Friday, May 29, 2009

Dongeng rakyat 19


Salah Tafsir


Suatu pagi yang indah di sebuah sekolah rendah, seorang guru yang
begitu dedikasi mengajar anak-anak muridnya tentang betapa bahayanya
minuman keras kepada mereka. Sebelum memulakan mata pelajarannya pada hari
itu dia telah mengambil 2 ekor cacing yang hidup, sebagai sampel kehidupan
dan dua gelas minuman yang masing-masing berisi dengan air mineral dan arak.

"Cuba perhatikan murid-murid.. lihat bagaimana saya akan memasukkan cacing ini
ke dalam gelas, perhatikan betul-betul. Cacing yang sebelah kanan saya, akan saya
masukkan ke dalam air mineral manakala cacing yang sebelah kiri saya akan
masukkan ke dalam arak. Perhatikan betul-betul."

Semua mata tertumpu pada kedua-dua ekor cacing itu.

Seperti dijangkakan, cacing yang berada dalam gelas yang berisi air mineral
itu berenang-berenang di dasar gelas, manakala cacing yang berada di dalam arak
menggeletek lalu mati. Si cikgu tersenyum lebar, apabila melihat anak-anak
muridnya memberikan sepenuh tumpuan pada ujikajinya.

"Baiklah murid-murid, apa yang kamu dapat belajar dari ujikaji yang cikgu
tunjukkan sebentar tadi??"

Dengan penuh yakin anak-anak muridnya menjawab,

UNTUK MENGELAKKAN KECACINGAN...MINUMLAH ARAK...

|Izz the Guardian Angel

Dongeng Rakyat 18


Kisah Lembu dan Ayam

Ayam : Manusia ni memang pentingkan diri sendiri!

Lembu : Kenapa kau kata macam tu?
Ayam : Tengoklah. Apa mereka buat kat aku!
Lembu : Hah! Buat apa pulak?
Ayam : Aku ni bertelur hari-hari. Aku cadang naklah dapat anak dua
tiga ekor. Orang kata ada juga waris aku bila aku dah tak de nanti. Tapi manusia
ni memang tak berhati perut. Hari-hari dia orang makan telur aku, macamana aku nak dapat anak!
Lembu : Lorh! Kau punya masaalah kecil aja!
Ayam : Huh?? Maksud kau?
Lembu : Aku ni, kalau fikirkan nasib aku lagi malang. Rasa nak bunuh diri pun ada.
Bayangkan, hari-hari manusia minum susu aku tapi sorang pun tak pernah panggil aku MAK!
Ayam : ??? (Tak boleh pakai punya lembu!)

|Izz the Guardian Angel

Dongeng Rakyat 17


Mi Bandung

Untuk beberapa tahun, Roland telah mengadakan hubungan sulit dengan orang gajinya, Mary...


Suatu hari, Mary memberitahu Roland yang dirinya telah mengandung. Roland yang tidak mahu merosakkan perkahwinannya, telah mengambil keputusan untuk menghantar Mary balik ke Bandung untuk melahirkan anak mereka di sana.

Beliau berjanji akan menanggung segala kos untuk anak tersebut sehingga anaknya nanti berusia 18 tahun. Supaya rahsia mereka berdua tidak terbongkar, Roland menyuruh Mary supaya menghantarkan sekeping poskad dengan menulis perkataan "Mi Bandung" dibelakangnya setelah anak mereka lahir nanti. Roland akan menguruskan segala perbelanjaan untuk anaknya setelah mendapat poskad itu nanti.

Suatu hari, 9 bulan selepas itu, ketika Roland pulang dari kerja, isterinya Nancy menegur Roland dengan muka yang keliru dan hairan.

"Bang ... abang dapat poskad yang peliklah hari ni," kata Nancy. "Oh, tak pe ... bagi poskad tu kat Abang. Nanti abang jelaskan," kata Roland.

Nancy pun memberi poskad itu kepada Roland dan melihat Roland membaca poskad tersebut, sebelum muka Roland bertukar menjadi biru, ungu dan terus pengsan!


Poskad itu berbunyi ...
"Mi Bandung 4 - 2 ada telur, 2 tiada telur. Tolong hantarkan kuah lebih ya!"


|Izz the Guardian Angel

Dongeng Rakyat 16


Surat Rasmi


Suami bin Lelaki
17,
Jalan Angkasa,
24300, Kemaman
Terengganu.


Isteri binti Perempuan
17, Jalan Angkasa,
24300, Kemaman
Terengganu.


Puan,


PERMOHONAN UNTUK BERPOLIGAMI


Perkara di atas adalah di rujuk.

2. Sebab utama permohonan ini dilakukan adalah kerana saya ingin melengkapkan kuota yang telah diperuntukkan bagi saya. Buat masa ini kuota yang telah diisi cuma satu, memandangkan masih ada 3 kekosongan, eloklah jika dapat dipenuhi secepat mungkin. Pihak yang akan mengisi satu kekosongan ini buat masa ini ialah Cik Hana Fazura binti Ramli yang merupakan setiausaha saya di pejabat. Memandangkan komitmen yang beliau tunjukkan di pejabat amat baik, eloklah jika kita masukkan dia bersama kita di dalam organisasi keluarga kita. Kekosongan yang selebihnya akan diisi di masa akan datang.

3. Untuk makluman pihak puan, sebenarnya masalah ini telah lama saya fikirkan tetapi memandangkan poket saya yang selalu nipis, terpaksalah saya tangguhkan dulu permohonan ini disamping kurangnya rasa keyakinan untuk mengemukakan permohonan ini. Kini, setelah saya dapat mengeluarkan kesemua duit pelaburan ASB saya, saya merasakan kembalinya semangat saya yang telah hilang selama ini.

4. Permohonan ini amat setimpal kerana dengan kedudukan sekarang ia menguntungkan kedua belah pihak dan juga pihak ketiga. Selama ini hidup kita bahagia sebab jika tidak, masakan mungkin puan dapat menjadi seperti sekarang. Semua yang puan miliki sudah bertambah besar. Kereta besar, rumah besar, rantai besar dan pakaian besar. Jika dulu potongan puan seperti gitar, kini sudah bertukar menjadi drum. Oleh itu, sudilah kiranya dapat kita kongsi bersama insan lain dalam kebahagiaan kita ini.

5. Pihak puan juga akan dapat menikmati faedah dari kelulusan permohonan ini kerana puan akan tetap menikmati apa yang telah puan miliki sekarang dengan waktu bekerja lebih singkat dan sistem syif akan diperkenalkan iaitu 1 hari kerja dan 1 hari cuti rehat. Waktu bekerja yang selebihnya akan ditampung oleh pihak ketiga. Kebaikan yang puan akan nikmati ialah waktu rehat yang bebas kerana dalam waktu puan bercuti, saya selaku Penyelia tidak akan memantau aktiviti yang puan lakukan. Pada waktu itu saya cuma akan fokus kepada hasil kerja pihak ketiga. Menguntungkan bukan?

6. Segala kerjasama dari pihak puan saya dahului dengan ucapan ribuan terima kasih. Saya amat berharap pihak puan dapat meluluskan permohonan saya ini kerana lebih baik jika kita dapat berkongsi kebahagiaan kita ini bersama insan lain. Saya harap permohonan saya ini dibalas dengan senyuman penuh keikhlasan dari pihak puan dan tandatangan puan di atas kertas yang saya lampirkan ini bukannya balingan periuk nasi, pinggan-mangkuk, ketukan senduk dan perkara-perkara yang menyukarkan pihak puan untuk melakukannya.

7. Saya harap puan sudi meluluskan permohonan ini. Hadirkanlah senyumanmu sebagaimana ketika kita menyambut orang baru iaitu bayi kita ke dalam keluarga kita 10 tahun lepas. Situasinya lebih kurang sama dengan masa kini. Kita akan menerima orang baru juga cuma bezanya ialah jika 10 tahun yang lepas kita perlu menjaga dan membelainya dengan manja bersama tetapi kali ini, setiap urusan penjagaan dan belaian manja akan di laksanakan oleh saya sepenuhnya.

8. Akhir kata, saya harap permohonan saya ini dapat dibalas secepat mungkin. Semoga kita bersama-bersama dengan pihak ketiga akan dapat melaksanakan program ini dengan jayanya.

Sekian, Terima Kasih.

"BERKORBAN DAN BERKONGSI KEBAHAGIAAN LAMBANG RUMAHTANGGA BAHAGIA"

Yang Ikhlas Memohon,


Suami bin Lelaki



|Izz the Guardian Angel

Dongeng Rakyat 15


Supermarket


Suatu petang disebuah 'supermarket', seorang lelaki muda tengah berjalan dibahagian barang-barang dapur dan dia perasan seorang perempuan tua yang tengah memandangnya dengan mata yang tak berkelip-kelip. Lelaki muda itu pun berasa pelik. Dia terus berjalan ke bahagian buah-buahan tetapi dari ekor matanya dia perasan lagi yang perempuan tua tu masih juga memandang dan mengekorinya. Akhir sekali lelaki itu pun buat tak tahu saja sebab dia ingat dia yang perasan. Selepas mengambil dua tin sardin dan lima biji epal, lelaki muda tu pun berjalan menuju ke kaunter untuk membayar barang-barangnya tetapi dipertengahan jalan perempuan tua tadi itu cepat-cepat memintas dan berdiri di depannya.


"Maafkan makcik nak!!" kata perempuan itu. "Makcik minta maaf bebanyak kiranya anak tak selesa dengan pandangan makcik tadi. Makcik bukannya apa, cuma wajah anak ni serupa macam arwah anak makcik yang meninggal bulan lepas"

Mendengarkan kata-kata perempuan tua itu barulah dia faham kenapa perempuan itu asyik memandangnya. Timbul rasa kesian di hati lelaki itu.

"Oh, begitu ke ceritanya makcik? maaflah saya tak tahu. Ada apa-apa yang boleh saya bantu?" tanya lelaki muda itu."Aaaa....mak cik ada satu permintaan kecil kalau anak tak keberatan" kata perempuan itu. "... bila makcik dah nak jalan keluar boleh tak anak lambai dan cakap "babai... mak!!'? Terubat betul rindu makcik jika anak dapat tolong sebab arwah anak makcik selalu buat macam tuh pada makcik".

"Oh boleh... takde masalah" kata lelaki muda tu.

Setelah 'cashier' memasukkan kesemua barang-barangnya ke dalam plastik, perempuan tua itu pun berjalan keluar dan melambai tangannya ke arah lelaki muda itu. Lelaki muda itu pun melambaikan tangannya kembali dan melaung "Babai mak!!!!".

Setelah memerhatikan perempuan tua itu hilang dari pandangan dengan hati yang kesian, lelaki itu pun bergerak ke cashier untuk membayar barang-barangnya. "Jumlah semuanya RM130.70 ye encik," kata cashier supermarket tuh.

Terkejut lelaki tu mendengar kata-kata cashier tuh.
"Eh, kenapa mahal sangat ni cik, saya beli barang sikit jer macamana pulak sampai seratus lebih ni?" tanya lelaki itu. "Habis tuh mak awak kata awak nak bayarkan untuk dia sekali!" kata cashier tuh.

"Haah??????? !!!!"....

|Izz the Guardian Angel

Dongeng Rakyat 14


Ayam Macho


Ceritanya berkisar di sebuah ladang penternakan ayam yang terletak di Gunung Semanggol. Disana terdapat 25 ekor Ayam betina dan seekor ayam jalak (kira ayam jantan macholah) yang umurnya sudah lanjut dimamah usia.
Kerana merasakan ayam jalak yang sudah tua tadi sudah melewati masa suburnya, si pemilik ladang tersebut memutuskan untuk membeli seekor ayam jalak lagi yang masih muda, tampan, segak, macho dan yang sewaktu dengannya. Dengan secara tidak sengaja hal ini telah membuatkan si ayam jalak tua berasa tersaing. Lalu perasaan cemburu dan hasad dengki menguasai dirinya dan dia mula mengatur srategi. Lalu terjadi percakapan seperti ini :


Si ayam jalak tua : "Eh, kamu jangan serakah sangat kat sini. Ayam betinanya kan ada 25 ekor. Kamu boleh ambil yang 15, bakinya bagi kat aku".


Si ayam jalak muda: "Banyak hensem hang punya muka, tua tak sedar diri. Hang tu dah tua dah tak larat dah so semua untuk aku sahaja".

Si ayam jalak tua : "Eh...berlagak tul mamat seekor ni (jalak tua bercakap dalam hati). Siapa kata aku tua tak larat lagi, ko jangan pandang rendah pada aku, kang aku sekeh kang... Oklah, aku malas nak gaduh dengan budak hingusan cam ko ni so apa kata kalau kita pertontonkan ke'mancho'an kita dengan mengadakan satu pertandingan. Siapa yang menang boleh ambil semua ayam betina yang ada kat sini. Yang kalah kirim salam".

Si ayam jalak muda: "Aku.. aku boleh sahaja, pantang dicabar ni. Kita nak buat pertandingan apa ni... cabut bulu ayam ker ?"(jalak muda cuba membuat lawak)

Si ayam jalak tua : "Dak'ah! Senang jer, pertandingan lumba lari."(Sambil tersenyum kambing)

Si ayam jalak muda:"Set!!!"

Si ayam jalak tua : "Jaraknya 400M. tapi kerana aku sudah tua, aku mintak untuk lari dulu di depanmu 50 meter dihadapan".

Si ayam jalak muda: "Boleh"(dengan penuh keyakinan).

Maka pertandingan pun bermula. Ayam jalak tua lari dulu 50 meter kehadapan baru ayam jalak yang muda lari mengejar dengan kelajuan kuasa extra tahap gaban. Tidak sampai 1 meter berlari, si ayam jalak muda ditembak oleh pemilik peternakan dengan menggunakan snipernya.
Kenapa?????



MySpaceMySpaceMySpaceMySpace




Pemilik Ayam : "Kurang ajar. INI AYAM JALAK-HOMOSEKSUAL NI. Kenapa setiap kali aku beli dapat yang macam ni?? SUKA SANGAT KEJAR-KEJAR AYAM JALAK TUA AKU"

NiLAI MORAL : Jangan berlagak dengan orang tua.

HORMATILAH ORANG YANG LEBIH TUA DARI KITA

|Izz the Guardian Angel