Terlambat Sebulan
Ketika menyambut suaminya Pian yang baru pulang dari pejabat, Senah berkata sambil tersenyum..
"Abang.. saya TERLEWAT datang bulan selama SEBULAN" kata Senah dan menyambung "Tadi saya dah pergi klinik dan disahkan mengandung..tapi kita rahsiakan dulu ye...".
"Baiklah" kataPian sambil tersenyum..
Keesokan paginya seorang pekerja TNB datang dan mengetuk pintu rumah mereka. Setelah dibukakan pekerja tadi memberitahu..
"Puan.. anda didapati terlewat sebulan.."
"Hah..?? Dari mana anda tau??" tanya Senah.
"Kami ada catatannya disini.."
"Haahh.. sampai ada catatan??"
Keesokan harinya.. Pian marah-marah di kaunter pembayaran TNB.
"Bagaimanakah anda boleh tahu yang isteri saya terlewat satu bulan??"
"Sabar encek... kalau anda ingin catatan ini dipadam, anda hanya perlu membayar pada kami.."
Dalam hati Pian mengatakan yang orang ini cuba meminta rasuah..
"Saya nekad tidak mahu bayar!!!" kata Pian.
"Kalau begitu apa yang anda ada sekarang akan kami potong.." jawab penjaga kaunter.
"Kalau apa yang saya ada sudah dipotong, habis isteri saya di rumah boleh guna apa??" tanya Pian.
"Mungkin isteri anda boleh gunakan sebatang lilin.." jawab penjaga kaunter.
|Izz the Guardian Angel
No comments:
Post a Comment