Thursday, October 27, 2011

Dongeng Rakyat 74


Anak Aku


Harun, Salim, Bachik dan Ebby Yus buat reunion di restoran. Mereka berborak-borak pasal anak-anak diorang. Masa tu Ebby Yus pergi ke tandas.

Harun : Bagaimana bisnes anak ko Lim?

Salim : Anak aku berjaya dalam perniagaannya. Tapi aku ayahnya, tak pernah dibelikan apa-apa. Hmm tapi semalam hari jadi awek dia, dia belikan keta BMW baru – boleh plak.

Harun : Anak aku pulak seorang pemaju perumahan yang berjaya gak. Tapi rumah aku dah uzur dia tak perbaiki pun. Malangnya semalam hari jadi awek dia, dia belikan banglo mewah 3 tingkat siap perabut sekali di Seremban.

Bachik : Anak aku lelaki juga. Dia seorang broker saham yang berjaya juga macam anak korang. Tapi aku sebagai abah dia, tak pernah hulur pun. Yang sedihnya, semalam besday awek dia juga, dia berikan duit RM100 ribu selamba jer.

Salim : Haaa, anak ko Ebby Yus pe citer? (Ebby Yus baru balik dari tandas)

Ebby Yus : Anak aku sebenarnya seorang lelaki, tapi apabila besar sifat dan wataknya menjadi lembut. Puas aku marah tetapi dia degil sehingga dia berpakaian wanita dan membuka sebuah salon. Namun begitu, dia sangat baik dengan aku dan selalu hulur kalau dia ada rezeki lebih.

Semalam hari jadi dia, mungkin dah rezeki dia dan aku sekali…. Ada seorang pemuda dah belikan dia kereta BMW baru, tu yang aku drive tadi. Lagi seorang belikan dia sebuah banglo di Seremban siap perabot sekali, esok aku pindah masuk ke sana.

Dan lagi seorang lagi baik hati, bagi dia duit RM100,000. Dia bagi aku separuh, jadi apa korang nak makan hari ni, order jer aku belanja!

Lagi tiga orang tadi terkesima dan terus pengsan.


|Faizzoth van der MoFa

Dongeng Rakyat 73


Perbezaan antara filem/drama Melayu, Cina dan Tamil.


Drama/Filem Melayu

1. 80% jalan cerita berkisar tentang :

- Cinta

- Cinta 3 segi
- Cinta 4 segi
- Anak-anak rebut harta pusaka

- Kalau keluarga kaya, anak-anak berebut nak gantikan Tan Sri (ayah) jadi Pengerusi,
CEO atau Presiden syarikat


2. Walaupun cerita pasal awek kilang, rumah awek kilang ni mesti complete furniture.
Ada TV 29", Home Theatre, peti sejuk besar, set sofa mewah.
(Director tak buat homework
ke? Pegi la tengok umah awek kilang kat Sungei Way tu).


3. Cerita polis, dialah pegawai penyiasat, dialah jadi forensic, dialah jadi pathologist,
dialah yang gi ambush. Semuanya DIA yang buat.
Polis lak dialog pakai bahasa buku.
"Saya rasa kita patut siasat dengan lebih
terperinci tuan". " Betul cadangan awak itu.
Kita bertindak sekarang".


4. Kalau cerita pasal Construction, bawak satu pelan gulung, pakai topi KUNING,
tunjuk-tunjuk kat bangunan tengah buat, discuss dengan
'kepala' Indon komplen
kenapa projek lambat siap kat Indon tadi. ( Topi kuning utk
pekerja buruh la).

5. Adegan doktor kat Wad check pesakit. Ambik fail hujung katil, selak-selak.
Dialog wajib : "Kesihatan awak bertambah baik. Banyakkan berehat dan
jangan lupa
makan ubat ". ( Tengok la cerita ER tu, Dr ada medical
terms dia).

6. Adegan kat umah. Ayah mesti tengah baca paper, Mak mesti tengah menjahit atau lipat baju. Orang gaji tengah basuh pinggan. Orang gaji mesti nama dia Mak Nab atau Mak Jah.

7. Nak panjangkan rakaman filem mesti ada adegan kereta sampai kat umah,
bukak pintu kereta, bukak pintu pagar, masuk balik kereta, drive
masuk car porch, keluar,
tutup pintu pagar.


8. Adegan sembahyang mesti dah salam akhir or adegan mengaji Quran mesti dah sampai part
akhir. ( Cover line kot ).


9. Gangster atau kuncu orang jahat mesti pakai baju takder lengan, pakai rantai dan pakai
bracelet.


10. Nak bagi sedih gila, mesti buat adegan dah tahu nak mati pasal kena barah otak.

Drama/Filem Cina

1. Cerita Kungfu, hero terror boleh terbang. Tapi sambung pengembaraan mesti jalan kaki.
Apesal tak terbang jek. Kan cepat sampai.


2. Hero mesti miskin gila. Tapi mesti ada sekeping or 2 keping duit siling kat celah lengan besar jubah dia.

3. Kalau cerita moden hero boleh lawan dan tewaskan 30 orang penjahat serentak.

4. Biasalah, kalau kena tembak mesti kat bahu or kat kaki. Tak mati.

5. Heroin mesti jadi bini or girlfriend boss penjahat dan jatuh cinta kat hero.

6. Hero mesti menembak pakai 2 pistol, kiri dan kanan. Macam Chow Yuen Fatt dalam filem 'A Better Tomorrow'. Tapi best wooo....

7. Pistol hero mesti peluru tak habis2. Tak payah reload.

8. Cerita hantu, hantu dia biasanya pakai bedak muka tebal2 dan hitamkan keliling mata.
Kat bibir ada darah meleleh. ( Tak seram pun ).


9. Kalau cerita lucu plak, mesti ada adegan air liur meleleh keluar mulut macam air paip.

10. Cerita Blue dia pun tak best. Awek mengerang jek lebih.

Drama/Filem Tamil/Hindustan

1. Biasalah, kebanyakan cerita bermula dengan 2 beradik terpisah.
Sorang di bela oleh orang jahat dan sorang lagi dibela oleh orang baik. Dah besar,
abang jadi
Inspektor Sahab dan adik jadi gangster. Nak abih cerita mesti adik kena
tembak ngan abang
dan waktu nazak baru si abang tahu yang dia tembak tadi adalah
adiknya sendiri melalui tanda parut.

2. Orang jahat digambarkan tersangat jahat sampai lembu pun takut.

3. Selalunya depa suka ciplak bulat2 filem barat macam Pretty Woman, Face Off dan Heat.

4. Paling pendek pun jangkamasa tayangan adalah 3 jam.

5. Orang jahat dan hero payah nak mati walaupun kepala dah kena ketuk dengan tukul besi.

6. Hero tak kena tembak walaupun ditembak dari jarak satu kaki.

7. Adegan joget sambil menyanyi akan melibatkan penari iringan seramai satu kampong dan
bertukar 7 atau 8 pasang pakaian untuk setiap
lokasi hanya untuk satu lagu.

8. Adegan keretapi tak boleh tertinggal. Joget reramai sampai atas bumbung keretapi.

9. Kalau cerita moden, dialog mesti bercampur bahasa omputeh dan Hindi.
Contoh
" I'm sorry. I didn't know that na pere tomhecha....bla....bla....bla...".

10. Biasanya plot dan jalan cerita dah boleh baca apa penyudahnya.
Tu
yang pelik ramai plak yang tunggu sampai abih.


|Faizzoth van der MoFa - Sekadar bacaan. Tiada kena mengena dengan yang dah mati atau pun sudah meninggal dunia.

Saturday, October 8, 2011

Dongeng Rakyat 72


Ramli

"Ayah! Ayah! Ramli score 2 gol hari ini..."

"Hei! Anak jiran sebelah tu score 9A tau!"

Aku yang sedang berada di bawah rumah agak terkejut mendengar herdikan kuat suara ayah Ramli. Aku lihat Ramli masuk ke dalam rumah dengan wajah sugul sambil memegang piala kecil ditangannya. Aku meneruskan kerja aku menolong ibu mengasingkan kekabu daripada bijinya. Nanti ibu bolehlah buat tilam. Tilam aku yang ada sekarang sudah keras. Apa tidaknya, hampir setiap hari kena basuh dan jemur. Ini dek kerana kerja adik aku yang suka sangat kencing malam. (He he....).

Kadang-kadang aku berasa amat bersalah pada Ramli. Dia kawan baik aku, kami sekelas. Di dalam kelas, aku selalu dapat nombor 1, manakala Ramli pula selalu dapat nombor sedang-sedang dari belakang sahaja. Inilah yang selalu dibandingkan oleh ayah Ramli. Ayah Ramli selalu menjadikan aku sebagai contoh apabila berceramah kepada Ramli.

Ramli suka main bola. Aku pun suka main bola. Cuma Ramli pandai menggelecek dan selalu score gol. Manakala aku pula suka main defence sahaja. Datang bola, aku rembat. Bola datang, aku clear. Itu sahaja tahap permainan bola aku.

Ayah Ramli garang. Dia kerja pejabat kerajaan. Keluarga mereka agak senang jika dibandingkan dengan keluarga aku. Ayah dan ibu aku hanya menoreh getah orang. Kais pagi makan pagi, kais sebulan, bayar hutang makan. Kadang-kadang ayah dan ibu aku terpaksa kais pagi dan petang apabila aku memberitahu mereka cikgu suruh beli buku-buku latihan.

Keluarga aku susah. Adik-beradik ramai. Aku sedar satu-satunya cara untuk merubah nasib keluarga adalah dengan belajar bersungguh-sungguh. Hasilnya, aku selalu score banyak A dalam peperiksaan. Dan kejayaan aku inilah yang menjadi hempedu kepada Ramli apabila ayahnya selalu meng'exaggerate' bilangan A yang aku dapat apabila memotivasi cum memarahi Ramli.

"Aku janji, aku akan buat ayah aku bangga suatu hari nanti," Ramli meluahkan perasaannya kepada aku di bawah pohon angsana di tepi padang pada suatu petang.

"Ramli... Aku pun mahu bahagiakan ibu bapa aku. Aku mahu buat mereka bangga. Kita sama-sama usaha ye Ramli," aku pun berkongsi impian dengan Ramli, kawan baik dan jiran aku itu.

Selepas SPM, aku dapat tawaran mengikuti A-Level di sebuah kolej di Kuala Lumpur. Ramli pula bercadang untuk menyambung ke tingkatan 6 sastera di sekolah di kampung kami. Aku tahu Ramli sedih dan pedih. Rumah kami berdekatan. Aku dapat dengar butiran leteran ayahnya kepada Ramli hampir setiap hari. Dan sudah tentu, nama aku pasti akan digunakan oleh ayahnya untuk memotivasi Ramli.

Walaupun ayah Ramli garang, dia baik hati. Itu cara dia mendidik Ramli. Walaupun dia kerja pejabat kerajaan, dia bukannya berpangkat tinggi. Gajinya pun cukup-cukup makan sahaja. Jadi aku cukup faham kenapa dia mahu Ramli belajar bersungguh-sungguh. Dia tidak mahu Ramli apabila besar nanti, kerjanya selalu disuruh-suruh orang. Dia tidak mahu Ramli jadi sepertinya.

Habis A-Level, aku ke UMIST. University of Manchester Institute of Science and Technology. Ramli lah yang paling gembira apabila aku ke Manchester.

"Jangan lupa belikan aku jersi Man U, nombor 7 tahu," Ramli berpesan kepada aku sebelum aku meninggalkan kampung menaiki teksi ke Kuala Lumpur.

Tiada dalam jangkaan aku sama sekali untuk bertemu Ramli di Manchester. Dia menelefon aku untuk bertemu di Old Trafford. Tanpa membuang masa, aku bergegas ke Old Trafford dengan membawa jersi nombor 7 dengan nama Beckham yang telah aku beli lama dahulu. Sebenarnya aku bercadang untuk memberinya kepada Ramli apabila aku pulang ke tanah air nanti.

"Nah.... Jersi kau," aku menghulurkan jersi merah Man U kepada Ramli.

"Ini pula untuk kau...."

Agak pelik apabila Ramli menghulurkan jersi Man U kepada aku kerana aku yakin dia amat tahu yang aku tak minat Red Devils. Aku hanya minat Red Warriors dan Bolton Wanderers.

Terkejut aku apabila melihat nama Ramli terpampang di jersi bernombor 19 itu. Ramli juga memberikan aku sekeping tiket perlawanan sulungnya. Dan buat pertama kali aku bersorak untuk Man U dan Ramli score pada minit ke 87 dalam perlawanan sulungnya bersama Man U.

Kami sama-sama berjaya. Kami sama-sama buat ayah kami bangga. Kalau ibu Ramli masih ada, tentu diapun bangga dengan Ramli macam ibu aku bangga dengan aku sekarang.

Aku berjaya membina rumah baru untuk ayah dan ibu aku seperti yang aku selalu impikan. Rumah yang sederhana dan selesa walaupun tidak sebesar dan semewah rumah Ramli kerana gaji aku walaupun seorang graduan dari UK hanyalah seciput daripada gaji Ramli yang merupakan pemain bola kelab ternama Manchester United yang dibayar berpuluh-puluh ribu pound sterling seminggu. Ya, seminggu!





|Faizzoth van der MoFa