Tuesday, June 23, 2009

Dongeng Rakyat 26


Menyamar


Pulang dari kekalahan dalam sebuah perlawanan persahabatan, pemain-pemain bola sepak Kampung Pandan dirundung rasa malu yang teramat sangat.Kerana itu Hashim dan Roslan bercadang untuk menyamar agar tidak dikenali orang.

Hashim yang menyamar sebagai Cowboy, berjalan-jalan ke kedai di kampungnya. Tiba-tiba seorang nenek menegurnya, "Hey Hashim..."

Kerana terkejut yang beliau masih dikenali orang, dia segera mengubah penyamarannya.
Kali ini sebagai Syeikh Arab.

Sekali lagi dia keluar ke kedai untuk membeli barang. Untuk kali kedua dia bertembung dengan nenek itu lagi. Dalam hatinya berkata, "Dia takkan mengenali aku lagi.."

Tiba-tiba nenek itu berkata " Hey Hashim!!"
Kerana kehairanan yang amat sangat dia bertanya, "Maaf, bagaimana nenek dapat mengenali saya?"

Nenek itu menjawab, "Laaa engkau niii... ini aku la... Roslan!"

|Izz the Guardian Angel

No comments: