Tuesday, May 26, 2009

Dongeng Rakyat 12


Baiknya Bapak Mertuaku


Sang ayah dan ibu sangat marah dan menyesal bila mengetahui anak perempuan mereka hamil.

"Siapa si bedebah tu," jerit sang ayah, sedang si ibu menangis. "Suruh dia datang ke sini!"

Si anak pun telefon le mamat yang bertanggungjawab. Setengah jam kemudian sebuah kereta Ferrari merah berhenti di depan rumah. Seorang lelaki separuh umur keluar dari kereta, memberi salam lalu masuk ke rumah. Lelaki itu berdepan dengan mak dan ayah perempuan yang telah dihamilkannya.

Dia berkata, "Saya lelaki yang telah menghamilkan anak anda. Tetapi terus terang saya katakan saya tidak dapat menikahi anak anda kerana isteri saya tak membenarkan. Walaubagaimanapun, saya tetap bertanggungjawab atas perbuatan saya. Sekiranya anak anda melahirkan seorang bayi perempuan saya akan wasiatkan untuknya dua buah supermarket, sebuah rumah banglo dan wang tunai RM5 juta. Sekiranya dia melahirkan anak lelaki saya akan wasiatkan
untuknya dua buah kilang, dua buah supermarket, dua buah banglo dan wang tunai RM10 juta. Tetapi sekiranya anak anda keguguran apakah yang harus saya lakukan?"

Sang ayah berfikir. Si ibu berhenti menangis. Akhirnya sambil menepuk bahu lelaki itu sang ayah berkata,

"Kalau camtu hang cuba le lagi."


MySpaceMySpaceMySpaceMySpaceMySpace

|Izz the Guardian Angel

No comments: