Wednesday, June 24, 2009
Dongeng Rakyat 27
Perfume
Nazri (bukan nama sebenar) berada didalam lif ketika seorang gadis cantik juga masuk ke dalam lif untuk ke tingkat 18. Nazri terpegun melihat kejelitaan gadis tersebut, apatah lagi semasa dia mengeluarkan minyak wangi dari dalam beg dan menyemburnya. Kembang kempis hidung si Nazri menghidu bau harum minyak wangi gadis tersebut.
"Memang wangi minyak wangi ni. Jenama Beverly Hills, harga pun mahal. RM 400, bukan calang-calang orang yang mampu," kata gadis tu dengan bongkak.
Tiba ditingkat 6, masuk pula seorang datin muda yang anggun. Datin tersebut menekan punat bernombor 15 sebelum menyembur minyak wanginya. Sekali lagi lif berbau harum. Gadis jelita dan Nazri terpinga-pinga melihat datin muda tersebut.
"Harumkan? Mana taknya, suami saya yang belikan. Jenama Vecinza, cuma terdapat di Itali sahaja. Harganya pun mahal, RM 1200 sebotol," ujar datin muda tersebut.
Bertambah benganglah si Nazri. Sampai sahaja ke tingkat yang dituju, iaitu tingkat 12, Nazri pula dengan bongkak melepaskan 'angin'. Baunye semerbak dan kedua-dua wanita tadi termuntah dek kerana baunya yang busuk. Sebelum berlalu, Nazri sempat berkata,
"Telur rebus kedai mamak. Tak mahal, 50 sen je. Tapi baunya tahan lama."
|Izz the Guardian Angel - Wangikan perfume asli?
Labels:
Dongeng Rakyat
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment