Thursday, April 30, 2009

Gambar Saiz Passport

Pelbagai gambar foto aku yang ditangkap di kedai gambar dengan pelbagai rupa.



Gambar diambil sewaktu di pejabat.
Sebenarnya aku langsung tak ader baju kaler purple ni.



Gambar primary untuk blog ini.
Sewaktu bersantai di bandar dengan penuh keyakinan.



Gaya santai aku yang lain.
Style ini agak garang + liar.



Back To School. Uniform aku sewaktu bersekolah menengah.
Untuk menengah rendah je sebab menengah atas aku jadi pengawas.
Bezanya aku berbaju kuning.



Rupa yang lain dengan potongan rambut yang agak panjang + trend masa kini.



Gambar aku berpakaian banduan.
Tentu ader yang tak percaya yang aku pernah masuk penjara Al-Catraz(betul ke ejaan ni?)



Salah satu gaya lain di pejabat dengan potongan rambut pendek.



Berkopiah putih serta baju melaju cekak musang berwarna biru.
Jangan sangka yang masa ini hendak ke masjid plak.
Sebenarnya aku hendak bersiap untuk tidur.



Lagi gaya lain. Kali ini memakai sweater hitam.



Lagi-lagi penampilan santai.
Bertopi putih dengan baju sejuk hijau.



Zaman jahilliah.
Sewaktu menjadi ketua Mafia untuk 1 kawasan di dunia permainan travian.



Sama dengan gambar foto yang sebelum ni.
Cuma ditambah cermin mata untuk mencantikkan rupa(aku memang rabun jauh).



Gaya yang agak berani.
Botak...ya botak licin, gondol dan sebagainya.



Berbaju tebal di musim sejuk.
Konon-kononnya aku berada di negara eropah pada musim sejuk atas alasan melancong atau mungkin belajar. Bajet belajar kat Oxford or Havard ler ni.



Berbaju merah dan bertali leher hitam serta berkaca mata.



T-shirt yang tidak diketahui jenama dan nilainya.



Gaya tokoh korporat yang belum tentu berjaya.



Penampilan ringkas di pejabat.



Kali ini muncul dengan baju gambar tengkorak.



Lagi gaya korporat. Gaya model dan ketua penjenayah pun ada juga.



Penampilan yang dingin dan lebih misteri. Ala-ala penyiasat persendirian yang sedang melakukan pengintipan. Seorang detektif juga barangkali.


|Izz the Guardian Angel

Helmet


Tempoh hari tengah duk usha gambar-gambar menarik kat Freshpics, terjumpe gambar-gambar helmet mat saleh kat luar negara ni duk spray macam-macam jenis mengikut kegemaran mereka. Antara yang menarik perhatian aku seperti kat bawah ni. Nak tengok lagi usha sendiri kat Freshpics


Helmet Ironman???



Pandangan dari sisi


Spiderman pun ader??



MySpaceMySpaceMySpace



|
Izz the Guardian Angel

Dongeng Rakyat 6


Biji Kacang Hijau

Pada suatu petang, seorang lelaki bernama Sood telah pergi ke sebuah klinik di pekan kerana telinganya telah dimasuki biji kacang hijau ketika dia membeli barang dapur di pasar.


Doktor : "Selamat petang.."
Sood : "Selamat petang, doktor.."
Doktor : "Ada masalah ape enchek?"
Sood : "Telinga saya dimasuki biji kacang hijau, doktor.."
Doktor : "Mari saya periksa.."

Doktor pun memeriksa telinga si Sood itu dan rupa-rupanya biji kacang hijau itu terlalu sukar untuk dikeluarkan malah mungkin memerlukan pembedahan.

Doktor : "Sekarang ada 2 cara untuk mengeluarkan biji tersebut.."
Sood : "Bagaimanakah caranya doktor?"
Doktor : "Pembedahan kecil yang kosnya RM2000, manakala pilihan ke2 adalah percuma.."
Sood : "Mahal sangat doktor. Kalau yang percuma bagaimana?"
Doktor : "Yang percuma awak kena sabar.."
Sood : "Baiklah, saya akan bersabar. Bagaimanakah caranya?"
Doktor : "Anda perlu siram telinga anda 2 kali sehari. Dan apabila
sudah menjadi 'tauge', anda bolehlah tariknya keluar.."
Sood : ".............. "
MySpaceMySpaceMySpace

|Izz the Guardian Angel

Award


Aku dapat award ni plak...Nasib baik bukan Nobel Award, Best Actor Award xpun Most Popular Award ke, Artis Baru Lelaki Paling Popular ke....Ciss...artis? Boleh berambus artis-artis semua...
Award ni yang kedua aku dapat dari padilchan. Aku rase award ni ader mirip-mirip jata negeri or jata negara or seumpama dengannya. Biasalah mesti dia ciplak@dapat ilham dari situ.




|Izz the Guardian Angel