Wednesday, April 29, 2009

Dongeng Rakyat 4


Sejarah

Oct 1511: Alfonso berjaya menakluki Melaka setelah berhempas pulas menewaskan 5 pahlawan melayu terhandal (Hang Tuah, Hang Jebat, Hang Lekir, Hang Lekiu dan Hang Kasturi).
Perkara ini adalah mimpi ngeri buat Alfonso, dimana untuk menawan Melaka serta berlawan dengan 5 Hang bersaudara, dia telah kehilangan 15,000 bala tentera dalam pertempuran selama 6 hari tanpa henti itu.

Feb 1512: Alfonso telah menghantar perisik-perisik ke negeri Perlis, Kedah dan Pulau Pinang untuk mengetahui kekuatan bala tentera di sana mengikut sejarah.


Julai 1512: Perisik-perisik Alfonso pulang ke Melaka untuk melaporkan hasil risikan kepada Alfonso. Berikut adalah perbualan percakapan antara perisik-perisik tersebut dengan Alfonso yang selama ini cuba disembunyikan dalam buku sejarah.


Perisik 1, 2, dan 3: "Selamat Pagi Tuan!!!" (sambil bertabik)

Alfonso: "Selamat Pagi"

Perisik 1: "Tuan, lebih baik lupakan saja niat tuan untuk menawan Perlis, Kedah dan Pulau Pinang".

Alfonso: "Mengapa kau berkata begitu? Kuat sangatkah mereka itu?" ( dengan nada marah dan bongkak)

Perisik 2: "Untuk menawan melaka yang mempunyai 5 pahlawan terhandal iaitu Hang Tuah, Hang Jebat, Hang Kasturi, Hang Lekir dan Hang Lekiu pun kita kehilangan hampir 15,000 bala tentera, inikan pula kita nak menawan Perlis, Kedah dan P.Pinang yang mempunyai beribu-ribu hang.."
Perisik 3: "Betoi tu tuan...Semasa risikan kami selama ini begitu ramai pahlawan-pahlawan yang handal diantaranya ialah Hang sihat ka, Hang buat apa, Hang apa habaq, Hang lagu mana, Hang pi mana, Hang kat mana, Hang mai sat, Pak hang, Mak hang, Adik hang, Tok hang, Punkok hang dan ramai lagi tuan".


Kedebuuuuk.....Alfonso jatuh lalu pengsan.


MySpaceMySpace

|Izz the Guardian Angel

No comments: