Tuesday, May 26, 2009

Dongeng Rakyat 11


Dihantui roh si mati


Kisah berlaku hasil cerita seorang kawan yang pernah diganggu roh abangnya selepas 3 hari mati. Dia kata abangnya mati sebab kena 'main' orang. Aku pun tertimbul idea cakap yang aku rasanya tahu mesti roh abang dia tak aman. Maka dia pun bercerita...

As usual kekadang orang cina nih suka masuk kubur dgn harta diaorang. So, abang dia degan handset, laptop, PS2 semua sekali ikut masuk. Dengan harapan abang dia dapat la mati aman sikit. So, lepas sehari kemurungan dalam keluarga tuh masih ada. Jadi dengan cara sembahyang je diaorang lupakan kisah tuh. Sampai la ke hari kedua mereka seolah-olah dihantui roh si mati. Kawan aku cakap dia rasa setiap kali macam ada sesuatu yang panggil dia. Tapi dia buat dek pasal takut. Sampai la malam kedua tuh dia dengar ada orang ketuk tingkap dia. Dia takut sangat, terus sambung tidur sambil menekup muka dengan bantal dan anggap semua tuh mimpi karut jer.

Sampai ke hari ketiga satu keluarga memang rasa seolah-olah diperhatikan ke mana sahaja mereka berjalan dalam rumah. Dalam hari tu la kedengaran bunyi orang selongkar almari... tapak kaki naik turun tangga... suara memanggil dari tingkat atas. Tapi semua buat dek jer..doakan benda tu berlalu pergi.
Sampai le tetiba handset si kawan aku berbunyi... dia angkat terus dan tetiba
"Allo..adik yer?" Dia terkejut... dia tengok nombor tuh memang sah nombor abang dia.
Maka dia pun jawab balik "Abang ke?" dan serta merta air mata mengalir sebab dia rindu sangat dgn abang dia.


Abang dia pun reply balik "Adik... abang tak boleh lama nih. Abang cuba panggil adik tiap-tiap malam tapi adik tak dengar"
Kawan aku menangis je dengar keluhan abang dia...
"Adik, abang nak adik tanya dekat mak" kata abangnya. "Apa dia bang?"Kata kawanku.


MySpaceMySpaceMySpace



"Tanya mak... mana dia simpan charger hp abang? letih carik tak jumpa plak~"

|Izz the Guardian Angel

No comments: