? Dia ader hari kebesaran?), dengan berbesar hati ingin berkongsi sedikit lirik lagu raya, hasil dendangan orang yang amat berpengalaman iaitu saudara Jalil Hamid yang berjudul Raya. Dengan segala hormat dipersembahkan.



Jalil Hamid - Raya

Bila sebut pasal raya
Semua ingat hari raya
Tapi jangan pula kita lupa
Ada seribu satu kata berkait dengan raya selain hari raya
Tak kira apa bangsa
Orang melayu orang cina orang putih atau orang india
Orang timur orang barat diseluruh dunia ada hari raya
Kalau banyak harta benda orang itu kaya raya
Kalau tempat lalu kereta itulah jalan raya
Hentian bas ibu kota itulah puduraya ditengah bandaraya
Kalau banyak jalan raya dipanggil lebuh raya
Bunga lambang Malaysia namanya bunga raya
Tukang penyelenggara mengawas harta benda Jabatan Kerja Raya
Gembira kita dihari raya
Makan kenduri di balai raya
Kalau kita malas nak puasa
Kita sama macam hantu raya
Selamat hari raya
Selamatlah beraya

Kalau banyak harta benda orang itu kaya raya
Kalau tempat lalu kereta itulah jalan raya
Hentian bas ibu kota itulah puduraya ditengah bandaraya
Kalau banyak jalan raya dipanggil lebuh raya
Bunga lambang Malaysia namanya bunga raya
Tukang penyelenggara mengawas harta benda Jabatan Kerja Raya
Gembira kita dihari raya
Makan kenduri di balai raya
Kalau kita malas nak puasa
Kita sama macam hantu raya

[Chorus]
"Eh, ye ke pakcik?
Kalau kita tak puasa kita jadi hantu raya ye?"
"Yeee..."

Selamat selamat hari raya
"Haaaa nyanyi-nyanyilah"
Nanti kita kumpul duit raya
"Haaaa nyanyi-nyanyi"
"Haaa kumpullah"
Selamat selamat hari raya
"Haaa'aahhh"

Kita semua jadi kaya raya
Boleh beli jalan raya
"Belilah...aku tak mahu beli"
Duit raya....
"Heee heee..."

p/s : Lirik hasil pendengaran menggunakan pancaindera yang dikhuatiri salah liriknya pada akhir chorus.

|Izz the Guardian Angel - Bila aku nak start puasa enam neh, dah masuk 12 syawal dah.

Tuesday, September 29, 2009

Iklan


|Izz the Guardian Angel - Aku kehabisan idea. Idea baru bakal menyusul.

Friday, September 11, 2009

Makna Bacaan Dalam Solat


Allah Maha Besar


Doa Iftitah

Allah Maha Besar dan segala puji bagi Allah dengan banyaknya.
Maha suci Allah sepanjang pagi dan petang.
Aku hadapkan wajahku bagi Tuhan yang mencipta langit dan bumi,
dengan suasana lurus dan berserah diri dan aku bukan dari golongan orang musyrik.
Sesungguhnya solatku,
Ibadatku,
hidupku,
matiku
adalah untuk Allah Tuhan sekelian alam.
Tidak ada sekutu bagiNya dan kepadaku diperintahkan untuk tidak
menyekutukan bagiNya dan aku dari golongan orang Islam.

Al-Fatihah
Dengan nama Allah yang maha Pemurah lagi maha Mengasihani.
Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam.
Yang maha pemurah lagi maha mengasihani.
Yang menguasai hari pembalasan.
Hanya Engkaulah yang kami sembah dan hanya kepada Engkau kami mohon pertolongan.
Tunjukilah kami jalan yang lurus.
Iaitu jalan orang-orang yang Engkau kurniakan nikmat kepada mereka, bukan jalan mereka yang Engkau murkai dan bukan jalan mereka yang sesat.

Bacaan ketika rukuk

Maha Suci TuhanKu Yang Maha Mulia dan dengan segala puji-pujiannya.

Bacaan ketika bangun dari rukuk

Allah mendengar pujian orang yang memujinya.

Bacaan ketika iktidal

Wahai Tuhan kami, bagi Engkaulah segala pujian.

Bacaan ketika sujud
Maha suci TuhanKu yang Maha Tinggi dan dengan segala puji-pujiannya.

Bacaan ketika duduk di antara dua sujud

Ya Allah, ampunilah daku,
Rahmatilah daku,
kayakan daku,
angkatlah darjatku,
rezekikan daku,
berilah aku hidayah,
sihatkanlah daku dan
maafkanlah akan daku.

Bacaan ketika Tahiyat Awal

Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah.
Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta
keberkatannya.
Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh.
Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah.
Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad.

Bacaan ketika Tahiyat Akhir

Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah.
Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya.
Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh.
Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah.
Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad dan ke atas keluarganya.
Sebagaimana Engkau selawatkan ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim.
Berkatilah ke atas Muhammad dan atas keluarganya sebagaimana Engkau berkati ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim di dalam alam ini.
Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Agung.

Doa Qunut

Ya Allah, berilah aku petunjuk sebagaimana orang-orang yang telah Engkau tunjuki.
Sejahterakanlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau sejahterakan.
Pimpinlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau pimpin.
Berkatilah hendaknya untukku apa-apa yang telah Engkau berikan padaku.
Jauhkanlah aku daripada segala kejahatan yang telah Engkau tetapkan.
Sesungguhnya hanya Engkau sahajalah yang menetapkan, dan tidak sesiapapun yang berkuasa menetapkan sesuatu selain daripada Engkau.
Sesungguhnya tidak terhina orang yang memperolehi pimpinanMu.
Dan tidak mulia orang-orang yang Engkau musuhi.
Telah memberi berkat Engkau, ya Tuhan kami dan maha tinggi Engkau.
Hanya untuk Engkau sahajalah segala macam puji terhadap apa-apa yang telah Engkau tetapkan.
Dan aku minta ampun dan bertaubat kepada Engkau.
Dan Allah rahmatilah Muhammad, Nabi yang ummi dan sejahtera keatas keluarganya dan sahabat-sahabatnya.


P/s Dengan selamba aku rompak dari blog pusat islam.

|Izz the Guardian Angel

Tuesday, September 8, 2009

Dongeng Rakyat 30


Bos Power


Ini kisah seorang lelaki yang baru dilantik menggantikan bos yang asal di sebuah syarikat yang besar. Disebabkan masalah pekerja-pekerja yang agak kurang motivasi dan selalu cuai serta pemalas, bos baru ni berhasrat nak ajar mereka sikit pada hari pertama dia kat syarikat tu. Jadi, sape-sape yang dia nampak paling pemalas, dia akan pecat 'on the spot'. Memang malang tidak berbau, dia ternampak seorang pekerja yang sedang menyandar kat tepi dinding.

"Yang berbaju biru tu" dia menjerit. Jeritan kuat menyebabkan semua perkerja tersentak dan memandang kepada lelaki berkenaan. "Bape gaji awak?" dia bertanya dengan nada yang agak keras. "Dalam RM800 sebulan..." pekerja tu menjawab. Bos tu menjawab, "Nah amik ni Rm800, BERAMBUS KAU DARI SINI. KALU NAK MALAS-MALAS PEGI TEMPAT LAIN!!!!!". Pekerja tu amik duit tu, lalu terus blah macam tu saja. Bos tadi memandang kesemua pekerja-pekerjanya, seperti mahu mereka paham, sape malas, 'sure' kene pecat!

Merasakan pekerja-pekerja memahami maksud kejadian tadi, bos itu Berasa puas. Sebelum bos itu masuk semula ke dalam pejabatnya, dia bertanya kepada salah seorang pekerja disitu, "Mamat tadi tu kerja department mana?"

Jawab si pekerja,"Owh, dia tu datang anto pizza, tak keje sini pun bos!!".

|Izz the Guardian Angel

Dongeng Rakyat 29


Kisah RM1 dan RM50

Duit seringgit telah bertemu dengan duit lima puluh ringgit lalu bertanya,

"Oit, lama tak nampak, mana ko pergi?" Lima puluh menjawab " Aku pergi merata tempat. Pergi stadium tengok bola, naik StarCruise, gi Bandung naik AirAsia, lepak-lepak kat One Utama, Konsert AF, Malaysian Idol, myStarzLG, Mentor dan macam-macam lagi!!....Eh, ko camner lak?"
Duit seringgit menjawab dengan perlahan seraya menunduk,
"Hmm biasalah.. Balik-balik tempat yang sama SURAU, MASJID, SURAU..."

|Izz the Guardian Angel-renung-renungkan la.

Saturday, August 22, 2009

Selamat Menjalani Ibadah Puasa


Hari ni hari yang pertama dalam bulan Ramadhan.

Puasa yang pertama untuk tahun 1430 H.
Aku harap dapat menjalani bulan Ramadhan ini pada kali ini dengan penuh keberkatan dan merasai kepuasan puasa yang sebenar.


MySpaceMySpaceMySpaceMySpace



|Izz the Guardian Angel