Tuesday, September 8, 2009

Dongeng Rakyat 30


Bos Power


Ini kisah seorang lelaki yang baru dilantik menggantikan bos yang asal di sebuah syarikat yang besar. Disebabkan masalah pekerja-pekerja yang agak kurang motivasi dan selalu cuai serta pemalas, bos baru ni berhasrat nak ajar mereka sikit pada hari pertama dia kat syarikat tu. Jadi, sape-sape yang dia nampak paling pemalas, dia akan pecat 'on the spot'. Memang malang tidak berbau, dia ternampak seorang pekerja yang sedang menyandar kat tepi dinding.

"Yang berbaju biru tu" dia menjerit. Jeritan kuat menyebabkan semua perkerja tersentak dan memandang kepada lelaki berkenaan. "Bape gaji awak?" dia bertanya dengan nada yang agak keras. "Dalam RM800 sebulan..." pekerja tu menjawab. Bos tu menjawab, "Nah amik ni Rm800, BERAMBUS KAU DARI SINI. KALU NAK MALAS-MALAS PEGI TEMPAT LAIN!!!!!". Pekerja tu amik duit tu, lalu terus blah macam tu saja. Bos tadi memandang kesemua pekerja-pekerjanya, seperti mahu mereka paham, sape malas, 'sure' kene pecat!

Merasakan pekerja-pekerja memahami maksud kejadian tadi, bos itu Berasa puas. Sebelum bos itu masuk semula ke dalam pejabatnya, dia bertanya kepada salah seorang pekerja disitu, "Mamat tadi tu kerja department mana?"

Jawab si pekerja,"Owh, dia tu datang anto pizza, tak keje sini pun bos!!".

|Izz the Guardian Angel

Dongeng Rakyat 29


Kisah RM1 dan RM50

Duit seringgit telah bertemu dengan duit lima puluh ringgit lalu bertanya,

"Oit, lama tak nampak, mana ko pergi?" Lima puluh menjawab " Aku pergi merata tempat. Pergi stadium tengok bola, naik StarCruise, gi Bandung naik AirAsia, lepak-lepak kat One Utama, Konsert AF, Malaysian Idol, myStarzLG, Mentor dan macam-macam lagi!!....Eh, ko camner lak?"
Duit seringgit menjawab dengan perlahan seraya menunduk,
"Hmm biasalah.. Balik-balik tempat yang sama SURAU, MASJID, SURAU..."

|Izz the Guardian Angel-renung-renungkan la.