Tuesday, May 26, 2009

Dongeng Rakyat 10


Koleksi cerita lawak

EMAIL


Seorang lelaki telah menginap di sebuah hotel di KL.
Terdapat sebuah komputer di dalam bilik hotel itu.
Dia pun mengambil keputusan untuk menghantar e-mail kepada isterinya.
Malangnya, dia telah tersalah taip alamat e-mail isterinya dan tanpa mengetahui kesilapan itu, dia pun terus menghantar e-mail tersebut.
Di sebuah rumah di Kedah pula, seorang janda baru sampai ke rumahnya selepas pulang daripada majlis pengebumian suaminya.
Janda tersebut mengambil keputusan untuk menyemak e-mailnya untuk melihat sekiranya terdapat mesej daripada saudara-mara dan teman-temannya.
Selepas membaca e-mail pertama itu si janda tersebut pun pengsan.
Anak lelaki janda tersebut pun bergegas ke bilik ibunya dan mendapati ibunya terlentang di lantai dan dia pun membaca mesej di dalam skrin komputer:

To : Isteri kesayanganku
Date : 16 May 2002

Subject : Abang telah selamat sampai

Abang tahu Sayang pasti akan terkejut dengan kehadiran mesej ini.
Mereka telah menyediakan komputer di sini pada ketika ini dan kita boleh menghantar e-mail kepada sesiapa sahaja terutama insan kesayangan kita.
Abang telah selamat sampai dan telah menginap dengan aman di sini.
Abang lihat semuanya telah di sediakan di sini untuk kedatanganmu pada hari esok.
Semoga berjumpa denganmu nanti, Sayang.
Abang harap perjalananmu ke sini nanti lebih bermakna seperti apa yang telah Abang lalui ketika ini.


SUAMI KELUAR MASUK DISKO

Seorang ibu muda sedang mengadu pada temannya,
"Aku terpaksa minta cerai dari suamiku."

"Kenapa..?" tanya temannya kehairanan.
"Habis, hampir setiap malam kerjanya keluar masuk disko," jawab si ibu muda.
"OOOOhh, jadi suamimu itu kaki disko lah yer.. ?" tanya temannya lagi.
"Bukan begitu..,sebenarnya dia ke sana mencari aku !" jawab si ibu muda.

BINI DAPAT TAHU

Seorang lelaki bercerita pada seorang temannya.
"Dulu aku ada segalanya. Wang, rumah besar, kereta - malah, aku juga ada wanita yang cantik. Sekarang dalam sekelip mata, semuanya dah hilang"
"Oh kesiannya. Apa yang berlaku? Kau diisytihar bankrap ke?" tanya si teman penuh simpati.
"Ahh.. tak lah. Bini aku dapat tau...."

TIDAK PERNAH BERI SUMBANGAN

Di sebuah kampung, seorang penghulu mendapati salah seorang penduduk kampungnya yang bernama Lamin tidak pernah membayar tuntutan bulanan kampung. Lamin memang terkenal dan merupakan salah seorang yang terkaya di situ. Penghulu mengambil keputusan untuk berjumpa dengannya.

Tok Penghulu: Selamat pagi Encik Lamin.
En Lamin: Selamat pagi, ada apa pagi-pagi datang ke mari Tok...?
Tok Penghulu: Begini, saya telah mendapati bahawa hanya Encik Lamin seorang sahaja yang tidak pernah menyumbang untuk kampung kita. Encik Lamin ni kan seorang yang kaya dan berjaya, saya raya tiada masalahnya untuk sumbangan yang begitu kecil bagi kemajuan kampung ini.
En Lamin: Adakah tok tahu ibu saya sedang sakit dan memerlukan banyak wang untuk mengubatinya?
Tok Penghulu: Waduh, kalau begitu...saya tak tau plak..
En Lamin: Tok tau tak saudara saya seorang veteran perang yang kudung serta buta dan memerlukan biaya perubatan?
Tok Penghulu: Kalau begitu, saya minta maaf.
(sebelum tok penghulu selesai meminta maaf, En. Lamin memotong dan menambah)
En Lamin: Tok tau tak suami kakak saya sudah meninggal dan dia meninggalkan isteri dan 3 anaknya tanpa harta dan warisan?
Tok Penghulu: (sekali lagi tok penghulu cuba untuk meminta maaf).
En Lamin: Jadi, pendek kata mereka pun tak pernah saya bagi sumbangan. Inikan pula nak bagi sumbangan untuk tok.

SAKSI SERBA TAHU

Di sebuah mahkamah, satu kes sedang di dengar dengan menghadirkan seorang saksi utama
seorang ibu tua. Peguamcara mendapat giliran pertama untuk bertanya beberapa soalan kepada saksi.

Peguamcara : Makcik Fatima, makcik kenal siapa saya?
Makcik Fatima : Ya, saya tahu benar siapa kamu, malah sejak kecil lagi. Kamu suka berbohong dan mengata di bekalang kawan-kawan kamu. Aku juga tahu kamu ada menyimpan perempuan simpanan di luar dan aku berasa amat kasihan dengan isterimu. Selain itu kamu suka bercakap besar, yang sama sekali tidak berasas dan benar.

Peguamcara tersebut terpegun lain yang di tanya .. lain pula jawapan yang diterima. Untuk mengatasi kekejutannya, ia bertanya dengan selambanya. .

Peguamcara : Makcik Fatima pasti juga mengenali Tuan Hadi, peguambela?
Makcik Fatima : Oh ya, tentu saja. Bahkan ibunya dulu sering meninggalkannya bersamaku waktu dia masih kecil. Tak jauh beza dengan kamu, Hadi juga mengecewakan. Dia pemalas, suka menggoda perempuan dan hidupnya seolah-olah tanpa tujuan.

Habis sahaja Makcik Fatima berbicara, hakim memanggil peguamcara dan peguambela untuk menghampirinya. ..

"Jika kamu berdua menanyakan kepadanya adakah ia kenal denganku.., kamu berdua akan aku masukkan ke dalam penjara kerana menghina mahkamah..., " kata hakim.

"INGAT SAYA BERSENANG LENANG DI SINI?"

Seorang isteri sangat sedih kerana akhir-akhir ini suaminya sering pulang malam dan dalam keadaan mabuk. Suatu hari dia memarahi suaminya.

"Oh, abang selalu bersenang lenang di luar dan meninggalkan saya di rumah!"

Akhirnya si suami memutuskan untuk mengajaknya ke bar. Sesampainya di sana, si suami memesan minuman keras seperti biasa dan memesankan satu gelas untuk isterinya. Ketika si isteri cuba meminumnya, dia terus memuntahkannya kembali.

"Minuman apa ini? Isshhhh.. tak sedap langsung...! " rengus si isteri.
"Tulah, jadi jangan anggap saya bersenang lenang di sini..."

HUKUMAN MATI

Seorang warden penjara cuba untuk menghiburkan tahanan penjara yang akan menjalani hukuman mati di atas kerusi elektrik, gilirannya akan tiba sebentar nanti.

"Jangan takut. Daya voltannya sangat tinggi, lagi pun semuanya terjadi dalam masa yang sangat singkat," warden berkata.

Kebetulan pula dari kejauhan terdengar laungan kesakitan yang amat luar biasa kuatnya dan perpanjangan.

"Saya pergi ke sana sebentar untuk melihat," katanya.

Tidak lama kemudian, warden tersebut kembali. Dengan selamba dia berkata, "Tak ada masaalah yang berlaku, cuma masalah teknikal sahaja. Sekarang elektrik terputus, jadi mereka gunakan LILIN sebagai gantinya, itu sajaaaaa..."

MENANG BERTARUH SETIAP HARI

Ada seorang pak cik yang bernama Pak Din yang sangat kaya. Setiap hari beliau akan menyimpan RM1000 di bank. Setiap hari tepat pukul 9 pagi Pak Din dah pun bersiap sedia terpacak di kuanter bank untuk menyimpan RM1000.
Setelah lebih kurang setahun berlalu, kehadirannya setiap hari disedari oleh pengurus Bank. Pengurus Bank itu pun memanggilnya ke pejabat dan bertanya.

Pengurus: Setiap hari saya lihat pakcik akan menyimpan RM1000 di bank.Apa kerja pakcik?
Pak Din: Saya ni sebenarnya tak ada kerja encik. Cuma saya suka bertaruh. Setiap hari saya akan bertaruh dan saya tak pernah kalah.
Pengurus: Ooo... Ini sudah cukup bagus. Tapi pakcik mungkin belum bertemu dengan orang yang hebat macam saya ni. Kalau pakcik bertaruh dengan saya, jangan haraplah nak menang.
Pak Din: Iya ke? Kalau macam tu, mari kita bertaruh.
Pengurus: Ok. Sebutkan apa saja pakcik nak bertaruh dengan saya.
Pak Din: Macam ni... Dalam tempoh 7 hari dari sekarang, encik akan kehilangan telur encik. Kalau betul encik akan hilang RM1000, kalau tak saya akan bayar encik RM1000.
Pengurus: Hahaha.. Tak logiklah pak cik. Tapi tak apa, saya setuju.

Setelah kedua-duanya setuju mereka pun beredar. Esoknya apabila bangun pagi, pengurus itu pun meraba telurnya. Ooh masih ada. Begitulah seterusnya hinggalah sampai ke hari yang ketujuh dia dapati telurnya masih lagi ada... Dengan suka hatinya pengurus tersebut pun pergilah berjumpa dengan Pak Din.

Pengurus: Maaflah pakcik, telur saya masih lagi ada.
Pak Din : Betul ke? Aku tak percaya. Mari sini aku pegang.

Lalu dipegangnya anu Manager tu. Sambil tersenyum Pak Din pun berkata.

Pak Din: Oklah. Betul kata kau. Nah ambil RM1000 ni.
Pak Din pun menghulurkan wang RM1000 kepada pengurus tersebut.
Manager : Hari ni baru pak cik tahu siapa yang hebat. Maaflah pakcik. Hari ni pak cik tak dapat pergi bank lagi laaaa. Keh.. keh... keh...

Tiba-tiba Pak Din mengeluarkan RM4000 dan pergi ke kuanter bank. Pengurus tersebut rasa hairan lalu bertanya pada Pak Din.

Pengurus: mana pak cik dapat duit sebanyak tu?
Pak Din: Pak cik bertaruh dengan pengawal kat luar tu tadi RM5000.
Pengurus: Bertaruh apa?
Pak Din: Bertaruh yang pak cik dapat pegang telur pengurus bank dan dia tidak melawan.
Manager : Tak guna punya orang tua.

MENANG LOTERI RM3 JUTA

Seorang lelaki bergelar suami pulang ke rumah dan memanggil isterinya secara tiba-tiba.

Suami: Sayang, cepat kemaskan beg awak!
Isteri: Kenapa?
Suami: Abang baru menang loteri 3 juta ringgit.
Isteri: Wah, bagusnya! Abang nak saya kemaskan beg untuk bercuti ke mana? Kita hendak naik kapal mewah atau bercuti keluar negara bang?
Suami: Suka hati awaklah. Saya tak peduli ke mana awak hendak pergi. Yang penting, awak seorang yang keluar dari rumah ini!

"SINI TAK BOLEH BERENANG"

Seorang wanita berjalan di sebuah kawasan dusun. Tiba-tiba dia bertemu sebuah kolam. Lalu dia segera menanggalkan pakaian dan bersedia untuk terjun.
Tiba-tiba pemilik dusun itu muncul dan menjerit dari tempat persembunyiannya, "Dilarang berenang! Saudari tidak dibenarkan berenang di dalam kolam ini!"
Wanita tersebut tergesa-gesa mengambil pakaiannya. "Kenapa tak melarang saya sejak tadi, sebelum saya menanggalkan pakaian?" soal wanita tersebut.
"Memanglah disini tak dibenarkan berenang, tetapi saudari tak dilarang untuk menanggalkan pakaian," jawab pemilik dusun dengan selamba.

TIDAK SUKA PERANG

Pada suatu pagi, seorang guru sejarah bercadang mahu mengajar mengenai peperangan berlaku. Guru tersebut bertanyakan kepada para pelajarnya sama ada mereka menggemari peperangan atau mahukan keamanan.
Kesemua pelajar bersetuju bahawa mereka lebih sukakan keamanan.

"Ada sesiapa diantara kamu yang bole memberikan sebab kenapa kamu bencikan peperangan?" tanya guru tersebut.

Seorang pelajarnya mengangkat tangan dan bangun. Guru itu memandang pelajarnya dengan penuh minat untuk mengetahui jawapan pelajar tersebut.

"Saya bencikan perang, sebab peperangan akan membentuk sejarah. Sedangkan saya tidak sukakan mata pelajaran sejarah" jawab pelajar itu.

MAKCIK DARI KAMPUNG

Pada suatu hari, seorang Makcik Minah datang ke Kuala Lumpur untuk kali pertama untuk berjumpa anaknya yang menetap di situ dan berkahwin dengan orang kaya setelah mencanangkan kepada orang-orang kampung. Dia turut membawa rakannya Bibah. Oleh kerana hari telah lewat malam, dia 'check-in' di sebuah hotel mewah semata-mata mahu menunjuk kepada Bibah dan seorang pelayan membawakan begnya menuju ke bilik penginapan Makcik Minah.
Makcik Minah dengan girangnye mengikuti langkah-langkah pelayan itu dan
ketika pelayan tersebut menutup pintu, Makcik Minah melihat ke sekeliling. Beliau tiba-tiba menjadi marah lalu berkata kepada pelayan tersebut.

"Eksekius mi. Cik jangan ingat makcik datang dari kampung, tak tahu duduk di hotel. Sudah bayar ratus-ratus, cik bagi saya bilik ini pula. Kecil, tak ada TV, tak ada almari, apa pun tak ada. Katil nak tidur pun tak ada. Hei jangan nak tipu orang la," Makcik Minah memaki hamun pelayan tersebut kononnya untuk menutup malu pada Bibah.

Lalu pelayan itu pun menjawab, "Sabar makcik, ini baru lif..."

|Izz the Guardian Angel

No comments: