Wednesday, April 20, 2011

Kronologi Di Pejabat



Jabatan Paranormal Malaysia

Tugas Harian

Nama : Faizzoth van der MoFa
Bahagian : Seksyen Paranormal dan Jenayah Berat
Tarikh : 20 April 2011

7.30 - Finger Print

8.00 - Breakfast (Makan bekal yang dibeli di CarPark)

9.00 - Baca Kosmo Online dan segala bapak paper online

10.00 - Keluar untuk minum pagi (Dulu, sekarang isu masih panas jadi tak keluar)

11.00 - Berborak, Tidur, surfing, etc...

12.00 - Main 'game', tidur, surfing

1.00 - Tidur / Keluar untuk makan tengahari

2.00 - Tidur, berehat, lepak-lepak, solat, etc...

3.00 - Berborak, tidur, ulang alik ke bilik air

4.00 - Bersiap-siap untuk pulang, solat, etc...

5.00 - Pulang dengan tergesa-gesa


Berkhidmat untuk negara


|Faizzoth van der MoFa - agak-agak aku kat posisi mane dalam gambar tu?

Tuesday, April 19, 2011

Tiada Tajuk


Beauty Fades Faster Than Wisdom Appears

|Faizzoth van der MoFa

Monday, April 18, 2011

Sebuah Kisah #4


Pemuda yang ikhlas dengan cinta

Pada zaman dahulu, ada seorang jejaka yang sangat suka membaca dan selalu menghabiskan masanya di perpustakaan pada waktu lapang. Dia amat suka membaca novel dan buku cerita. Pada suatu hari, dia telah terjumpa sebuah novel yang ada tertulis pada kulit novel itu nama dan alamat seorang gadis di salah satu muka suratnya. Tertulis di situ : "Katrina, ikhlas dan perlukan sahabat."

Tergerak hati jejaka untuk mengutus surat kepada si gadis misteri itu. Setelah pulang ke rumah, jejaka itu menulis surat untuk memberitahu niat ingin berkawan dengan gadis itu. Beberapa hari kemudian si jejaka mendapat balasan daripada gadis tersebut bahawa dia juga bersetuju untuk berkawan dengan si jejaka itu.

Hari bertukar minggu dan minggu bertukar bulan. Persahabatan mula bertukar kepada perasaan sayang. Namun begitu mereka masih belum pernah bersua muka. Si jejaka ingin sekali bertemu si gadis misteri dan begitu juga dengan si gadis. Walaupun kedua-keduanya masih belum melihat rupa masing-masing, tetapi perasaan sayang tetap berbuku di hati.

Pada suatu hari, si jejaka dipanggil oleh bala tentera untuk pergi ke medan perang. Si jejaka merasa amat susah hati kerana dia bimbang sekiranya dia mungkin tidak dapat berjumpa dengan si gadis kesayangannya. Maka diutuskannya sepucuk surat berbunyi, "kalau Allah panjangkan jodoh kita, dan andai kamu masih sayang padaku, kita berjumpalah di stesen keretapi pada hari perang diumumkan tamat nanti. Aku akan memakai pakaian tenteraku dan membawa sekuntum mawar berwarna merah. Aku akan mengenali kamu sekiranya kamu juga memegang sekuntum bunga mawar merah. Setelah itu izinkanlah aku membawamu untuk makan malam dan bertemu orang tuaku."

Maka pergi lah jejaka ke medan perang dengan tenang setelah mengutuskan surat itu...

Beberapa bulan kemudian...

Pada hari pengumuman perang tamat, si jejaka pergi ke stesen keretapi yang dijanjikan sambil memegang sekuntum bunga mawar merah di tangannya. Diperhatikannya seorang demi seorang gadis yang berada di stesen keretapi itu sekiranya ada yang turut memegang bunga mawar merah sepertinya.

Tiba-tiba, si jejaka ternampak seorang gadis yang agak berisi, sedikit hitam dan berjerawat mukanya duduk di kerusi roda sambil melihat sekeliling seolah-olah mencari seseorang. Kakinya kudung dan tangannya cacat sebelah. Sebelah lagi tangannya memegang sekuntum bunga mawar berwarna merah. Si jejaka sangat terkejut melihat keadaan fizikal dan wajah gadis pujaannya selama ini amat berbeza dari imaginasinya, namun dia memberanikan diri menghampiri gadis tersebut.

"Katrina?"

Gadis itu melihat ke arah si jejaka dan tersenyum ceria. Si jejaka terus menghulurkan bunga mawar kepada si gadis dan berkata, "aku amat merinduimu. Terimalah bunga ini dan pelawaanku untuk makan malam bersama kedua ibu bapaku. Orang tuaku tidak sabar-sabar lagi untuk bertemu denganmu," kata jejaka itu.

Si gadis itu tersenyum lagi dan berkata, "Aku tidak tahu apa yang terjadi. Tetapi ada seorang gadis cantik jelita memberikan bunga ini kepadaku sebentar tadi. Dia memintaku memberitahu kamu bahawa dia sedang menunggu kamu di restoran di hadapan stesen ini sekiranya kamu mempelawaku makan malam dan bertemu orang tuamu."

Fin.

Berapa ramaikah manusia yang sesuci hati jejaka ini? Dia melihat kepada hati dan bukan kepada rupa. Dia telah mengotakan janjinya dan tetap berpegang kepada perasaan sayang walaupun pada mulanya dia menjangkakan gadis cacat itu adalah Katrina. Masihkah lagi wujud lelaki seikhlas dan seluhur hati pemuda itu?

Katrina. Ini bukan Katrina Kaif ke ? hahaha...

|Faizzoth van der MoFa (^v^) . Diceduk dari I Love Islam

Dongeng Rakyat 60


Pemuda Misteri dikala Hujan


Malam itu, ada seorang pemuda yang baru pulang dari tempat kerja terpaksa menumpang teduh di suatu rumah yang hanya dihuni oleh seorang ibu dan anak perempuannya kerana hujan dengan lebat membasahi bumi. Kerana dilihat diluar ada seorang lelaki, ibu itu pun memberanikan diri untuk bertanya kepada pemuda itu.

Ibu : Nak, dari mana ?

Pemuda : Maaf makcik, saya cuma menumpang berteduh di rumah makcik. Setelah hujan berhenti nanti saya akan pulang.

Ibu : Oh begitu.. tiada apa-apa!

Kerana ibu itu yakin pemuda itu orang yang baik, dia pun mempelawa pemuda itu masuk ke dalam rumah. Kerana di luar hujan masih lebat dan malam pun sudah semakin larut, Ibu itu memberanikan diri untuk membenarkan pemuda tidur semalam di rumahnya

Mendengar ajakan Ibu itu, dengan malu-malu (tapi mahu) si pemuda itu pun tidak keberatan untuk sekadar menumpang bermalam di rumah itu, apatah lagi Ibu itu mempunyai seorang anak perempuan yang cukup cantik dan kebetulan di rumah itu masih terdapat bilik yang kosong. Ibu dan anak perempuannya itu terus bergegas mengemaskan bilik kosong itu, sementara si pemuda itu ditinggalkannya di ruang tamu.

Selang beberapa minit kemudian, Ibu dan anaknya kembali ke ruang tamu untuk menemui pemuda tadi. Betapa terkejutnya mereka kerana pemuda itu sudah tidak ada lagi. Ibu dan anaknya saling berpandangan, rasa takut mula menghantui mereka berdua siapa tahu kalau si pemuda tadi bukan orang tetapi jelmaan makhluk ghaib. Hujan yang semakin lebat dan kilat yang saling menyambar menambah ketakutan mereka. Sedang mereka dalam ketakutan itu, tiba-tiba mereka berdua dikejutkan oleh si pemuda tadi yang tanpa dijemput masuk kembali ke dalam rumah dalam keadaan basah kuyup. Tanpa berfikir panjang walaupun masih ada rasa takutnya, Ibu itu pun bertanya kepada si pemuda.

Ibu : Nak, dari mana basah kuyup ni ?

Pemuda : Maaf makcik, saya pulang dulu ke rumah nak ambil bantal dan selimut!

|Faizzoth van der MoFa

Saturday, April 16, 2011

Dongeng Rakyat 59


Pertandingan Catur



Beberapa tahun yang lalu diadakan pertandingan catur peringkat sekolah. Sungguh tak disangka-sangka Izham dan Rorick dapat melangkah ke peringkat akhir. Ditengah-tengah pertandingan, suasana jadi sepi. Seluruh penonton menunggu pergerakan lanjut dari strategi para peserta.

5 minit berlalu , Izham dan Rorick dilihat sedang berfikir dengan serius..

10 minit berlalu, peserta akhir tu masih dilihat sangat 'concentrate' diiringi sesekali menjeling sekilas pada lawannya.

20 minit berlalu, peluh mulai menitik dari dahi Izham dan Rorick yang kelihatan semakin serius berfikir.

Setelah 30 minit berlalu, para penonton kelihatan mula rasa tidak sabar kerana satu buah catur pun belum juga digerakkan. Suasana menjadi tegang dan hening seketika, maklumlah ini adalah perlawanan akhir.

Hingga pada minit ke 45 :

Izham : ” Maaf ya Pengadil sekarang ni giliran siapa yang jalan ???”

Rorick : “La… aku pun baru nak tanya, sekarang giliran sapa ???!!!”

Penonton :”@@#$$$#^#%????”

|Faizzoth van der MoFa

Friday, April 15, 2011

Dongeng Rakyat 58


Sempadan Siam


Atong melalui sempadan Siam menggunakan basikal. Dua beg besar tersandang di belakang Atong. Pak Mat Kastam menahan Atong dan bertanya, "Apa dalam beg tu?", "Pasir," jawab Atong.

"Turun dari basikal !, kita tengok apa betul kau bawak pasir!" Pak Mat Kastam terus mengambil beg tersebut dan dengan pantas membuka beg itu. Sementara pasir itu diujikaji, Atong di tahan dilokap semalaman. Setelah dibuat ujikaji dan diteliti, pasir yang dibawa Atong memang pasir tulen dan tiada lain selain dari pasir semata-mata. Atong dibebaskan. Pasir kepunyaan Atong di masukkan semula ke dalam begnya dan melepaskannya melalui sempadan ke Malaysia.

Keesokannya perkara yang sama berlaku. Pak Mat Kastam tanya, "Apa yang kau bawak?" "Pasir" kata Atong. Pak Mat Kastam tak puas hati, sekali lagi dia membuat pemeriksaan, tapi beg Atong tak ada benda lain selain pasir semata-mata. Atong dibenarkan melalui sempadan dengan basikalnya.

Hal ini berlaku berulang kali setiap hari selama setahun. Pada suatu hari Atong tak muncul di sempadan. Pak Mat Kastam merasa pelik kerana Atong tak pernah tak melintas sempadan walaupun pada cuti umum. Suatu hari Pak Mat Kastam terjumpa Atong di sebuah pekan.

"Atong !" tegur Pak Mat Kastam, "Aku tau kau ada seludup sesuatu. Aku tak boleh tidur memikirkannya. Oklah antara kita berdua, kau dan aku, sebenarnya apa yang kau seludup?"

"Basikal", jawab Atong ringkas

|Faizzoth van der MoFa

Thursday, April 14, 2011

Dongeng Rakyat 57


Kahwin Lagi


Seorang suami sedang mencari-cari helah untuk membolehkan dia berkahwin lagi.
Antara alasan yang diberikannya:

Suami : Lelaki kawin 3 baru lah sah
Isteri : Kenapa pula?
Suami : Cuba terjemahkan ke dalam Bahasa Inggeris, "satu" is one, "dua" is two, "tiga"
isteri (is three). Baru betul dan sah!.
Isteri : Tapi abang kena faham Bahasa Inggeris, terutama tentang "singular" dan "plural"
Suami : Berkenaan apa tu?
Isteri : Satu tu "Singular"; dua atau lebih "Plural"
Suami : Contohnya?
Isteri : One car sebagai singular, two cars sebagai plural. Apa bezanya?
Suami : Ohhh... tambah huruf "s" untuk yang plural
Isteri : Betul tu. Sama juga la untuk abang
Suami : Macam mana pula boleh sama?
Isteri : Satu isteri abang MAMPU, jika dua isteri dah jadi plural, maka abang MAMPUS, tambah "s" je, kan?
Lepas daripada tu, si suami tidak pernah lagi berceritakan hasratnya untuk berkahwin lagi...

|Faizzoth van der MoFa

Saturday, April 2, 2011

Dongeng Rakyat 56


Anak Harun yang nakal


Harun mempunyai anak yang sangat nakal. Bermacam-macam cara dan nasihat telah diberikan. Namun anaknya tetap juga nakal.

Pada suatu hari Harun melihat dirinya di cemin sambil mengusap rambutnya dan terjumpa beberapa helai uban di rambutnya, "Dah beruban lak aku ini mungkin aku terlalu memikirkan masalah anak aku yang nakal," hatinya berkata. Tiba-tiba Harun mendapat akal bagaimana dia hendak menasihatkan anaknya supaya tidak nakal lagi. Dia pun memanggil anaknya Yahya.

Harun : kau janganlah nakal lagi Ya... kau tak kesiankan ayah ke?"

Yahya : "kenapa ayah... Ya kesian." jawabnya tanpa perasaan.

Harun : "setiap kali kau nakal ayah akan tumbuh uban... kau tengok kat kepala ayah ni kan dah ada uban. Makin kau nakal makin banyak ayah tumbuh uban." dia berasa yakin dengan caranya ini.

Yahya : "kalau macam tu ayah lagi nakal sebab rambut atok lagi banyak uban," jawab Yahya dengan selamba


|Faizzoth van der MoFa