Wednesday, May 27, 2009

Dongeng Rakyat 13


Kisah Badak Sumbu dengan Monyet


Al-kisahnya, dalam sebuah hutan ada seekor badak sumbu dan seekor monyet. Mereka ni tidak pernah berbaik. Asal berjumpa saja, bertengkar.
Pada suatu hari ketika mereka sedang bertengkar, mereka terjumpa sebuah pelita ajaib. Dipendekkan cerita, setelah pelita tu digosok beberapa kali maka keluarlah seekor jin. Jin itu bersetuju utk menunaikan tiga permintaan bagi kedua-dua binatang tu.

Permintaan 1 Badak : "Saya mau semua badak dalam hutan ni adalah betina kecuali saya. Hehe."

Permintaan 1 Monyet: "Saya mau sebuah motor Harley Davidson"

Jin tu kelip mata. Pling!! Semua badak kat situ bertukar jadi betina dan terdapat sebuah motor Harley Davidson.

Permintaan 2 Badak : "Saya mau semua badak di negeri Pahang ni betina kecuali saya. Hehe."

Permintaan 2 Monyet: "Saya mau jaket kulit dan helmet Shoei"

Pling!! Semua badak di negeri Pahang bertukar jadi betina dan monyet tu pun dapat barang-barangnya.

Selepas itu jin berkata, "Ini permintaan terakhir kamu. Fikirlah baik-baik"

Badak itu berfikir sejenak lalu berkata, "Saya mahu semua badak sumbu di Malaysia ni betina yang cun-cun belaka"

Jin pun kelipkan mata. Pling!! Maka tinggallah badak tu satu-satunya jantan terhangat di Malaysia.

"Hah, monyet! Kau nak kasut kulit pulak ke?" jin bertanya kepada monyet.

Monyet tu memakai helmet, naik ke atas motor lalu menghidupkan motornya kemudian melihat ke arah badak yang tersengih lebar.

"Saya mau badak tu jadi Gay".

Jin pun kelipkan mata. Pling!!

Maka meraunglah badak tu sepuas-puasnya sambil berkata, "Manalah aku nak cari badak jantan ni, nyah? Ish, tak kuasa mak, nyah.."


Moral : Jangan kawan dengan monyet.

MySpaceMySpaceMySpace

|Izz the Guardian Angel

Pertempuran Dua Gergasi




Pagi ni final Liga Juara-Juara Eropah Manchester United menentang Barcelona.
Aku harapkan MU menang walaupun mungkin Barca yang akan menang. Mungkin keajaiban akan berlaku atau mungkin tidak.

MySpaceMySpaceMySpace



Edit: Mu kalah weh....0-2 kene belasah dengan Barcelona. Jaringan Samuel E'to dan Lionel Messi.

|Izz the Guardian Angel