Wednesday, November 9, 2011

Dongeng Rakyat 75

Monyet larikan Laptop

BUKIT GANTANG – Seorang penuntut lelaki sebuah kolej swasta di ibukota kempunan untuk membawa pulang laptop yang baru dibelinya menggunakan duit PTPTN ke kampung apabila ia disambar seekor kera lalu melarikannya kedalam hutan.

"Saya tak menyangka tindakan saya memberi makan keropok lekor kepada seekor kera yang terbaring di tepi jalan seolah-olah kelaparan meminta simpati membawa padah apabila kera tersebut bertindak melemparkan semula keropok lekor itu ke muka saya lalu merampas beg sandang saya yang mengandungi laptop dan berlari kedalam hutan".

"Saya yang ketika itu terpinga-pinga terus berlari pulang ke rumah dan menangis melalak diatas katil, kerana khuatir akan gambar-gambar aksi saya membuat mimik muka itik akan tersebar ke internet”, katanya ketika dihubungi Kosmos! semalam.

Ketika ditemui, kera yang didakwa merampas laptop penuntut kolej swasta tersebut menafikannya.

“Saya tidak langsung mengambil laptopnya, walaupun saya kera, tapi hati saya baik. Laptop budak tersebut bukan dirampas oleh saya, tetapi terjatuh kedalam longkang berhampiran ketika cuba membaling saya dengan batu yang ketika itu sedang mencari kutu anak saya”, ujarnya ketika ditemubual di warung Pak Jabit.

Pihak polis mengklasifikasikan kes ini sebagai kes tipu dan pelajar tersebut dibawa menghadap kera tadi dan perlu meminta maaf padanya. - Kosmos!


|Faizzoth van der MoFa