Thursday, April 30, 2009

Dongeng Rakyat 6


Biji Kacang Hijau

Pada suatu petang, seorang lelaki bernama Sood telah pergi ke sebuah klinik di pekan kerana telinganya telah dimasuki biji kacang hijau ketika dia membeli barang dapur di pasar.


Doktor : "Selamat petang.."
Sood : "Selamat petang, doktor.."
Doktor : "Ada masalah ape enchek?"
Sood : "Telinga saya dimasuki biji kacang hijau, doktor.."
Doktor : "Mari saya periksa.."

Doktor pun memeriksa telinga si Sood itu dan rupa-rupanya biji kacang hijau itu terlalu sukar untuk dikeluarkan malah mungkin memerlukan pembedahan.

Doktor : "Sekarang ada 2 cara untuk mengeluarkan biji tersebut.."
Sood : "Bagaimanakah caranya doktor?"
Doktor : "Pembedahan kecil yang kosnya RM2000, manakala pilihan ke2 adalah percuma.."
Sood : "Mahal sangat doktor. Kalau yang percuma bagaimana?"
Doktor : "Yang percuma awak kena sabar.."
Sood : "Baiklah, saya akan bersabar. Bagaimanakah caranya?"
Doktor : "Anda perlu siram telinga anda 2 kali sehari. Dan apabila
sudah menjadi 'tauge', anda bolehlah tariknya keluar.."
Sood : ".............. "
MySpaceMySpaceMySpace

|Izz the Guardian Angel

Award


Aku dapat award ni plak...Nasib baik bukan Nobel Award, Best Actor Award xpun Most Popular Award ke, Artis Baru Lelaki Paling Popular ke....Ciss...artis? Boleh berambus artis-artis semua...
Award ni yang kedua aku dapat dari padilchan. Aku rase award ni ader mirip-mirip jata negeri or jata negara or seumpama dengannya. Biasalah mesti dia ciplak@dapat ilham dari situ.




|Izz the Guardian Angel

Wednesday, April 29, 2009

Dongeng Rakyat 5


Terlambat Sebulan


Ketika menyambut suaminya Pian yang baru pulang dari pejabat, Senah berkata sambil tersenyum..
"Abang.. saya TERLEWAT datang bulan selama SEBULAN"
kata Senah dan menyambung "Tadi saya dah pergi klinik dan disahkan mengandung..tapi kita rahsiakan dulu ye...".
"Baiklah" kataPian sambil tersenyum..

Keesokan paginya seorang pekerja TNB datang dan mengetuk pintu rumah mereka.
Setelah dibukakan pekerja tadi memberitahu..
"Puan.. anda didapati terlewat sebulan.."

"Hah..?? Dari mana anda tau??" tanya Senah.

"Kami ada catatannya disini.."

"Haahh.. sampai ada catatan??"

Keesokan harinya.. Pian marah-marah di kaunter pembayaran TNB.

"Bagaimanakah anda boleh tahu yang isteri saya terlewat satu bulan??"

"Sabar encek... kalau anda ingin catatan ini dipadam, anda hanya perlu membayar pada kami.."


Dalam hati Pian mengatakan yang orang ini cuba meminta rasuah..

"Saya nekad tidak mahu bayar!!!" kata Pian.

"Kalau begitu apa yang anda ada sekarang akan kami potong.." jawab penjaga kaunter.
"Kalau apa yang saya ada sudah dipotong, habis isteri saya di rumah boleh guna apa??" tanya Pian.

"Mungkin isteri anda boleh gunakan sebatang lilin.." jawab penjaga kaunter.



|Izz the Guardian Angel

Dongeng Rakyat 4


Sejarah

Oct 1511: Alfonso berjaya menakluki Melaka setelah berhempas pulas menewaskan 5 pahlawan melayu terhandal (Hang Tuah, Hang Jebat, Hang Lekir, Hang Lekiu dan Hang Kasturi).
Perkara ini adalah mimpi ngeri buat Alfonso, dimana untuk menawan Melaka serta berlawan dengan 5 Hang bersaudara, dia telah kehilangan 15,000 bala tentera dalam pertempuran selama 6 hari tanpa henti itu.

Feb 1512: Alfonso telah menghantar perisik-perisik ke negeri Perlis, Kedah dan Pulau Pinang untuk mengetahui kekuatan bala tentera di sana mengikut sejarah.


Julai 1512: Perisik-perisik Alfonso pulang ke Melaka untuk melaporkan hasil risikan kepada Alfonso. Berikut adalah perbualan percakapan antara perisik-perisik tersebut dengan Alfonso yang selama ini cuba disembunyikan dalam buku sejarah.


Perisik 1, 2, dan 3: "Selamat Pagi Tuan!!!" (sambil bertabik)

Alfonso: "Selamat Pagi"

Perisik 1: "Tuan, lebih baik lupakan saja niat tuan untuk menawan Perlis, Kedah dan Pulau Pinang".

Alfonso: "Mengapa kau berkata begitu? Kuat sangatkah mereka itu?" ( dengan nada marah dan bongkak)

Perisik 2: "Untuk menawan melaka yang mempunyai 5 pahlawan terhandal iaitu Hang Tuah, Hang Jebat, Hang Kasturi, Hang Lekir dan Hang Lekiu pun kita kehilangan hampir 15,000 bala tentera, inikan pula kita nak menawan Perlis, Kedah dan P.Pinang yang mempunyai beribu-ribu hang.."
Perisik 3: "Betoi tu tuan...Semasa risikan kami selama ini begitu ramai pahlawan-pahlawan yang handal diantaranya ialah Hang sihat ka, Hang buat apa, Hang apa habaq, Hang lagu mana, Hang pi mana, Hang kat mana, Hang mai sat, Pak hang, Mak hang, Adik hang, Tok hang, Punkok hang dan ramai lagi tuan".


Kedebuuuuk.....Alfonso jatuh lalu pengsan.


MySpaceMySpace

|Izz the Guardian Angel

Tuesday, April 28, 2009

Dongeng Rakyat 3


Kancil Putih


Pada suatu malam yang hening dan sunyi, di lebuhraya utara selatan kelihatan sebuah kancil putih yang tersadai di sebelah laluan kerosakan. Ada seorang tua yang berdiri disebelahnya yakni pemilik kancil tu sedang berjalan mundar mandir cuba menahan mana-mana kereta untuk meminta pertolongan. Tidak ada sebuah kereta pun yang berhenti. Tiba-tiba datang la sebuah kereta evo 7 lalu berhenti di sebelah kancil tadi.

"Ada apa nie pakcik, kereta rosak ke?"tanya pemuda berusia dalam lingkungan 20an.
"Ye laa rosak " jawab pakcik tu.

"Ok cam nie, saya ada tali nanti saya ikat kat kereta saya dan saya tarik kereta pakcik sampai plaza tol" pemuda ini memberi cadangan.

"Worrait gak tu..., tapi nanti kalau pakcik rasa awak bawak laju pakcik akan hon dan bagi high beam" kata orang tua.

"Ok pakcik!!"

Mamat ni pun ikatlah tali kat depan kereta kancil dan hujungnya diikat dibelakang bumper Evonya. Maka, mulalah dia jalan..dengan slow dan berhati-hati. Dalam lima kilometer mamat ni terlaju sedikit, pakcik tu pun hon dan bagi high beam. Mamat tu pun 'slow'kan balik keretanya.

Tiba-tiba ada sebuah BMW entah dari mana datang dari belakang dan tekan minyak kat mamat evo7 ni. Apa lagi, jiwa muda patang dicabar, dia pun tekan la minyak nak kejar BMW ni rapat-rapat. Dia lupa yang keretanya diikat dengan kereta kancil kat belakang.

Orang tua tu punya la hangin satu badan, dia pun hon dan bagi 'hi beam' bagai nak gila. Mamat evo7 tu dah tak sedar dah angin punya pasal. Kebetulan pula, disatu lokasi ni pihak polis ada buat operasi 'speed trap'.

"Vrooommm-vrooommm!!!!!......"
"Ini dah lebih had laju nie" kata polis..
"Dah cecah 250km/j mereka ni..."
Lalu si polis ni pun menghubungi la kengkawan dia kat depan supaya saman kereta-kereta yg laju ni...

"Over..over, ada tiga buah kenderaan memandu melebihi had laju, sebuah BMW, sebuah evo7 dan sebuah lagi kalau aku cakap korang mesti tak percaye punye...... Korang tau tau, sebuah kancil putih tengah cucuk angin kat belakang evo7 tu bagi hon dan 'hi beam' nak potong!!!'


|Izz the Guardian Angel

Friday, April 24, 2009

Which Super Villain are you?

Your results:
You are Mr. Freeze
You are cold and you think everyone else should be also, literally



Mr. Freeze 37%
Mystique 36%
Dark Phoenix 34%
Venom 33%
Apocalypse 33%
Dr. Doom 30%
Juggernaut 28%
Magneto 27%
Riddler 25%
Poison Ivy 24%
The Joker 21%
Green Goblin 20%
Lex Luthor 19%
Catwoman 12%
Two-Face 12%
Kingpin 11%

|Izz the Guardian Angel

IQ Test



Free IQ Test
Free-IQTest.net - Free IQ Test

40 - 54
Severely challenged (Less than 1% of test takers)

55 - 69
Challenged (2.3% of test takers)

70 - 84
Below average

85 - 114
Average (68% of test takers)

115 - 129
Above average

130 - 144
Gifted (2.3% of test takers)


145 - 159
Genius (Less than 1% of test takers)

160 - 175
Extraordinary genius



|Izz the Guardian Angel