Wednesday, June 10, 2009

Dongeng Rakyat 23


Himpunan Lawak


Lubang Ajaib

Pada satu hari Bedah dan ibubapanya datang ke Kuala Lumpur dan pergi ke sebuah 'shopping Mall'. Anak beranak ni baru first time datang Kuala Lumpur, sebelum ni asyik dok memerap kat kampung. Jalan punya jalan, akhirnya Bedah terpandang lif, lalu dia pun tanyalah bapak dia.

"Pak, itu amenda pak?”tanya Bedah.
Bapak menjawab," Entahlah nak….bapak pun baru kali ini nampak menatang tuh….”

Tak lama lepas tu seorang nyonya tua terbongkok-bongkok, tergigil-tergigil pergi ke dinding dan menekan butang lif tersebut. Lif pun terbuka lalu nyonya masuk ke dalam lif dan lif tertutup. Tidak lama kemudian lif terbuka…TINGGGG!!!!! keluarlah seorang amoi yang punyalah cun macam Angelina Jolie. Lantas berkatalah si bapak kepada Bedah...

“NAK! KAU PERGI AMBIK EMAK KAMU BAWAK KEMARI,
KITA MASUKKAN DIA DALAM GUA AJAIB NIH….CEPAT!!"


Alahai Mak Cik

Pada suatu hari, seorang Makcik ni dah menyewakan salah satu biliknya kepada seorang penyelidik muda yang sedang buat kajian kat kampung itu. Penyelidik muda tu seorang yang muda lagi hensem orangnya.Pada malam tu, masa penyelidik tu nak mandi maklum ler bilik air kampung, makcik tu rupa-rupanya seorang yang miang. Dia pun cuba mengendap si anak muda ni mandi. Malang sekali terkantoi pula makcik ni. Kali keduanya kantoi, kali ketiganya pun kantoi juga. Pemuda tu hilang sabar dan naik bengang kat makcik ni.

"Kalau makcik ngendap saya sekali lagi, saya rogol makcik!!!"

Kemudian makcik tu keluarkan jari kelingking dan berkata...


" JANJI TAU !!!!"


Burung Istimewa

Pada suatu hari seorang suami baru pulang dari Brazil membawa pulang seekor burung kakak tua yang tersangatlah istimewa. Si isteri bertanya kepada si suami...

"Abang..buat aper beli burung tu...? Kan mahal tu.."

Suami menjawab " Ala takper..burung ni spesel..tengok nie.."

Suaminya mengangkat tangan kanan dan memetik jarinya. Burung itu terus menyanyi lagu POP. Si isteri sangat suka dan menyuruh suaminya mengangkat tangan kiri pula. Si suami pun berbuat demikian dan memetik jarinya dan burung itu terus menyanyi lagu ROCK pula. Si isteri pun gembira dan bertanya...

"Abang, kalau kita angkat kedua-dua tangan plak camner..?"
Suaminya menjawab " Awak cuba la buat..."

Si isteri pun mengangkat kedua-dua tangannya dan memetik jarinya lalu burung itu pun berkata...

"SATU-SATULAH BODOH !!!"


Mengandung anak gajah

Seorang lelaki yang berbadan gendut menaiki keretapi. Penumpang didalam keretapi tersebut sangat penuh maka lelaki itu terpaksa berdiri. Tiba-tiba dia merasa ada yang menyenggolnya lalu lelaki itu pun menoleh ke belakang. Ada seorang ibu yang hamil juga
sedang berdiri. Melihat keadaan wanita hamil itu maka lelaki itu bertanya pada wanita itu....

Lelaki: Hai kakak.... hamil ya ?
Wanita : Yaa dah tahu kenapa tanya lagi??? (kata wanita dengan nada kesal)
Lelaki: Dalamya orang ya, kak?
Wanita : Yup (dengan nada kesal, lalu bertanya) Encik hamil juga ya?
Lelaki: Yaa (Sambil ketawa)
Wanita : (Kerana merasa jawapan lelaki itu tidak sopan dan seperti menyindirnya dia melanjutkan pertanyaannya) Dalamnya orang ya?
Lelaki: Bukan, isinya anak gajah (sambil ketawa lagi).
Wanital : (terkejut, lalu ketawa)
Lelaki: Laa... kenapa ketawa? (dengan bingungnya)
Wanita : Oh isinya anak gajah ya...patutlah belalainya keluar (sambil menunjuk seluar lelaki yang lupa dikancing)
Lelaki:???????????


Skandal Doktor

Seorang lelaki yang kebetulan seorang doktor muda, merasa tidak selesa dengan apa yang telah berlaku. Ia pulang ke rumah dengan wajah muram. Setibanya di rumah, ia merebahkan diri di katil dan fikirannya mula melayang. Lalu ia mendengar suara dalam kepalanya berkata,

"Sudahlah, tidak usah difikirkan. Skandal doktor membuat hubungan intim dengan pesakit terjadi di mana-mana. Jadi kamu tidak perlu merasa bimbang."

Doktor tersebut cuba untuk setuju, tapi apa yang telah terjadi pagi tadi terbayang kembali dan perasaan tidak selesa muncul lagi. Ia membalikkan badan dan mendengar lagi suara dalam kepalanya...

"Tak perlu bimbang, orang sudah mula biasa dengan skandal hubungan seksual antara doktor dan pesakitnya."

Lelaki itu mulai tenang dan perasaannya beransur-ansur pulih. Tiba-tiba suara lain dalam kepalanya berkata..

"Tapi masalahnya kamukan doktor haiwan"

|Izz the Guardian Angel