Tuesday, May 5, 2009

Amazon Tree House


Rumah atas pokok? Rumah diperbuat daripada pokok?
Pernah memasang angan-angan memiliki rumah seperti gambar-gambar ini. Sumber dari Freshpic















































|Izz the Guardian Angel

Dongeng Rakyat 7


Pengamal Ilmu Hitam


Sejak kebelakangan ini, sebahagian kawasan di Kuala Lumpur telah dikejutkan dengan kejadian yang mengerikan yang berlaku hampir setiap hari. Diberitakan terdapat seorang pengamal ilmu hitam yang berkeliaran diantara daerah-daerah di sekitar Kuala Lumpur, sebahagian besar di Selangor dan juga di Negeri Sembilan. Sasarannya adalah wanita. Tidak kira muda atau tua dan tidak mengira paras rupa. Penjahat ini berhasrat untuk memperkosa 2000 wanita agar dapat menyempurnakan ilmunya.

Sampai ke hari ini sudah beratus-ratus mangsa yang telah diperkosanya dan kebanyakkannya terjadi di rumah-rumah kediaman wanita-wanita itu sendiri. Pihak Polis sampai sekarang masih buntu dan tidak berjaya mengesan penjenayah ini.
Modus operandi penjenayah ini ialah dengan menjelmakan diri menjadi seekor nyamuk yang kecil, kemudian menyusup ke bilik wanita yang sedang tidur, menjelma semula menjadi manusia dan dengan kejam dan ganasnya memperkosa mangsanya. Amat sukar bagi pihak berkuasa untuk menangkap penjenayah ini kerana setelah selesai memperkosa mangsa, dia akan menjelmakan semula dirinya menjadi nyamuk dan ghaib dari tempat kejadian.

Sudah beratus-beratus ahli llmu kebatinan dari segenap ceruk rantau termasuklah dari negara jiran iaitu Indonesia telah dibawa untuk membantu pihak Polis bagi mengesan dan menangkap penjenayah ini. Tetapi malang sekali kerana ilmu yang ada padanya cukup tinggi dan tidak mampu untuk ditandingi oleh sesiapa dan hingga ke hari ini dia dikatakan masih berkeliaran di sekitar Lembah Kelang untuk mencari korban seterusnya sehingga berjaya memenuhi syarat ilmu hitamnya iaitu harus memperkosa sehingga 2000 orang.


Bagi wanita yang sering tidur bersendirian, mengunci pintu bilik dan lain-lain pintu bukanlah suatu tindakan yang bijak kerana dengan mengunci pintu bilik, orang lain tidak akan dapat memberi pertolongan dengan segera seandainya perkara yang tidak diingini berlaku keatas diri anda. Hingga ke hari ini belum ada cara yang mampu mengalahkan ilmu si nyamuk ini kecuali hanya satu penangkal yang sangat mujarab telah berjaya ditemui iaitu :





RIDSECT
...Membunuh Serangga Dengan Berkesan....


MySpaceMySpaceMySpace


|Izz the Guardian Angel