Friday, June 26, 2009
Vinyl Records
Sekali lagi aku meng'grab' gambar-gambar dari freshpics. Kali ini piring-piring hitam yang lama diubahsuai menjadi hasil seni yang menarik. Antara gambar-gambar menarik ialah :
Labels:
Gambar-gambar Pelik
Wednesday, June 24, 2009
“Terkadang orang yang kita benci sebenarnya lebih baik dari orang yang kita sayangi, terkadang orang yang kita terlalu percayai lebih khianat dari orang tidak kita senangi, percayalah pada diri sendiri"
-Ustaz Marzuki Sepiaail
|Izz the Guardian Angel
Labels:
Mutiara Kata
Dongeng Rakyat 27
Perfume
Nazri (bukan nama sebenar) berada didalam lif ketika seorang gadis cantik juga masuk ke dalam lif untuk ke tingkat 18. Nazri terpegun melihat kejelitaan gadis tersebut, apatah lagi semasa dia mengeluarkan minyak wangi dari dalam beg dan menyemburnya. Kembang kempis hidung si Nazri menghidu bau harum minyak wangi gadis tersebut.
"Memang wangi minyak wangi ni. Jenama Beverly Hills, harga pun mahal. RM 400, bukan calang-calang orang yang mampu," kata gadis tu dengan bongkak.
Tiba ditingkat 6, masuk pula seorang datin muda yang anggun. Datin tersebut menekan punat bernombor 15 sebelum menyembur minyak wanginya. Sekali lagi lif berbau harum. Gadis jelita dan Nazri terpinga-pinga melihat datin muda tersebut.
"Harumkan? Mana taknya, suami saya yang belikan. Jenama Vecinza, cuma terdapat di Itali sahaja. Harganya pun mahal, RM 1200 sebotol," ujar datin muda tersebut.
Bertambah benganglah si Nazri. Sampai sahaja ke tingkat yang dituju, iaitu tingkat 12, Nazri pula dengan bongkak melepaskan 'angin'. Baunye semerbak dan kedua-dua wanita tadi termuntah dek kerana baunya yang busuk. Sebelum berlalu, Nazri sempat berkata,
"Telur rebus kedai mamak. Tak mahal, 50 sen je. Tapi baunya tahan lama."
|Izz the Guardian Angel - Wangikan perfume asli?
Labels:
Dongeng Rakyat
Tuesday, June 23, 2009
Dongeng Rakyat 26
Menyamar
Pulang dari kekalahan dalam sebuah perlawanan persahabatan, pemain-pemain bola sepak Kampung Pandan dirundung rasa malu yang teramat sangat.Kerana itu Hashim dan Roslan bercadang untuk menyamar agar tidak dikenali orang.
Hashim yang menyamar sebagai Cowboy, berjalan-jalan ke kedai di kampungnya. Tiba-tiba seorang nenek menegurnya, "Hey Hashim..."
Kerana terkejut yang beliau masih dikenali orang, dia segera mengubah penyamarannya.
Kali ini sebagai Syeikh Arab.
Sekali lagi dia keluar ke kedai untuk membeli barang. Untuk kali kedua dia bertembung dengan nenek itu lagi. Dalam hatinya berkata, "Dia takkan mengenali aku lagi.."
Tiba-tiba nenek itu berkata " Hey Hashim!!"
Kerana kehairanan yang amat sangat dia bertanya, "Maaf, bagaimana nenek dapat mengenali saya?"
Nenek itu menjawab, "Laaa engkau niii... ini aku la... Roslan!"
|Izz the Guardian Angel
Labels:
Dongeng Rakyat
Dongeng Rakyat 25
Perpustakaan
Pada suatu tengah malam telefon di rumah seorang pustakawan berdering.
"Pukul berapa perpustakaan akan di buka?" seorang pemuda di hujung talian bertanya.
"Jam 9 pagi encik, apa hal yang penting sangat encik menghubungi saya tengah-tengah malam buta nie?" tanya pustakawan tadi.
"Tak boleh buka awal lagi ke?" pemuda itu bertanya lagi dengan nada kecewa.
"TIDAK, tidak akan dibuka sebelum pukul 9!" si pustakawan menjawab dengan nada yang tinggi.
"Penting sangat ke sampai encik tidak boleh tunggu sampai pukul 9 pagi untuk masuk?".
"Siapa kata saya mau masuk?" kata pemuda itu kesal, "SAYA MAU KELUAR!"
|Izz the Guardian Angel
Pada suatu tengah malam telefon di rumah seorang pustakawan berdering.
"Pukul berapa perpustakaan akan di buka?" seorang pemuda di hujung talian bertanya.
"Jam 9 pagi encik, apa hal yang penting sangat encik menghubungi saya tengah-tengah malam buta nie?" tanya pustakawan tadi.
"Tak boleh buka awal lagi ke?" pemuda itu bertanya lagi dengan nada kecewa.
"TIDAK, tidak akan dibuka sebelum pukul 9!" si pustakawan menjawab dengan nada yang tinggi.
"Penting sangat ke sampai encik tidak boleh tunggu sampai pukul 9 pagi untuk masuk?".
"Siapa kata saya mau masuk?" kata pemuda itu kesal, "SAYA MAU KELUAR!"
|Izz the Guardian Angel
Labels:
Dongeng Rakyat
Thursday, June 18, 2009
Dongeng Rakyat 24
Zoo
Pada suatu hari, seorang lelaki yang agak berumur bernama Abu merayau-merayau dari satu kedai ke satu kedai. Tujuannya adalah untuk mencari kerja. Tetapi agak malang kerana disebabkan umur yang agak tua, dan ekonomi yang sedang meleset, tidak ada satu tempat pun yang menawarkan kerja untuknya. Maka Pak Abu yang malang tersebut pulang ke rumah menemui isteri dengan hampa. Isterinya memujuk dan memberi semangat supaya suaminya mencuba lagi tanpa merasa putus asa. Disebabkan terlalu penat suaminya terus melelapkan mata.
Esok paginya, si suami bangun awal-awal pagi dan terus keluar rumah untuk mencuba nasib sekali lagi, manalah tahu, kalau-kalau hari ni boleh dapat kerja fikirnya. Tetapi ceritanya serupa saja, tak ada siapa yang mahu memberinya kerja.Walaubagaimana pun Pak Abu masih tak berputus asa. Pada hari seterusnya dia masih lagi pergi dari satu tempat ke satu tempat untuk bertanyakan kerja kosong. Setelah puas mencari dan masih gagal, Pak Abu mengubah taktik dan meminta kerja di tempat lain. Dia pun terus pergi ke zoo.
Pak Abu: "Tumpang tanya, sini ada kerja kosong tak?"
Penjaga Zoo: "Mana ada kerja kosong sini pakcik."
Pak Abu: "Tolonglah dapatkan pakcik apa-apa kerja, pakcik ni orang susah."
Penjaga Zoo: "Hurm, ginilah pakcik, kalau pakcik nak sangat kerja, sini ada satu kerja, disebabkan banyak sangat binatang di sini mati pasal tak cukup makan, nak tak pakcik pakai sarung monyet dan berlakon jadik monyet, tapi kena duduk dalam kandanglah?"
Pak Abu: "Berapa upahnya?"
Penjaga Zoo: "Tak berapa mahal pakcik, sehari RM15 je.."
Pak Abu: "Baiklah nak, daripada tak ada kerja, jadik monyet, monyetlah, janji dapat duit. Asalkan pakcik boleh makan anak beranak.."
Penjaga Zoo: "Kalau macam tu esok pepagi pakcik kena datang, dekat sini ada sarung monyet, dan pakcik masuk kandang no4, tau!!"
Pak Abu: "Baiklah nak.."
Penjaga Zoo: "Tapi pakcik kena datang sebelum pukul 7 tau, jangan sampai orang ramai datang dulu dari pakcik..."
Pak Abu: "Baik nak..."
Keesokkan harinya, pagi-pagi lagi dengan penuh semangat Pak Abu pun pergi ke Zoo tersebut. Penjaga zoo itu telah pun bersedia menunggunya dan memberikan pakaian monyet pada Pak Abu. Inilah hari pertama Pak Abu bekerja sebagai pelakon. Bukan main semangat dia lagi. Dengan penuh ceria Pak Abu mengenakan pakaian monyet lalu masuk ke kandang no 4. Ceria sungguh, lompat sana, lompat sini, bergayut sana , bergayut sini.
Tak lama kemudian orang ramai mula berkunjung ke zoo tersebut, lagilah bersemangat Pak Abu, lagi galak dia melompat, lagi pun bukannya orang tahu siapa dalam sarung tersebut, apa nak dimalukan fikirnya. Berjam-jam Pak Abu melompat ke sana kemari tanpa mengenal penat, maklumlah hari pertama kerja. Kadang-kadang Pak Abu tersasul jugak, bersalam pada orang yang datang ke kandangnya.
Tiba-tiba satu tragedi yang sangat buruk telah berlaku. Ketika Pak Abu terlalu galak melompat, dia terlajak dan termasuk ke kandang harimau. Harimau tersebut merupakan harimau siberia jantan, dan lebih malang pula harimau tersebut sudah beberapa hari tidak makan. Makanan yang selalu diberikan adalah daging lembu sebanyak lima kilo sehari. Harimau itu sangat lapar. Ia merenung tepat ke arah Pak Abu yang memakai topeng monyet itu.Pak Abu bergegas bangun untuk melompat semula ke kandang asalnya. Tetapi kakinya kaku seolah-olah tidak bertenaga. Dia cuba berdiri tetapi jatuh semula, mungkin terkena badi harimau agaknya. Harimau itu mula memandang tepat ke arah Pak Abu, kaki hadapannya mengais-ngais ke belakang, sambil mengaum, ia menunjukkan gigi taringnya yang tajam dan berkilat. Pak Abu menggigil dan terkencing. Mula dia terbayang, begini rupa kesudahan hidupnya, diratah harimau pada hari pertama ia bekerja. Wajah isteri mula terbayang, bagaimana nanti fikirnya, bila isterinya mengambil mayatnya yang mungkin tidak sempurna lagi, koyak sana , koyak sini, robek sana , robek sini, dan mungkin keseluruhannya berlumuran darah. Orang ramai dah mula panik dan terjerit-jerit. Kemudian, harimau itu setapak demi setapak maju untuk menerkam Pak Abu. Sesekali ia menunjukkan taringnya lagi. Kepalanya mula tunduk tanda bersedia untuk menerkam, punggungnya mula terjungkit naik ke atas, ekornya mula bergoyang goyang, kaki hadapannya mula diluruskan kedepan, kaki belakang mula memasang kuda-kuda. Pak Abu hanya mengigil dan menangis sahaja, tiada daya seorang tua untuk melawan. Ketika ini nasibnya diserah bulat-bulat kepada Tuhan. Harimau itu mula memasang kuda-kuda untuk menerkam dia.
Akan tetapi sesuatu yang ajaib telah berlaku. Harimau itu boleh bersuara, boleh bercakap. Harimau itu pun berkata, "Janganlah takut Pakcik, saya pun macam pakcik jugak, pakai sarung harimau, nak cari makan pakcik!. Bulat mata Pak Abu bila mendengar kata-kata harimau itu. "La.. orang jugak ke..."
|Izz the Guardian Angel
Labels:
Dongeng Rakyat
Subscribe to:
Posts (Atom)
















