Thursday, April 23, 2009

Dongeng Rakyat 2


Kisah Tiga Orang Doktor

Pada suatu zaman dahulu kala, terdapat 3 orang doktor.

Mereka selalu bersama ke mana-mana saja mereka pergi.(Sahabat karib ler nih)
Tapi ketiga2nya memiliki
kegemaran dan minat yg berbeza.

A.Dr Jon Kertu (suka main perempuan)
B.
Dr Jon Kesima (suka minum minuman keras)

C.
Dr Jon
Kesedi (suka segala jenis rokok)

Suatu hari ketiga2 sahabat ini berjalan-jalan tanpa tujuan.(Berkelana?)
Tiba2
ketiga-tiganya bertemu sebuah kendi (seperti cerita Aladin).
Lalu salah seorang mengambilnya lalu menggosok2 kendi tersebut.
Sejurus kemudian asap keluar dari corong kendi tersebut dan perlahan2 menjadi satu makhluk yang menyeramkan yakni jin yang ganas.
Lalu jin tersebut tertawa: "Ha ha har har harrunnn
.." dan berkata
"Akulah Jin Ifrit !

Kerana kamu telah membebaskan aku dari kendi itu maka aku akan tunaikan
apa saja permintaan kamu sekalian. !!"

Ketiga2 sahabat pada mulanya
panik dan takut menjadi gembira lalu berfikir apakah permintaan masing2 yang mungkin sekali dalam seumur hidup. Lalu mereka memilih untuk mengikut kegemaran masing2.

Si A pun berkata,"Aku mau perempuan2 muda dari pelbagai bangsa di seluruh

dunia dan letakkan dalam sebuah gua tertutup dan jangan ganggu aku
selama 10 tahun." Pufff ........!!(currypuff?) dengan sekelip mata jin itu menyempurnakan permintaan si A.

Berkata si B pula,"Aku mau semua jenis arak dari seluruh dunia untuk bekalan
aku selama sepuluh tahun dan letakkan di dalam sebuah gua tertutup dan jangan
ganggu aku selama 10 tahun." Pufff ......... !! dengan sekelip mata jin itu menyempurnakan permintaan si B.

Berkata pula si C,"Aku mau semua jenis rokok dari seluruh dunia untuk

bekalan selama sepuluh tahun dan letakkan dalam sebuah gua tertutup dan
jangan ganggu aku selama 10 tahun." Pufff .......... !! dengan sekelip
mata jin itu menyempurnakan permintaan si C.

Setelah genap 10 tahun, maka jin tersebut muncul kembali untuk membuka

pintu gua masing2 sebagaimana yang dijanjikan.

Maka jin tersebut pergi membuka pintu gua si A, ketika dibuka maka

keluarlah si A dengan keadaan kurus kering, berdiri pun terkial-kial
kerana tidak larat untuk menggerakkan lutut disebabkan rutin hariannya hanya
memuaskan nafsu dengan perempuan.Tiba2 si A pun jatuh tersembam ke tanah lalu mati.

Setelah itu jin tersebut pergi ke gua si B, ketika pintu dibuka maka
keluarlah si B dengan perut yang sangat buncit kerana setiap hari
mabuk.Jalan pun terhuyung hayang.Tiba2 si B pun jatuh tersembam ke tanah lalu mati.

Setelah itu jin pergi ke gua si C dan membuka pintu gua. Tiba2 si C
keluar dalam keadaan sihat walafiat dan terus MENAMPAR si jin.Jin terkejut seraya terpinga2 dek tindakan si C.
Si C dengan marah menjerit:


BAGEEEEROOOO ...!!!! Pemetik apinye MANAAAA ...???!!!


AMARAN KERAS DARI KERA: Cereka ini tiada kaitan dengan mana2 individu yg masih hidup mahupun yg sudah meninggal dunia.Jika terdapat persamaan apakan daya siapa makan cili terasalah pedasnya.
MySpace



|Izz the Guardian Angel